*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





---------- Forwarded message ----------
Date: Tue, 30 May 2000 03:03:19 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Cili Api 101: Penamaan calon Teluk Kemang

Cili Api 101

Pedas-Pedas Cili Api
(30hb Mei 2000)

Penamaan Calon Teluk Kemang

Semalam Cili Api ke Teluk Kemang untuk menyaksikan penaman calon bagi 
pilihanraya kecil Teluk Kemang pagi ini. Selepas asar semalam Cili Api 
pusing-pusing kawasan untuk melihat  suasana. Nampaknya banyak bilik
gerakan 
BN yang telah didirikan, tetapi yang BA/keADILan masih kurang lagi.

Poster, bendera dan papan iklan BN sudah banyak dinaikkan di merata
tempat. 
Hampir semua yang bergambar mempamerkan wajah  Dr M @ Cek Det dan Mat
Esa. 
Agaknya mereka hendak tenggelamkan hakikat siapakah sebenarnya yang 
bertanding. Cili Api diberitahu semuanya telah dinaikkan lebih daripada 
semingu lalu. Khabarnya BN telah kontrakkan segalanya kepada swasta.
Mereka 
boleh buat begini sebab wang banyak.

Cili Api nampak siang-siang lagi BN tidak menghomati undang-undang
mereka 
sendiri. Kalau mengikut undang-undang, poster, bendera dan papan iklan
ini 
hanya boleh dipasang pada dan selepas hari penamaan calon. Itulah
susahnya. 
Mereka ingat boleh buat apa suka saja. Cek Det dan BN segalanya boleh. 
Kalaulah BA yang  melanggar undang-undang itu tentulah BN dan SPR akan
buat 
heboh.  Cili Api percaya lebih banyak lagi undang-undang yang akan
dilanggar 
oleh BN. Tentu sekali perbelanjaan mereka untuk pilihanraya ini akan 
mencecah berpuluh, bahkan beratus kali ganda, had RM50,000 yang
ditetapkan.

Pagi ini, apabila sampai ke tempat berkumpul, sebelum berarak ke 
tempat  
penamaan calon, Cili Api lihat sudah berlaku ketidakadilan. Pihak
berkuasa 
menetapkan  padang letak kereta dan jalanraya untuk BN. Mereka boleh
terus 
berjalan kaki menuju hadapan tempat penamaan calon itu, di mana mereka
boleh 
melihat dan mendengar semua yang berlaku. Sebaliknya, orang BA diberikan 
jalan belakang yang lebih sempit. Mereka terpaksa berjalan jauh sedikit
dan 
diberhentikan oleh pihak polis jauh di belakang pejabat daerah, tempat 
penamaan calon itu. Mereka tidak nampak dan kadang-kadang tidak dengar
apa 
yang berlaku.

Cili Api lihat ramai sekali pemimpin dan penyokong BN yang telah
dibenarkan 
masuk ke dalam kawasan berpagar pejabat itu, hampir semuanya tanpa
apa-apa 
pas. Tetapi sebaliknya, para pemimpin BA diberi pas “jabatan haiwan”
untuk 
membenarkan mereka masuk. Beribu-ribu anggota dan penyokong BA tidak 
dibenarkan masuk. Beberapa orang pemimpin BA membantah kepada 
pegawai-pegawai tinggi polis yang berada di situ. Mereka berkata mereka 
tidak boleh buat apa-apa sebab ini keputusan SPR. Pegawai-pegawai SPR
pula 
tidak dapat ditemui. Hanya kira-kira 15 minit sebelum nama-nama calon 
diumumkan, barulah para penyokong BA ini dibenarkan beredar ke depan 
sedikit.

Perkara ini mungkin dilihat kecil saja. Tetapi, jikalau dalam perkara
kecil 
pun SPR tidak boleh berlaku adil, bagaimana pula dengan perkara besar.
Satu 
perkara yang agak besar ialah tentang undi pos. Lazimnya, dalam keadaan 
terhimpit, BN bergantung kepada undi pos untuk menentukan kemenangan
mereka. 
Misalnya, dalam pilihanraya lalu, Najib anak Tun Razak telah menang
dengan 
241 undi saja. Yang membantunya ialah undi pos. Itu sebab ramai orang 
menganggap Najib ini bukan sebagi wakil rakyat, akan tetapi wakil pos
saja.

Di Teluk Kemang ini ada kira-kira 5,000 orang pengundi pos. Mereka akan 
mengundi dua hari sebelum hari pengundi pada 10 Jun. Kemudian undi
mereka 
akan disimpan di pejabat daerah. Kita tahu pihak calon atau wakil
daripada 
parti-parti calon tidak boleh melihat proses pengundian itu. Banyak 
kongkalikong boleh berlaku. Adakah semua pengundi pos ini akan mengundi 
sendiri? Apabila undi mereka disimpan di pejabat pegawai daerah selama
dua 
hari siapakah yang boleh menjamin penipuan tidak akan berlaku? Nampaknya
SPR 
ini perlu direformasikan.

Berbalik kepada soal penyokong-penyokong tadi, nampaknya lebih ramai 
penyokong BA yang datang (tak kurang 5000 orang), dengan membawa lebih 
banyak bendera. Kebanyakan bendera ialah bendera keADILan, tetapi
kelihatan 
juga bendera PAS, DAP dan PRM. Tentang BN pula, bendera yang banyak
sekali 
ialah dari PPP dan IPF, dan sedikit sekali bendera BN. Dan mengapa tidak 
banyak bendera MIC dan tidak ada bendera MCA? Orang MCA hampir tidak 
kelihatan. Mengapa? Belum terima wang yang cukup lagikah?

Cili Api mendoakan pengundi-pengundi Teluk Kemang akan membuat
perubahan. 
Bak kata Wan Azizah, Teluk Kemang ini selalu dihubungkan dengan  melihat 
anak bulan untuk menentukan permulaan bulan puasa. Beliau harap rakyat
Teluk 
Kemang akan mengundi lambang anak bulan. Hebat juga, bukan?

Cili Api

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com



--------------------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke