*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrth

Ingin saya perturunkan disini sedikit petua sekadar yang termampu untuk
mereka mereka yang ingin membeli kenderaan secara lelong ( tendered vehicle
sales/auction )

1. Pastikan sdra sdri memahami setiap proses penjualan lelong. Para pegawai
kewangan yang hadir di hari jualan lelong adalah ditugaskan untuk memastikan
semua bakal pembeli faham setiap aspek jualan lelong dan prosesnya. Walaupun
sdr tidak begitu berminat untuk masuk tender atau membeli, tidak ada
salahnya untuk bertanya dan mengetahui serba sedikit.

2. Sdra akan diminta mengisi borang tender yang ada butir kenderaan dan
butir diri sdr untuk setiap bidding. Setiap bidding mesti disertakan
deposit. Bergantung kepada syarikat kewangan, deposit  sebanyak RM 500.00
atau RM 1000.00 mesti disertakan. Adalah lebih baik jika deposit ini dalam
bentuk cheque. Jika bidding sdra gagal, maka lebih senang dan cepat deposit
ini dipulangkan. Walau bagaimana pun ada syarikat kewangan yang menetapkan
bahawa deposit ini mestilah berbentuk tunai. Sila pastikan dengan terlebih
dahulu dan sila bawa wang tunai yang mencukupi.

3. Jika sdra ingin bidding lebih dari satu kenderaan, maka jumlah deposit
juga akan berlipat kali ganda.

4. Kebanyakan jualan lelong diadakan pada hari Sabtu atau Ahad, oleh itu
buatlah persiapan lebih awal jika deposit yang diperlukan adalah didalam
bentuk tunai.

5.Sdra mesti memahami bahawa setiap kenderaan yang dijual/lelong adalah "as
is where is". Walau apa pun bentuk dan keadaan kenderaan yang saudara lihat
di gudang jualan lelong, maka begitulah keadaannya bila sdr ingin membawa
kenderaan itu pulang. Jika lebih dari satu tayar pancit atau kenderaan tidak
dapat dihidupkan maka sdr harus bersedia dengan lori towing dsb.

6. Sdr harus menghadapi risiko didalam setiap jualan lelong memandangkan
bahawa sdra tidak berpeluang untuk menguji pandu ( test drive). Setiap
jualan adalah muktamad. Adalah lebih baik jika sdr membawa teman atau rakan
yang memahami tentang selok belok kenderaan dan injin kereta. Jika perlu
bawalah mekanik kegemaraan sdra dan bayarlah upah dimana perlu.

7. Pastikan terlebih dahulu syarikat kewangan pilihan sdra sanggup untuk
membiayai kenderaan jualan lelong. Saya difahamkan, secara amnya Hong Leong
Finance dan Public Finance tidak mahu berurusan dengan kenderaan lelong.

8. Pastikan juga setiap kenderaan mempunyai geran asal yang disimpan
disyarikat kewangan yang melelong kenderaan tersebut. Walaupun sdra boleh
mendapatkan salinan yang baru nya dari JPJ, sdr akan menghadapi kesukaran
dan kelewatan untuk mendapatkan pembiayaan kerana setiap syarikat kewangan
ingin melihat kepada fotostat geran asal. Di kebanyakan jualan, didalam
senarai kereta yang dilelong ada dinyatakan samada setiap kenderaan ada
geran yang disimpan atau sudah hilang. Adalah lebih baik jika sdr
mengelakkan diri dari kenderaan yang tidak mempunyai geran.

9. Sdr mesti memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan reserved price,
tendered price, full settlement value, loan value dan market price. Dalam
ruangan yang terhad ini saya tidak dapat menghuraikan segala galanya. Sila
hubungi pegawai kewangan yang mengendalikan jualan lelong untuk keterangan
lanjut. Apa yang nak ditekan kan disini ialah, jika reserved price menyamai
market price, maka janganlah sdr membuang masa dan tenaga membeli kenderaan
tersebut di jualan lelong.

10. Sila pastikan sdr membuat sedikit homework tentang nilai kenderaan
 market value dan loan value). Ini untuk memastikan bahawa sdr tidak
meletakkan harga yang berlebih lebihan atau pun terlampau rendah didalam
bidding.

11. Jika sdr menjumpai kenderaaan yang berkenan dihati dan ianya mempunyai
reserved price yang berpatutan, ada geran dan "didalam keadaaan yang
dirasakan baik", sila bertanyakan kepada para pegawai kewangan yang hadir
tentang kenderaan tersebut dan sejarahnya sebelum membuat bidding. Jika
pegawai yang mengendalikan kenderaan tersebut tidak hadir, pastikan sdra
sedaya mungkin  berhubung dengan pegawai yang mengendalikan akaun berkenaan.
Sila bertanyakan tentang keadaan sebenar kenderaan dan mengapa pemilik gagal
menjelaskan bayaran bulanan.

12. Sila pastikan kenderaan yang sdr ingin bid tidak terlibat didalam
sebarang kes Polis, Kastam, JPJ, BPR, Mahkamah dsb. Selalunya pegawai yang
bertugas akan memastikan kenderaan yang dilelong adalah bersih dari sebarang
kes, akan tetapi memandangkan banyaknya jumlah kenderaaan yang dilelong,
kesilapan tidak dapat dielakkan.

13. Untuk kemudahan sdr, pastikan kenderaan yang diminati tidak terlibat
dalam sebarang kemalangan. Adalah lebih baik jika kenderaan yang diminati
didalam keadaan yang baik dimana tidak ada sebarang parts yang hilang,
dicuri, rosak atau dirosakkan. Sering terjadi dimana pemilik asal mengambil
lampu, bumper, door panel, tempat duduk, malah carburetor dan bahagian
engine, serta merosakkan seat dan cermin. Pastikan sdr menisbahkan semua kos
untuk menggantikan parts yang hilang/rosak ini didalam bidding price.

14. Didalam meletakkan harga untuk bidding ( tender price ) sdra harus ingat
bahawa sdr juga bersaing dengan syarikat jual beli kenderaan ( dealer ) yang
mempunyai budget berjuta juta ringgit. Dimasa yang sama sdr tidak harus
menjadi begitu emosi dan meletakkan tender price yang terlalu tinggi. Amat
penting sekali sdr mengetahui market price dan loan value.

15. Keputusan tender akan diumumkan selalunya dalam masa 2 hari dan jika sdr
berjaya deposit sdr akan digunakan sebagai downpayment dan sdr di beri
tempoh selalunya antara 7  hingga 14 hari untuk mendapatkan pembiayaan
sepenuhnya. Jika tender sdr gagal, deposit sdr akan dipulangkan serta merta.
Jika sdr gagal untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan didalam tempoh yang
ditetapkan deposit sdr akan diambil dan dikira hangus.

16 Untuk kemudahan sdr sendiri sila bertanyakan kepada pegawai kewangan yang
bertugas samada mereka sanggup untuk memberi pinjaman kepada kenderaan yang
mereka sendiri repo dan lelong.

17. Ada baiknya juga jika sdr dapat menyemak dengan terlebih dahulu samada
nama sdr tidak disenarai hitam kan oleh FIS ( Financial Institution
Services )  dan/atau Bank Negara. Ini untuk memastikan agar sdr tidak
membuang masa dan tenaga dan akhirnya gagal untuk mendapatkan pinjaman dan
kehilangan wang deposit. Sila hubungi bank/syarikat kewangan berdekatan
tentang Senarai Hitam yang dikendalikan oleh FIS.

17. Akhir sekali, membeli kenderaan di jualan lelong, bukanlah untuk semua
orang, sdr harus mengambil kira risiko yang bakal dihadapi. Walau
bagaimanapun untuk mereka mereka yang ingin mencuba, ganjaran dan
keuntungannyanya juga amat memuaskan.

Semoga ada manafaatnya.

Wassalam

Nizam

 012 381 1314 / 03 724 1663

Disclaimer: The writer is not financial and legal expert nor does the writer
claims to be one. The writer is not attached to any financial institution
and auction company. It is the sole responsibility of the prospective car
buyer to seek competent financial and legal advise.


----- Original Message -----
From: Mohd Affendi Abdul Ghaffar <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, June 05, 2000 2:08 PM
Subject: FW: H-Net* Vehicle To Be Tendered


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> ----------
> From: mencelah sikit[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Monday, June 05, 2000 09:17 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Vehicle To Be Tendered
>
> Bagaimana nak masuk tender ni........
> Boleh berikan alamat sekali tak dan no.tel........
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Vehicle To Be Tendered
>
> Baru-baru ini pada 28/mei-mencelah buang-buang masa gi tenggok
> Bumiputra-Commerce Finance Berhad dok buka tender kenderaan kena tarik.
> Semuanya ada 71 buah.Boleh di katakan majoriti tu..kereta proton le.
> Comei-comei juga.Tempatnya di Permatang Pauh. Hari pulak panas terik,
> sementara nak habis belek sebiji-biji nak sampai 71 biji, tenggok
> atas.tengok bawah.tengok luar.tengok dalam. Dua tiga jam punya
> berdiri..lengoh kaki-kaki, kalau lutut tak kuat gerenti tekendon. Kalau
> mencelah nak cerita keadaan kereta dari satu ke satu.sampai besokpun tak
> habis, jadi mencelah senaraikanlah beberapa butir darinya.untuk kau orang
> sama-sama kita buang masa.
>
> Proton Wira---------- 1.3 GL-----------1997----30k
> Proton Tiara----------1.1 GL-----------1996----14k
> Proton Iswara --------A/B--------------1993----18k
> Mitsubishi Tredia --- 1.4--------------1983----3k
> Honda Accord -------  2.0 CA5----------1989----12.5k
> Ford Laser---------- -1.3 GL-----------1982----2k
> Bmw ------------------323 I------------1984----20k
> Proton Saga ----------1.3s-------------1991----14k
> Mitsubushi Delica Van------------------1990----9k
> Kancil----------------660 EX-----------1995----15k
> Satria----------------1.6 XLI(A)-------1997----34k
> Proton Iswara-------  1.5--------------1993----21.5k
> Proton Saga---------  1.3S-------------1989----11.5k
> Toyota Dyna Hiace Luton Van--------- --1996----15k
> Proton Saga---------  1.5 I(A)-----------------14k
> Honda Civic---------  1.5 EX-----------1988----20k
> Toyota Corona -----   2.0 GL-----------1989----18k
> Mitsubishi Delica Van------------------1990----9k
> Volvo-----------------240 GLA----------1983----7k
> Honda Intergra ------ 1.6 I------------1986----6k
> Honda Civic ----------EX 1.5-----------1989----23k
>
> Beli kereta secondhand lagi bagus dari beli kereta baru..  tak payah nak
> banyak kore, taya musing.stearing musing.sana bocor.sini bocor...ini tak
> nyala.itu tak nyala, sampai behari-hari laaaaa si budak EON tu nak kena
> menjawab sampai balik rumah dok huuuuiiiii..huuuiiiiii tereyak.
>
> p/s:my kampung-mate banyak hari tak ada, anak demam campak lagi ke?
>
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Mohd Affendi Abdul Ghaffar <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nuwair" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke