*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ilmu apa ni. Tak ada secebis nas pun. 

--- Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
> 
> 
>                              EPISTEMOLOGI
>                            - (Theori Ilmu)-
> 
> 
> Epistemologi ini ialah theori bagaimana kita
> memperolehi ilmu di dalam dan 
> melalui pengalaman keruhaniannya dan apakah
> kandungan atau isi ilmu itu.
> 
> Seluruh struktur (binaan) alam sejagat ini adalah
> sesuatu yang rasional 
> (berakal atau berilmu) dan hidup. Tetapi sebahagian
> dari struktur ini lebih 
> menyedari kerasionalannya dari bahagian yang lain.
> Yang lain pula memiliki 
> rasional itu tetapi kurang atau tidak sedar adanya
> kerasionalan itu.
> 
> Manusialah yang memiliki kerasionalan ini dalam
> peringkat yang paling tinggi 
> terutama sekali Insan Kamil (manusia sempurna) dan
> manusia yang selain itu 
> hanya memiliknya dari segi kemungkinan iaitu ada
> terpendam dalam jiwa mereka 
> tetapi belum terzahir keluar lagi.
> 
> Jiwa manusia itu adalah satu maujud (sesuatu yang
> wujud) yang rasional 
> (berakal). Tetapi theori ilmu kesufian ini berbeza
> dari theori ahli-ahli 
> falsafah yang lain iaitu  kita tidak menyamakan jiwa
> rasional (atau hati) 
> dengan intelek (akal) sebagaimana yang dilakukan
> oleh ahli-ahli falsafah.
> 
> Ada dua jenis ilmu iaitu :
> 
> (a) Al-Ma'rifah (pengetahuan yang diperolehi dari
> pengenalan).
> (b) Al-'Ilm (ilmu yang diperolehi dengan daya fikir
> atau akal).
> 
> Ma'rifah khusus dengan roh tetapi ilmu ('ilm)
> bersangkutan dengan intelek 
> atau daya fikir.
> 
> Bukan saja ilmu itu berbeza-beza jenisnya, tetapi
> saluran dari mana ilmu itu 
> diperolehi juga berbeza-beza. Diberikan satu
> perjenisan (classification) 
> tentang masalah atau persoalan (proposisi) yang
> berdasarkan pada prinsip 
> ini. Semua ilmu biasanya diperolehi melalui 6
> fakulti iaitu pancaindera 
> (lima deria / five sense) dan akal (intelek), iaitu
> akal ini dikira juga 
> sebagai satu fakulti (daya semulajadi manusia,
> seperti daya melihat, 
> mendengar dan sebagainya). Fakulti ini berbeza-beza
> tetapi pada hakikatnya 
> satu jua. Tetapi, ada pula orang yang tidak menurut
> kebiasaan ini iaitu 
> mereka dapat ilmu melalui sesuatu deria (sense)
> daripada pancaindera itu; 
> dan ada juga orang yang mendapat ilmu tanpa
> pancaindera atau tanpa fakulti 
> langsung.
> 
> Adalah luar biasa jika orang itu mendapat ilmu dari
> "clairvoyance" 
> (kebolehan atau kuasa untuk melihat apa yang sedang
> berlaku di tempat lain; 
> akal yang luar biasa), "telepathi" (ilmu perhubungan
> ruhani dengan orang 
> lain dari jauh), "hipnotisma" (perbuatan
> mendatangkan tidak sedar diri), dan 
> paling tinggi ialah ilmu yang digelar "ilmu
> keruhanian" atau "kebatinan" dan 
> ilmu yang diperolehi dari ilham (intuisi).
> 
> 
> · Ilmu Keruhanian Atau Intuisi
> 
> Ilmu yang paling penting ialah ilmu keruhanian atau
> ilmu yang diperolehi 
> melalui ilham. Dengan ilmu ini orang akan melihat
> Hakikat itu sendiri iaitu 
> ilmu tentang realiti (hakikat) sesuatu itu. Akal
> saja tidak dapat mencapai 
> hakikat. Tetapi dengan ilmu Keruhanian Hakikat itu
> dapat dikenali secara 
> langsung. Ilmu yang hakiki terbit langsung daru Roh
> Semesta kepada roh-roh 
> yang khusus, atau dari cahaya kepada cahaya. Roh
> Semesta ini ialah Roh 
> Sejagat ataupun Roh Muhammad iaitu bayangan Allah.
> Roh-roh itu ialah roh-roh 
> bagi manusia itu masing-masing atau bagi makhluk
> yang lain juga. Cahaya itu 
> ialah Nur Allah dan cahaya-cahaya itu ialah roh atau
> jiwa yang diibaratkan 
> sebagai cahaya.
> 
> Orang Sufi menggelar ilmu ini sebagai "rasa" (dhawq)
> iaitu satu istilah yang 
> menunjukkan pengalaman langsung, atau pandangan
> batin. Kadang-kadang mereka 
> menggelarnya Ilmu Laduni atau Ilmu Rahsia ('ilm
> al-Asrar) atau Ilmu Ghaib 
> ('ilmul-ghayb) atau ilmu orang-orang yang masig
> berada dalam dunia tetapi 
> memiliki tabiat alam akhirat (al-nasy'ah
> al-ukhrawiyyah) seperti para Nabi 
> dan para Wali Allah.
> 
> Berkenaan yang ghaib (al-ghayb) itu ada dua jenis.
> Ghaib Mutlak iaitu Zat 
> Allah yang tidak mampu kita mengetahuinya; dan yang
> satu lagi ialah Ghaib 
> Idafi atau relatif ghaib iaitu ilmu tentangnya
> mungkin bagi sebagian orang 
> tetapi tidak mungkin bagi sebagian orang yang lain.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> TO BE CONTINUED
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
> http://www.hotmail.com
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke