Title: H-Net* Kesan Filem Hindustan Dalam Masyarakat Melayu - Reply

Assalamu'alaikum kepada semua netters......

Kalau Pn Pabiyen setuju ngan Sdra Raseet, saya pulak setuju dengan Pn Pabiyen......

Yang sebenarnya, hati saya ni dah lama nak menulis tentang filem Hindustan dan tentang hero pujaan mereka; Shah Rukh Khan.... (SRK).

Suatu ketika dulu saya perna menulis kepada Muslimat net  bahawa saya pernah terbaca dalam "Mingguan Perdana" kalau tak silap saya yg memaparkan sebuah artikel yg mengatakan bahawa "SHAH RUKH KHAN berpuasa tapi minum susu sahaja"!  Puasa kepala hotak dia!  Saya baca artikel tersebut ketika saya pergi beraya kat rumah jiran yg menunjukkan kepada saya betapa teruknya akhbar tersebut menyiarkan cerita begitu yg mana dah sah-sah akan mempengaruhi fikiran anak-anak muda kita yg meminati hero tersebut.

Dalam artikel tu ada menyebut bahawa SRK tidak lagi berpuasa mengikut cara Islam setelah kematian ibunya.  Dulu, sewaktu ibunya masih hidup, dia & ibunya taat membuat ibadat mengikut cara Islam.  Tapi, setelah kematian ibunya, pada pandangannya, amalan seperti itu sudah tidak penting!  Astaghfirullah'al-adzim!  Saya mengucap besar bila baca artikel tersebut.   Apa yg jiran saya pertikaikan ialah; mengapa artikel sedemikian ditulis; tidak kah mereka tahu bahawa ramai muda-mudi kita yg begitu meminat SRK akan terpengaruh dengan apa yg diulas dalam artikel tersebut?  Yg keduanya, jiran saya kata; mengapa akhbar berkenaan boleh dijual - isi kandungannya bukan ada quality sangat; sedangkan Harakah pada masa tu dah pun diambil tindakan undang-undang?  Saya sungguh tak faham!

Di manakah seronoknya menonton filem Hindustan?  Saya tak rasa seronok pun!  Apa tidaknya?  Bila bergaduh (adegan bertumbuk) depa berdusyum-dusyum bertumbuk, sepak, terajang, tapi tak mampuih jugak!  Cuba kita tengok filem orang putih, sekali "swing" aje dah jatuh!  Apa; kulit mat salleh dengan kulit hindustan ni beza ke?  Agaknya kulit HIndustan ni "tebal" sikit kot!  Dah berdarah-darah, dah nak patah-patah tulang belulang; tapi mampuihnya tak jugak!

Meh kita tengok cara depa menari; kalau lagu yg "rancak" sikit, bagai nak rak habis semuanya bergoyang; yg perempuan buah betik habis berkocak-kocak; nasib baik pakai coli kuat tali punya, pusat dah tentu terjojol-jojol; kepala tu depa "swing" sampai nak tercabut kepala tu bila kita tengok........  pergerakan mereka terlalu "aggressive"... lagu rancak tak seberapa jadi macam rancak bagai nak rak!  Kalau lagu sedih pulak, tang berguling-guling dari atas bukit, berpusing-pusing balik pokok, naik pening kepala; lepas tu pergi sembah to'kong, sembah patung dewa-dewi depa; sampai anak saya tanya; "mengapa dia sembah-sembah patung tu ibu?"  Sejak dari tu, saya larang anak saya tengok cerita Hindustan.  Takut saya!

Terus-terang saya katakan, saya TAK TENGOK filem "Kuc-kuc Hota Hei"; tapi sebab lagu tu selalu sangat keluar kat ERA, terhafal pulak!  Problem betul!  Hari tu ada kawan perli saya; "Hai... kata tak suka tengok hindustan, tapi bila tang lagu, terror pulak?"  Apa tak terrornya?  Tiap-tiap hari telinga asyik di*pantak"kan dengan lagu KKHH! 

{Perkataan *pantak* adalah bahasa kasar yg bermaksud "kena sumbat".  Saya pinjam perkataan yg mak saya selalu cakap pada anak-anak saudara saya.  Sorry ya!  Bukan mencarut tau!}

Lagi satu pasal anak-anak remaja perempuan kita yg memuja-muka si SRK & rakannya Salman Khan.  Hari tu saya "warning" anak saudara saya yg baru Tingkatan 2 - dia simpan gambar SRK dalam "wallet" dia.  Saya cakap, kalau saya tahu dia simpan lagi gambar SRK, siaplah!    Saya cakap kat depa, tak ada pekdahnya menyimpan gambar orang yg dulu Islam, tapi sekarang ni entahkan Islam ke tidak!  Kahwin pun ikut cara Hindu... nama bini dia pun "Gowri".  Dia kata dia islam, tapi puasa boleh minum susu, orang puasa siang, dia puasa malam pun ada!   Apa yg korang minat sangat kat dia tu?  Bila saya cakap macam tu, barulah anak sedara saya bukak mata!  Sekarang ni dah kurang sikit depa tu memuja SRK.  Saya kata, bukan gambar SRK tu yg boleh bantu korang lulus periksa tau! 

Kalau diberi pilihan antara nak tengok filem Hindustan atau cerita Cina, saya TERPAKSA pilih cerita Cina (kungfu).  Ini kerana, kungfu Cina memang make sense, Cina selalunya kalau gaduh pun depa berkungfu; bila yg jahat pandai kungfu, yg baikpun pandai kungfu, pergerakan kungfu tu memang ada logiknya.  Tapi, bila hero hindustan kalau kena langgar kereta pun masih boleh bangun & berlawan bagai nak rak......; saya rasa itu dah hilang logiknya!  Tapi, kalau tak diberi pilihan, dua-dua saya tak suka tengok.  Anak-anak saya pun macam anak-anak Pn Pabiyen, tengok  Teletubbies ataupun Antz, Toy Story atau Baby's Day Out, dan cerita-cerita pasal baby..... yg ni lebih selamat.

Untuk pengetahuan Pn Pabiyen, perkataan "swami" tu adalah sama macam "sami".   Kalau boleh, janganlah sebut perkataan tu selalu......orang Hindu memang cukup respect "swami" mereka.  Saya rasa, pertanyaan Pn Pabiyen yg No. 4 tu terjawab seperti yg saya tulis di atas.

Wassalam

===========================================================================

you wrote:

Setuju dengan Raseet. 

1.  Anak kawan saya (5 tahun) "Ibu, besar nanti along nak kahwin dengan
perempuan nampak pusat"

4.  Saya heran Shah Rukh Khan boleh duduk menyembah depan tokong.
Mungkin tak banyak filem hindustan yang saya tengok, tapi tak nampak
lagi Salman Khan dok menyembah tokong hindu.  Tapi bila dengar Shah
Rukh kahwin ngan pompuan hindu cara hindu, dah tak heran SRK boleh buat
cam tu.

Pengarah Phir Bhi dil hai hindustani namanya Aziz Mirza.  Dalam the
making of... ada le tunjuk Aziz Mirza tu dok pakai nanda dot kat dahi.
Is he a hindu?

Kirim email ke