|
Assalamualaikum wrth Saya sering ditanya tentang, “Berapakah nilai sebenar hartanah atau rumah saya ini?” Tanpa menggunakan perkhidmatan Jurunilai yang bertauliah, adalah agak sukar untuk memberikan jawapan yang tepat. Itulah sebabnya mengapa Bank dan syarikat kewangan menggunakan perkhidmatan Jurunilai bertauliah bila ingin menberi pembiayaan semula hartanah ( refinancing ). Akan tetapi didalam proses transaksi tempat kediaman ( rumah, flat, condo dsb ) ada beberapa cara lain yang dapat dilakukan oleh tuan punya rumah (penjual) untuk mendapatkan nilai rumah sebelum menjualnya. Ini adalah penting kerana kerap kali terjadi di mana pemilik rumah meletakkan harga terlalu tinggi. Bila harga terlalu rendah, tidaklah menjadi sebarang permasalahan, kerana rumah tersebut dapat dijual dengan sekelip mata sahaja. Walaupun rumah tersebut dijual, pemiliknya tidak mendapat pulangan keuntungan yang sebenarnya. Ada kalanya pemilik merasakan untung, akan tetapi bila dinisbahkan, kadar faedah dan keuntungan yang dikenakan oleh bank dan cukai ( Real Property Gain Tax ) dan lain lain kos sewaktu pembelian dan jualan, pemilik mungkin sebenarnya tidak untung malah menghadapi kerugian. Permasalahan terjadi bila pemilik meletakkan harga terlalu tinggi kepada rumah mereka. Ini terjadi bila pemilik inginkan sesuatu harga atas sebab sebab tertentu. Walau apa pun sebab musababnya sesuatu rumah hanya dapat dapat dijual bila harganya berpatutan dan bila ada persamaan antara tawaran dan permintaan. Bila rumah tidak dapat dijual dengan harga tinggi yang dikehendaki, pemilik/penjual sering merungut mengatakan pasaran adalah terlalu lembab dan menyalahkan ekonomi negara. Terus terang ingin saya nyatakan ekonomi negara bertambah baik dan semakin pulih dan pasaran hartanah untuk rumah kediaman semakin aktif. Dengan kadar faedah asas ( base lending rate ) yang rendah sekarang ini, permintaan semakin memuncak dan tidak ada sebab mengapa sesuatu rumah tidak dapat dijual. Masalah besar yang sering dihadapi apabila pemilik terus berdegil untuk mendapatkan harga yang berlebih lebihan walaupun diberi khidmat nasihat oleh ejen hartanah yang bertauliah. Izinkan saya secara kasar menurunkan cara cara untuk mendapatkan harga pasaran bagi sesebuah rumah. Walaupun ianya tidak tepat tetapi dengan menggunakan cara cara dibawah ini pemilik akan mendapat anggaran tentang nilai hartanah atau rumah masing masing. 1. Cara perbandingan. Mengadakan perbandingan dengan harga rumah di dalam kawasan yang sama dalam tempoh yang sama dan mengambil kira faktor keluasan tanah, keluasan rumah dan sebarang ubahsuai ( renovation) 2. Cara kiraan keuntungan dan pulangan modal. Mengambil kira jumlah untung bersih sewaan untuk setahun dan didarab dengan peratusan purata pulangan tahunan yang dikehendaki ( average yield/return ). Cara ini digunakan untuk ruang perniagaan, pejabat dan kilang. 3. Cara Kos Mengambil kira kos harga tanah dan kos pembinaan bangunan diatas tanah tersebut samada pejabat atau kilang dan didarab dengan peratus premium. Cara ini tidaklah setepat cara 1 dan 2 akan tetapi ianya boleh digunakan sebagai semakan. Kebanyakan ejen hartanah yang berlesen mempunyai “In-house Research Deparment yang menerbitkan harga hartanah/rumah setiap minggu. Rekod harga hartanah ini diperolehi dari berbagai bagai sumber dan dikemaskini setiap minggu. Perkhidmatan profesional ini adalah percuma untuk setiap pengguna. ….bersambung Semoga ada manafaatnya. Wassalam Nizam 012 381 1314 / 603 724 1663 p/s: Untuk saudara saudari yang bertugas di Proton, EON, JVC, Shinetsu, Sharp, Fujitsu, Jaya, Polymatech dan keseluruhan Hicom Industrial Park yang tidak mahu membuang masa berulang alik dan ingin melabur dan menetap di Seksyen 26 dan 27 Shah Alam ( hak milik bebas ) sila hantar emel kosong kepada [EMAIL PROTECTED]. Didahulukan dengan ucapan terima kasih, semoga di suatu hari yang akan datang saya dapat membantu. Disclaimer: The facts provided above are intended as information dissemination only and the writer should not be held liable for any third party transaction. Please contact your favorite licensed real estate agent for further advise and details. |
