*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum.

Sebenarnya terdapat banyak hikmah dan kebaikan bagi kedua-dua pasangan 
suami-siteri sekiranya berpoligami. Cuma manusia ini buta hati dan terlalu 
mengikut emosi. Bagi mereka yang menggunakan akal, sudah pasti mereka akan 
nampak kebaikan ini. Antaranya, telah pun disebutkan oleh saudara man 018 
dan juga oleh beberapa netter lain.

Tambahan lagi, 'cost of living' khususnya di Lembah Kelang amat menekan di 
zaman ini. Dengan berpoligami, insya'allah ia dapat meringankan sebahagian 
daripada tekanan ini. Dengan syarat kedua-dua pihak menggunakan akal untuk 
mengatasi perkara ini, dan bukan emosi.

Soal "tidak mampu" bukanlah isu utama. Pada pandangan saya isu "tiadk mampu" 
ini cumalah satu alasan manusia saya terutama sekali kaum wanita. Sering 
kita dengar contoh kes-kes berpoligami di mana si isteri kena bantu 
menanggung sara hidup keluarga. Tetapi, bukankah ini juga banyak berlaku 
dalam kes beristeri satu?

Untuk mengatasi isu "tidak mampu" ini, sepatutnya berpoligami adalah satu 
penyelesaian untuk meringankan tekanan hidup di kota seperti di Lembaj 
Kelang. Dengan berkongsi tanggungjawab dan berkongsikan sara hidup oleh 
lebih ramai ahli keluarga, insya'allah ini dapat menaikkan taraf ekonomi 
keluarga tersebut.

Satu perkara yang kita perlu terima hakikat hidup di kota zaman sekarang 
ini, ia itu ada berapa kerat sangat si suami yang benar-benar mampu 
menanggung keluarganya dengan pendapatan sendiri sepenuhnya? Setahu saya, 
kebanyakan perlu sumbangan si isteri. Jadi, sekiranya keluarga tersebut 
mempunyai lebih daripada seorang isteri, bukankah sumbangan si isteri-isteri 
berkenaan dapat membantu memperbaiki taraf hidup keluarga tesebut? 
Memanglah, terlebih dahulu akal mesti mendahului emosi dalam hal ini.

Sekian.




>From: "man 018" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* poligami
>Date: Tue, 06 Jun 2000 17:31:03 GMT
>
>
>isteri saya izinkan saya kahwin satu lagi tapi saya tak mau buat masa ini
>sebab isteri saya masih boleh melahirkan zuriat untuk saya, insyaallah dan
>saya rasa tak mampu nak bagi nafkah zahir kepada isteri kedua.
>
>dulu isteri saya melarang tapi sekarang katanya mudah kalau isteri saya
>sakit ada yang hendak menjaga sedangkan saya masih boleh menjaga isteri 
>saya
>dan katanya lagi dia tak mau menyekat kemahuan suami beristeri dua. 
>bukankah
>lebih baik redha tapi ada syaratnya iaitu madunya nanti tidak bekerja dan
>tinggal sebumbung denganya hanya bilik lain-lain.
>
>kadangkala nak juga beristeri dua tapi bila isteri saya kata macam tu saya
>bertambah sayang kepada isteri saya sehingga saya batalkan niat saya
>beristeri dua. apanya tidak rumahtangga terurus termasuk anak-anak juga
>layanan masih istimewa kepada saya seperti baru kahwin.
>
>alangkah bahgianya.semoga Allah kekalkan rumahtangga kami.
>
>
>>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* poligami
>>Date: Tue, 06 Jun 2000 06:55:12 GMT
>>
>>
>>Ini kira betul-betul punya cakap, mencelah rasa cukup bangga memiliki
>>netter
>>wanita yang berfikiran matang sematang-matangnya dalam hizbi net 
>>ini.Dengan
>>ertikata yang canggih "wanita alaf baru"!Sebenarnya wanita semacam Mek Na
>>lah yang di cari-cari oleh Dr Ian Wilmut dari Institut Roslin Edinburgh,
>>Scotland selama ini. Malangnya kerana tak jumpa-jumpa terpaksa le dia
>>klonkan biri-biri aje.
>>
>>Memang betul! kalau dah dia orang nak berpoligami, biarkan lah....buat apa
>>nak halang.Kalau suami kau orang mampu berpoligami, kau orang punya nama
>>juga naik.Orang tanya suami siapa yang gagah tu,suami siapa lagi kalau
>>bukan
>>suami saya.Betulkan....Mek Na.
>>
>>
>>>From: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
>>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>>Subject: H-Net* poligami
>>>Date: Tue, 06 Jun 2000 12:26:44 MYT
>>>
>>>
>>>kepada sesiapa yang nak bertengkar pasal poligami tu tak payahlah...tak
>>>habis punya...
>>>>
>>>lebih elok jaga suami dan isteri masing-masing.  Pertahankanlah apa yang
>>>ada.  Dah menjadi tanggung jawab isteri menjaga suami .... walaupun suami
>>>bebal lagu mana pun...  begitu gak dah jadi tanggung jawab suami mendidik
>>>dan memberi kebahagiaan pada isteri...walaupun isteri becok macam
>>>murai....
>>>
>>>kalau rasa isteri dah keterlaluan tu kawin jelah satu lagi....  isteripun
>>>masa tu tak payah lah nak melenting...gatal-gatal nak minta cerai
>>>pulak....
>>>kalau tak larat dengan suami.... bermadulah supaya ringan sikit beban
>>>tu....tapi kalau nak mermadu...biarlah cerdik sikit....  buat surat
>>>perjanjian...
>________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke