*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
"Bagaimana remuk dan hancurnya jerami gandum dalam genggamanku ini
begitulah hancurnya hatiku dengan permintaan" antara kata2 simbolik dari
Saiyidatina Fatimah sewaktu suaminya menyatakan hasrat untuk menikah lagi.
POLIGAMI...madu yang manis bagi seorang suami, namun igauan ngeri dan
pahit bagi wanita bergelar isteri...tambah lagi buat isteri yang pertama.
Bagaimanapun keharusan berpoligami sememangnya tidak boleh dipertikaikan
kerana Islam sememangnya telah menetapkan dengan jelas hukum berpoligami.
Pihak lelaki sama ada dengan izin isteri atau sebaliknya bebas untuk
melaksanakanya kerana poligami merupakan hak mereka. NAMUN awas kaum
lelaki perlu diingat bahawa dalam masalah poligami , walaupun ianya hak
kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejakdari zaman
Rasulullah saw lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan
poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau
menyebabkan anak2 terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
TERBATAL!!. Walaupun pada awal niatnya adalah ikhlas kerana Allah Ta'ala.
Allah itu Maha Kaya Maha Adil......
Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambahkan
ilmu dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. "Fahami selok belok
berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang
ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin dibela.
Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.
Biarlah orang yang ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin
dibela. Banyak berlaku dikalangan suami yang kononnya ingin membela nasib
wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur17 tahun misalnya, tentulah
lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah saw. dalam konteks membela kaum
wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur
bahkan ada yang purus haid. Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah
Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri
sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami.
Baginda begitu meraikan pengorbanan oleh Khadijah. Setelah kematian
Khadijah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah
SWT.
Dikatakan suami yang berpoligami ini jika tidak berlaku adil, diakhirat
kelak akan dibangkitkan dalam keadaan senget.
Sebagai kesimpulannya, masalah poligami ini jelas merupakan satu keharusan
dalam Islam. Bagi suami yang ingin berpoligami perlu meneliti dahulu
apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku
keretakan atau kekecohan rumah tangga yang telah sedia dibina.
sekian wassalam
Rose
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>