*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya bukan la sokong mana mana pihak akan tetapi nak
kena fikir sejenak bila baca tulisan di malaysia kini
tu. (bagus tu bagus la...boley buat muhasabah)
Persoalan saya utk dibincangkan:
1. Kalau kontrakter tu cukup dari segi organisasi dia
dan boley menepati apa yg ditetapkan oleh kerajaan
(biasanya geng jkr yg buat peraturan bagi sesuatu
projek ,memberi tender serta menasihat
kerajaan)....saya rasa tidak salah mereka diberikan
tender (walaupun dari UMNO). Itu menunjukkan keadilan
bagi kerajaan. Dan sekira kontrakter tu bersifat kecil
(kan kontrakter ni terbahagi drp beberapa kelas), maka
wajar la dia hanya menjadi sub kontrakter jer. 
2. Kalau dia nak pergi kerja dan singgah sebentar utk
beli nasi lemak, adakah ianya menyalahi pemakaian hak
harta kerajaan tersebut? Kalau si isteri pergi beli
nasi lemak.....dia pakai kejap utk pergi beli utk
menyediakan sarapan bagi keluarga sebelum sang suami
pergi kerja.......adakah ianya dianggap salah guna
kuasa?
3. Sebelum menjadi MP/ADUN, ramai ahli ni terdiri dari
ahli perniagaan (Walaupun dia ni ustaz), ahli tokoh
akademik, pendekata sebelum nak bertanding ni rata
rata ekonomi mereka ni dah ok.....jadi kalau ditimbul
kereta dua tiga ni.....adakah kereta ni baru dibeli
atau kereta ini dibeli sebelum jadi mp lagi. Ingat nak
booking mercedes kat malaysia pun amik masa 2 ke 3
bulan baru nak dapat...inikan kerajaan negeri yg
berumur 6 bulan

Apa pendapat kalian semua?
 
--- Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalamualaikum,
> 
> Pas dan Umno bukan parti malaikat - dua2 punya
> kelemahan dan kesilapan.  Kalau dibuat senarai 
> kesilapan antara kedua2 parti ini, dimanakah
> letaknya
> kesalahan guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak
> dengan guna kuasa tuduh orang liwat?  Antara
> keduanya,
> kesalahan siapa yang banyak menduduki tempat
> teratas?
> Kalaulah ada parti ketiga yang bersih dari
> kesilapan,
> maka parti ketiga inilah yang patut dipilih. Oleh
> kerana tidak ada parti ketiga, yang terbaik dari
> yang
> tak berapa baiklah dipilih. 
> 
> Sebagai perbandingan, antara hilang nyawa dan makan
> daging babi, makan daging babilah diharuskan. Antara
> hilang nyawa dan akidah, nyawalah harus dikorbankan.
> Antara Umno yang menolak Islam dan Pas yang mahukan
> Islam, Umnolah yang harus dikorbankan dulu.
> 
> Walaubagaimanapun, walaupun tak boleh jadi parti
> malaikat, segala yang dianggap kecil kena juga 
> diteliti oleh Pas kerana bendera yang dibawanya
> adalah bendera Islam.   
> 
> Sekadar memberi pendapat.
> 
> ----- Original Message ----- 
> From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, June 06, 2000 5:20 PM
> Subject: H-Net* Susah menerima yg pahit
> Guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak 
> Fathi Aris Omar 
> 
> 6 Jun: Ketika perwakilan Pemuda PAS sedang
> bermuktamar
> Khamis lalu, di luar dewan, seorang aktivis akar
> umbi
> parti itu merungut tentang 'gelagat baru' pemimpin
> parti itu mentadbir Terengganu. Aktivis pertengahan
> 30-an itu berkata semua pemimpin parti Islam itu
> menjadi sasaran kritikan tidak puas hati ahli-ahli
> PAS
> sendiri. 
> 
> "Semuanya (anggota exco dikritik) kecuali Menteri
> Besar," jelasnya, apabila ditanya tentang berapa
> ramai
> lagi pemimpin kanan kerajaan negeri itu dikritik
> setelah mendengar begitu banyak rungutan terhadap
> Exco
> Pembangunan Islam dan Pelaksanaan Syariah, Harun
> Taib.
> 
> 
> "Tetapi lama-kelamaan, orang ramai akan pertikaikan
> MB
> pula," katanya. "Kalau dah tahu banyak complaint,
> kenapa (MB) tak buat apa-apa?" hujahnya dalam pelat
> Terengganu. 
> 
> Beliau bercerita tentang banyak rungutan - bermula
> pemberian kawasan balak kepada salah seorang ahli
> Umno
> tetapi tidak melalui tender terbuka hinggalah soal
> penyalahgunaan kenderaan rasmi untuk tujuan
> peribadi. 
> 
> Menurutnya, maklumat tentang isu balak itu beredar
> melalui mesej emel tetapi tidak dapat mengesahkan
> sejauh mana soal itu dapat disokong dengan bukti
> atau
> dokumen rasmi. Bagaimanapun, isu kereta rasmi itu
> didakwa disaksikannya sendiri. 
> 
> "Ana nampak dengan mata ana sendiri," ungkapnya,
> yang
> mulai berjinak dengan parti Islam itu sejak di
> sekolah
> menengah lagi, dengan tata bahasa gerakan Islam.
> Ana,
> yang bermaksud saya, merupakan istilah Arab yang
> popular digunakan dalam pertuturan aktivis
> pertubuhan-pertubuhan Islam. 
> 
> Aktivis ini tinggal tidak jauh dari rumah exco kanan
> berkenaan yang selalunya dianggap pakar rujuk dalam
> hal ehwal perundangan PAS. "Isteri dia bawak (pandu)
> pergi beli nasi lemak," tambahnya. 
> 
> "Sekarang isu ini (kereta rasmi) sudah jadi buah
> mulut. Yang hairan, ada sebilangan exco sudah
> mempunyai beberapa buah kereta (peribadi),"
> rungutnya
> lagi. 
> 
> Tetapi, katanya lagi, yang lebih mengecewakan,
> jawapan
> yang diterimanya daripada bekas Ketua Pemuda PAS
> negeri itu tentang rungutan salah guna kemudahan
> awam
> tersebut. 
> 
> "Isu (kereta) ini, ana malas nak jawab!" kata Ahli
> Dewan Undangan Negeri bekas aktivis ABIM itu dalam
> satu mesyuarat agung PAS peringkat kawasan. 
> 
> "Kita selalu kritik Umno kerana menyalahgunakan
> kemudahan awam untuk tujuan peribadi, tetapi
> bagaimana
> sekarang?" beliau terus mempertikaikan. 
> 
> Beliau bimbang kerajaan PAS Terengganu - yang baru
> berusia enam bulan - mengulangi KKN (kornisme,
> korupsi
> dan nepotisme) yang menjadi kemarahan rakyat
> terhadap
> Umno. 
> 
> "Soalnya bukan amalan, soalnya prinsip. Lagipun,
> perbuatan itu (kereta rasmi) terlalu menjolok mata,"
> beliau mempertahankan rungutannya apabila dihujahkah
> bahawa amalan KKN dalam Umno jauh lebih serius
> berbanding isu kereta rasmi yang diungkitnya itu. 
> 
> Sementara seorang kontraktor kecil merungut tentang
> apa yang didakwa 'amalan tidak telus' kerajaan
> negeri
> itu. "Nampaknya hanya mereka (kontraktor yang
> dilihat
> pro-Umno) yang pernah mendapat tender (ketika Umno
> mentadbir) dulu mendapat kontrak," katanya. 
> 
> Sementara seorang lagi kontraktor pula merungut
> kerana
> terpaksa mengambil kerja-kerja sub-kontrak daripada
> seorang kontraktor Umno yang mendapat projek. 
> 
> Pelbagai rungutan didengar daripada pelbagai
> peringkat
> - daripada pegawai kerajaan negeri dan aktivis parti
> hingga rakyat biasa - dan semuanya itu bertujuan
> melihat PAS berada atas landasan yang betul seperti
> yang sering diceramahkan oleh parti Islam itu. 
> 
> "Janganlah bekerja keras untuk PAS dan mengharapkan
> (sesuatu yang unggul). Nanti kita kecewa," pesan
> rakannya pula. 
> 
> Apakah amalan 'tiga abdul' seperti tulis Sayuti Omar
> sedang berkembang di sebalik bulan purnama di
> Terengganu? 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chow sin <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke