|
Assalamualaikum wrth
Izinkan saya sedaya mungkin menjawab soalan yang
dikemukan oleh Sdra/i Imazz.
Maintenance service bermakna
perkhidmatan penyelenggaraan yang diadakan untuk sesebuah
apartment atau kondo yang mempunyai lebih dari satu tingkat dan lebih
dari satu pemilik. Perkhidmatan ini di kendalikan oleh persatuan penduduk
atau oleh syarikat yang di lantik atau ditubuh oleh persatuan
penduduk. Juga dikenali sebagai syarikat strata.
Perkhidmatan ini termasuklah pengutipan sampah,
tugas pembersihan, penyediaan pengawal, penyelenggaraan kawasan dan lanskap,
penyelenggaraan apa sahaja kemudahan yang disediakan seperti kolam renang,
spa, jimnasium, gelanggang permainan kawasan piknik dan permainan dan
apa sahaja termasuk pembayaran bil letrik, air dan najis untuk kawasan awam
dan juga pembaikkan apa sahaja bahagian yang rosak dikawasan yang
di kongsi bersama ( common area ) seperti atap, koridor, lif, tangga,
longkang, jalan, tempat letak kereta,
saluran najis, segala jenis pam, dan paip dan apa sahaja.
Maintenance fee bermakna yuran bulanan yang dikutip
dari setiap pemilik untuk sesebuah unit untuk kerja kerja penyelenggaraan
diatas.
Kadar purata untuk yuran penyelenggaraan ialah
sebanyak 12 sen ( RM 0.12 ) untuk sekaki persegi. Contoh: Jika apartment
mempunyai keluasan 950 kps maka yuran yang perlu dibayar ialah sebanyak RM
114.00 sebulan. Untuk penthouse pula yang selalunya mempunyai keluasan 1500 kps
maka yuran bulanan ialah sebanyak RM 180.00 sebulan.
Masalah terjadi apabila penduduk atau sebahagian
besar penduduk gagal untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan. Bila wang yang
terkumpul tidak mencukupi maka banyak kerja kerja penyelenggaraan tidak dapat
dilakukan atau tergendala. Membaiki bumbung atau paip kondominium yang bocor
memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika jumlah kutipan tidak mencukupi maka
kerja kerja pemulihan tidak dapat dijalankan. Sila rujuk kepada suratkhabar
minggu lepas dimana DBKL akan menyita harta benda penghuni flat DBKL yang gagal
menjelaskan yuran penyelenggaraan mereka.
Oleh kerana kerumitan mengendalikan syarikat
strata, maka persatuan penduduk akan melantik syarikat pengurus bangunan
profesional yang bertauliah untuk semua kerja kerja penyelenggaraan dan kerja
kerja mengutip yuran. Mengikut peruntukan yang ada dalam Akta Strata, syarikat
strata melalui syarikat pengurus bangunan boleh menyaman mana
mana pemilik yang gagal menjelaskan yuran bulanan dan boleh
mendapatkan perintah mahkamah menyita harta benda pemilik yang
engkar.
Setahu saya tidak ada sebarang peraturan yang
melarang pengguna bertudung (wanita Islam ) untuk mandi di kolam renang. Semua
peraturan di sesebuah kolam renang atau di kondominium/apartment ditetapkan oleh
persatuan penduduk dan syarikat strata. Amatlah mustahak agar semua penduduk
terlibat dengan semua mesyuarat yang diadakan agar sebarang pandangan dapat
diketengahkan.
Semoga menjawab persoalan Sdra/i Imazz
Wassalam
Nizam
012 381 1314 / 603 724
1663
>===== Original Message >From imazz <[EMAIL PROTECTED]>
===== >Assalamualaikum > >Saya ingin mendapat pandangan netter mengenai >maintenance servis bagi apartment/kondo yang ada >swimming pool, spa etc. > >Kalau floor teratas (macam pent-house) tu, tak panas >ke, sebab makin dekat dengan matahari(ini teori kawan >saya). Lagi satu, betul ke pihak maintenance tak >berapa jaga bahagian atap atas dan selalu leakage. > >Ada regulation ke yang menghalang pengguna swimming >pool berbaju tutup( dan bertudung).Terimakasih. > >Wassalam. |
