*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil'alamin

Wa sollatu wa sollamu'ala ashrafil anbiya i'wal mursalin. Wa'ala alihi
wa sahbihi wa sallim

Ya Allah Ya Rahman, Ya Tuhan Kami, Tuhan yang mentadbir sekelian alam,
segala puji-pujian hanyalah kepadaMu selayaknya. Engkau Maha
Mengasihani dan Maha Pemaaf. Ampunilah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kami
sama ada yang kecil mahupun yang besar Ya Allah. Engkau
Maha Mengetahui atas apa sahaja yang kami lakukan, sama ada ianya nyata
dilihat mahupun tidak. Tiada apa yang tidak Engkau ketahui
melainkan semuanya berada dalam genggamanMu. Engkaulah yang menghidupkan
dan Engkaulah yang mematikan.

Ya Allah Ya Rahman, sesunguhnya kami insaf diatas ketelanjuran kami
selama ini. Kami sedar atas kesalahan kami dan kami amat
memerlukan pengampunanMu agar kami selamat didunia dan diakhirat.
Selamatkanlah kami Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah.

Engkau telah datangkan kepada kami pelbagai macam bala bencana tidak
kira dalam bentuk apa termasuklah bencana alam, bencana
ekonomi, bencana sosial dan bencana aqidah. Kami sedar akan segala
bencana itu akan tetapi kami lalai untuk mengambil iktibar dari
amaranmu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Besar. Engkau telah
tunjukkan kepada kami kesan jika kami lalai daripada taat kepadaMu.

Ya Allah Ya Rabbi, janganlah Engkau hinakan kami dengan pelbagai
kehinaan dan janganlah Engkau biarkan kami terus dilalaikan oleh
nikmat keduniaan sahaja. Ya Allah Ya Jallil, kepadaMu sahajalah kami
bermohon doa agar Engkau selamatkan lah negara kami, bangsa kami
dan juga kami dari segala bala bencana.

Sesungguhnya dimasa kami kaya dan hidup dalam kesenangan, kami telah
lupa daratan dan ada diantara kami menindas sesama mereka.
Kami mengaut hasil rezeki dunia sambil bermegah-megah mengatakan ianya
milik kami sedangkan semuanya adalah milikMu Ya Allah. Kami
telah membenarkan maksiat dalam pelbagai bentuk bermaharajalela sehingga
ramai diantara anak-anak kami telah menjadi mukmin disiang
hari dan kafir dimalam hari.

Kami tamak atas harta-harta umum dan wakaf. Kami menggunakan
undang-undang yang kami ciptakan yang tidak berpandukan kepada
hukumMu Ya Allah. Kami jadikan undang-undang kami ini sebagai alat untuk
kami mengaut kekayaan dan menindas sesama kami. Kami
telah memandang ringan atas hukumMu Ya Allah. Kami hinakan orang yang
alim diantara kami. Kami lebih mementingkan diri kami sendiri
daripada orang yang berada didalam pimpinan kami. Kami memperhambakan
mereka. Kami larang mereka beramal mengikut hukum. Kami
tangkap mereka-mereka yang melawan kami dan menafikan hak mereka untuk
dibicarakan.

Kami bina bangunan-bangunan pencakar langit dan binaan yang menakjubkan
dengan menggunakan harta yang kami kumpul dengan cara
menzalimi rakyat kami. Kami lupakan kesengsaraan mereka dengan cara
melalaikan mereka dengan hiburan dan kata-kata yang memuji
mereka. Kami lupakan masalah yang menimpa mereka walaupun ada diantara
mereka yang daif dan terlalu susah didalam kehidupan. Kami
berada didalam kemewahan Ya Allah sedangkan rakyat kami berada didalam
kesusahan. Kami berbelanja besar Ya Allah seolah-olah kami
tidak akan menghadapi mati dan siksa kubur serta soal jawab di akhirat
nanti.

Sesungguhnya kami mengumpul harta tidak kira masa sehingga kami lalai
untuk menunjukkan taat kepadaMu dengan beribadat. Kami
berbuat semua ini semacam kami ini akan hidup selama-lamanya Ya Allah.
Ada diantara kami yang mendabik dada mengatakan bahawa dia
yang menurunkan rezeki keatas kami. Kadang-kadang kami ini semumpama
Firaun yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya ramai
diantara kami ini sesat Ya Allah. Kami lupakan perintahMu Ya Allah.

Engkau telah berjanji akan memerangi kami dan menjatuhkan hukuman keatas
kami jika kami ingkar kepadaMu tidak kira didunia ataupun di
akhirat nanti.

Pelbagai peringatan telah Engkau berikan kepada kami, namun kami masih
tidak mengendahkannya Ya Allah. Kami masih leka diulit
kemewahan dan nikmat dunia. Sesungguhnya semua ini tidak kekal akan
tetapi kami masih lalai bersamanya.

Sejak dahulu sehingga sekarang, Engkau telah jadikan ramai musuh-musuh
yang ingin untuk memusnahkan kami. Musuh-musuh ini
dijadikan adalah sebagai peringatan kepada kami agar kami bertaubat.
Akan tetapi kami masih leka Ya Allah. Kami lalai Ya Allah. Sepatutnya
kami diberikan pengajaran.

Ya Allah Ya A'ziz, Jika Engkau ingin menurunkan bala bencana dan
menghukum kami, Engkau hukumlah siapa-siapa diantara kami yang
melakukan kesalahan. Engkau kasihanilah kepada mereka-mereka yang taat
dan sujud kepadaMu Ya Allah. Masih ramai lagi diantara kami
yang taat dan sujud kepadaMu Ya Allah. Kasihanilah kami. Ampunkanlah
kami.

Kami bertaubat Ya Allah. Kami sesungguhnya menyesali atas ketelanjuran
diri kami Ya Allah. Kasihanilah kami semua. Janganlah Engkau
datangkan azab yang maha besar keatas kami kerana dikalangan kami ada
anak-anak kecil yang tiada berdosa walau sedikitpun. Terlalu
ramai diantara kami semua yang lemah, miskin, yang tidak mempunyai
apa-apa, yang mana setiap hari tunduk dan sujud padaMu, yang
senantiasa mengharap rahmatMu, yang sentiasa mengharap belasMu dan belas
kasihan sesama kami. Kami mengakui akan setiap kelemahan
kami.

Kami bermohon kepadaMu Ya Allah, Engkau jadikanlah dikalangan kami
pemimpin yang kasihkan kami, yang tidak tamak haloba atas
nikmat duniawi, yang senantiasa berbuat baik kepada kami sesama makhluk,
yang senantiasa taat kepadaMu seperti kami taat padaMu, yang
dapat membela nasib kami didunia ini atas kasihnya kepadaMu Ya Allah,
yang akan berperang atas jalanmu bagi pihak kami atas
musuh-musuhMu dan musuh-musuh kami. Sesungguhnya kami tiada apa-apa
untuk membalas jasa mereka itu dan sesungguhnya
Engkaulah yang selayak-layaknya membalas jasa mereka.

Engkau berikanlah kepada mereka akan kekuatan yang berlandaskan keimanan
dan ketaqwaan. Berikanlah kepada mereka petunjuk dan
hidayah agar mereka dapat membela kami Ya Allah. Engkau limpahkan kepada
mereka nur KegemilanganMu mengelilingi mereka agar
setiap musuh mereka akan merasa gerun atas kehebatanMu. Perkuatkan
mereka Ya Allah dan bantulah mereka membantu kami Ya Allah.
Bantulah mereka sebagaimana Engkau membantu para pejuang Islam masa
lalu.

Engkau musnahkanlah dan hentikanlah segala kezaliman yang berlaku pada
kami. Engkau hinakanlah mereka-mereka yang melakukan
kedurjanaan keatasMu. Engkau jadikanlah setiap kezaliman mereka kepada
kami berpaling kepada mereka pula. Kami bukanlah orang yang
suka berdendam Ya Allah. Engkau berikanlah mereka yang zalim itu peluang
untuk bertaubat Ya Allah.

Ampunilah kami Ya Allah. Janganlah Engkau matikan kami sebelum Engkau
ampuni kami Ya Allah. Janganlah Engkau membiarkan kami
dalam kelalaian dan kesesatan melainkan Engkau menunjukkan jalan yang
benar kepada kami. Maafkanlah kami Ya Allah Ya Rabbi Ya Jabbar
Ya Karim.

Wa sollallahu'ala Sayyidina Muhammada'ala alihi wa ashabih wa sallim

Walhamdullillahi Rabbil'alamin.

Sumbangan Khusus Dari:
Your Muslim Brothers (Founder of World Muslim Radical Committe - WMRC) -
Jun 1998


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke