*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tom nehi samje, Pak Engku.  Orang Melayu kabhi-kabhi tak suka sangat
fikir benda berat-berat.  Mere pyar husband he or mere kalau tengok
cerita hidustan, macam pak engkulah, habis dia sebut kita orang dok
bercerita, oooo yang tu makna ni, yang ni makna tu.  tu yang elok kalau
tengok cerita yang tak ada subtitle melayu, cari yang subtitle orang
putih, senang sikit nak belajar bahasa depa, atau cari original CD.  Ye
Larki he or larka he kat Malaysia ni, otak masih bagus, tapi tak nak
belajar bahasa asing, dok tengok je CD dengan mata terkebil-kebil.

Don't get me wrong(hindustani suka cakap orang putih weh!), belajar
bahasa ni banyak kelebihannya.  Macam mere husband he, kalau mengaji tu
dah tahu kat mana nak berhenti sebab faham makna walaupun sikit-sikit. 
Alah tak lama dia belajar Bahasa Arab, 7 tahun je.

As for myself, setahun je belajar Bahasa Mandarin kat ITM dulu, kalau
masa berita Mandarin satu habukpun saya tak faham sebab laju
sangat(alasan).  Tapi kalau orang tersalah telefon, kitapun cakap le
"Wo bu mingbai ni shuo shenme, Wo shi Malai ren, Wo bu shi Huayu ren. 
Zheli shi Malai ren de jia"  Mulalah orang tu cakap "Malai ren ma?" 
Nko rang jangan baca straight pulak, b tu bunyinya p, ZH tu bunyinya C,
j pun bunyinya C dan yu bunyinya yi.  Satu lagi d tu bunyinya t.

Tom devana he? :-)


--- Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalamualaikum,
> 
> Tajuk pasal kesan filem Hindustan terhadap orang
> Melayu nampaknya menepati waktunya. Lebih-lebih lagi
> demam pilihanraya kecil Teluk Kemang kini  sudah
> terasa akan bahangnya. Inilah masanya yang paling
> sesuai utk kita menilai sejauh manakah bergeliganya
> otak orang Melayu. Mana-mana yang boleh menggunakan
> otak dan berpandukan iman di dada mungkin akan
> melakukan kejutan. Manakala yang otak berserabut dan
> telah confirm  biru pekat darahnya, mungkin akan terus
> berpihak kepada golongan yang sudah berstatus quo.
> Kita tunggu keputusan pilihanraya Ahad ini. Pasal
> pilihanraya ini pun serupa macam jalan cerita filem
> Hindustan.
> 
> Orang Melayu memang mudah ketagih dengan filem
> Hindustan. Cuma tahap ketagihan itu tidak sama dengan
> tahap ketagihan mat-mat gian terhadap dadah. Kalaulah
> filem Hindustan tu diharamkan, dan jatuh sama taraf
> dengan najis dadah, maka sudah tentu jumlah pengedar
> VCD atau video haram akan turut dijuarai oleh orang
> Melayu. Atau sekurang-kurangnya, jumlah penghuni
> penjara atas kesalahan  menonton filem Hindustan masih
> dikuasai oleh orang Melayu. 
> 
> Mengapakah orang Melayu suka sangat menonton filem
> Hindustan? Bukankah terlalu banyak unsur-unsur agama
> Hindu yang dimasukkan ke dalam jalan cerita filem
> tersebut? Mengapakah orang Melayu yang memang tidak
> memahami akan bahasa yang dipertuturkan dalam filem
> tersebut masih menunjukkan minat yang mendalam untuk
> terus menonton filem-filem tersebut? Mungkinkah satu
> hari nanti akan wujud Melayu Islam yang sudah mula
> mempercayai akan  wujudnya fahaman kelahiran semula
> (reincarnation) seperti yang sering mereka tontoni
> dalam kebanyakan filem Hindustan?
> 
> Sebenarnya orang Melayu amat mudah ditipu oleh bangsa
> lain. Menyedari hakikat ini, dan mengetahui akan
> kelemahan orang Melayu sebegini, maka unsur-unsur yang
> melekakan orang Melayu dieksport ke negara ini. Lihat
> saja gejala penagihan dadah, bohsia, seks rambang, dan
> berbagai lagi gejala yang telah menembusi benteng
> kehidupan orang Melayu dengan mudahnya. Jika gejala
> sedemikian dapat menembusi benteng kehidupan orang
> Melayu, maka cara hidup yang sering diketengahkan
> dalam filem Hindustan akan mudah meresap masuk ke
> dalam kehidupan orang Melayu. Budaya rasuah dan
> samseng politik adalah dua budaya baru yang sedang
> diresapkan secara halus ke dalam kehidupan orang
> Melayu. Mungkin esok budaya liwat, seks rambang dengan
> remaja bawah umur dan  skandal seks orang yang
> berpengetahuan agama pula akan dihidangkan bagi
> menggoyahkan pegangan agama orang Melayu. Bukankah
> Malaysia Boleh?
> 
> Akhir-akhir ini, terlalu banyak perkataan "pagal" yang
> digunakan dalam filem Hindustan. Nyanyi satu lagi,
> keluar perkataan "pagal". Lompat sana, keluar
> perkataan "pagal". Menari kat lereng bukit, keluar
> lagi perkatan "pagal". Orang Melayu walau telah khatam
> menonton filem Kuch kuch hota hei 10 kali sekali pun,
> tak mudah memahami makna perkataan "pagal". Yang
> mereka faham, Shah Ruh Khan peluk Manisha Koirala dan
> Salman Khan tengok pusat Kajol.  Akhirnya orang Melayu
> hanya mampu menangis bila menonton  babak terakhir
> memperlihatkan hero Hindustan menang.
> 
> Atas maksud yang sama, sebenarnya para pengedar filem
> Hindustan ingin mengatakan kepada orang Melayu bahawa
> walau sehebat mana kamu bercakap pasal jati diri
> Melayu, kami akan tetap menjajah minda kamu. Biar kamu
> rasa macam Malaysia ini milik Hindustan. Apa tidaknya.
> Tiap-tiap hari kalau  kita nonton TV 2, 3 dan 7, pasti
> ada filem Hindustan. Kalau hari Sabtu, petang ada
> Colours of Rangoli 
> ( maksudnya sama aje iaitu warna-warna kepada warna).
> Hari Ahad ada Stars of India. Sampaikan seorang ustaz
> beritahu yg Malaysia ni macam lebih  Hindustan dari
> Hindustan.
> 
> Saya rasa tidak hairanlah kalau satu hari nanti,
> pengarah filem Hindustan berpakat dengan orang kat
> Malaysia buat filem bertajuk " Tum Karo Pagal Hogaya".
> Kalau tanya kat orang Melayu apa maknanya ? Mereka
> jawab tak tahu. Walhal dah tengok filem Hindustan
> beribu kali. Tak pernah nak belajar bahasa lain. Itu
> sebab selalu kena tipu.
> 
> Selepas habis tengok filem tu, orang Melayu menangis
> sebab hero masih hidup. Tapi sebenarnya pengarah filem
> tu boleh tersenyum. Sebab dia berjaya membodohkan
> orang Melayu dan mengatakan bahawa "kamu semua sudah
> gila!". Itulah maksud "tum karo pagal hogaya".
> 
> Selamat menjadi orang waras wahai bangsaku!
> 
> Wassalam
> 
> EngKu Hamid EngKu Seman
> 
> 
> 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke