*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi....

Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat ulasan kepada e-mail tuwedah.

Terima kasih dengan e-mail saudara, dan saya menghargainya. Sila lihat 
ulasan saya di bawah :)


>From: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Selayang Pandang
>Date: Thu, 08 Jun 2000 10:10:26 MYT
>
>A'kum .
>
>Kepada Dzun Nun , pertamanya saya sekadar memberi pandangan sahaja , pasal 
>bayaran setakat ni Tuhan merezkikan melalui makan gaji ... segala pujian 
>bagiNYA. Pasal umor tu dah tua benor nak pencen dah ... pasal perangai tu 
>mungkin masih budak-budak selagi dok layan ke hangpa semua. Hang ni nama 
>hebat semoga di masa depan menjadi sehebat nama itu... saya do'akan.

Jikalau sesorang itu hendak mengetahui kedudukanya (umur) sudah matang atau 
tidak, apabila umurnya mencapai 40 tahun akan terbentuk sifat (perangainya) 
yang sebenar. Sama ada dah jadi benar-benar matang (dewasa) atau kembali 
kepada sirah budak-budak. Perkara ini ada disebutkan di dalam sebuah Hadis 
Qudsi (maaf lupa sumbernya, insyaAllah akan saya dapatkan).

Sebab itu bila kita lihat ada di kalangan orang yang 40an ke atas, tapi 
perangai macam budak-budak. Dan tidak peliklah bagi saya...

Sejarah tidak akan berkubur begitu sahaja, ia akan berulang kembali!

Kalau yang dah ada perubahan, alhamdulillah itu menunjukkan ada perubahan di 
dalam hidup, ilmu yang dituntut dan amalannya selama ini benar-benar 
menafaat.


>Kepada S.Abd.Jamil , saya mintak maaf pertamanya kerana menulis ni (dah 
>janji tak nak tegur beliau).

Tidak perlu minta maaf dari saya! Anda silap! Siapa-siapa sahaja boleh 
menegur saya, sehingga kini saya sentiasa menerima teguran. Dan 
alhamdulillah, dengan setiap teguran itu memberi saya kekuatan dan keinsafan 
di dalam menilai diri sendiri.

TETAPI... apabila membuat sesuatu teguran itu pastikan terlebih dahulu yang 
kita tahu apa yang kita akan buat dan sudah buat.

Seperti kata seorang netters "CERMIN" dahulu diri sendiri! Saya setuju benar 
kata-kata ini.


>1. Guru , saudara tak pernah mintak saya kemukakan nama guru saya ! 
>sebenarnya nama sebenar guru saya , saya tak tahu jugak , lemah saya . i. 
>Tok Seligi - guru pondok seligi , saya belajar kitab Faridah dengan nya 
>perihal akidah. ii. Pok Su Mat Cerang Hangus -guru tajwid (saya belajar 
>Hafas saja dengannya , waras, napi' dll pun dia boleh) .     iii. Pok Su 
>Hamid (Imam Muda Gunung)- belajar kitab Muniatul Musalli dan Hikam dan   
>iv. Sheykh Dollah buloh Gading TRG. - guru pimpinan saya. Saya rasa yang 
>keempat ni yang saudara elok pergi ziarah. saya ni maklumlah budak nakal 
>je.

Alhamdulillah.... terima kasih dengan maklumat yang diberi. Maklumat 
sebeginilah yang saya mahu. Alhamdulillah juga, ada seorang yang sudah saya 
temui. Selebihnya insyaAllah akan saya jejaki beliau-beliau tersebut.

Seperti kata saudara, saya juga "BUDAK NAKAL" tiada beradab. Bergaul dengan 
segenap lapisan orang dan peringkat umur... dah macam-macam jenis tok guru 
ditemui. Mungkin disebabkan factor ini, "frequency" saya berlaianan.

Cuma saya pinta sekali lagi, bila memberi pendapat jangan kaitkan nama orang 
lain. Mungkin pendapat yang diajar oleh guru tersebut berlawanan dengan 
tafsiran kita sendiri. Itu yang celarunya....

Yang guru maksudkan lain... yang kita tafsirkan lain....
Kelam-kabutlah jadinya!


>2. Tak tahu habuk pun , memang saya akui yang saya adalah sejahil-jahil 
>manusia , tu yang saya bimbang mana satu racun mana satu madu .... dan saya 
>rasa ramai dikalangan netters ni pun 2x5 saya saja. Yang tak syok nya kaum 
>sufi internet ni tak boleh ditegur .... cuit sikit , tegur pun bukan kepada 
>perkara yang pokok .... tegur pun lebih kepada meningkatkan kecermatan 
>dalam mengutarakan satu-satu perkara. Entahlah , saya ngaku kalah .... 
>hangpa buatlah apa yang anda suka!!.

Adalah lebih elok kita mengakui yang diri kita jahil. Sebab sentiasa memberi 
keinsafan kepada kita untuk belajar menuntut ilmu. Saya juga jahil, masih 
belajar dan sentiasa menuntut ilmu. Sebab itu saya katakan, saya sedia 
berguru kepada sesiapa sahaja yang sedia membimbing. TETAPI .... dengan 
syarat ilmunya BENAR!

Orang yang berputus asa adalah terdiri dari kalangan kelompok manusia yang 
lemah akal fikirannya. Ini tidak dipersetujui di dalam ajaran ISLAM itu 
sendiri!

Kita seharusnya memperbaiki diri setiap detik dan saat!


>3. Nafsu , saya tahu yang Ahli Sufi tahu musuh mereka ...., saya yang 
>sekadar peminat ni tak perlu jawab , nanti yang tak berkenan ke sufi 
>melenting lagilah kuat. Saya ni barangkali dok tangga ammarah lagi ... 
>mudahan -mudahan selepas ini Tuhan akan mengampuni dosa kita semua dan 
>meningkat prestasi kita. Tu.... tak tanya lagi syirik yang terbesar seperti 
>yang diisyaratkan dalam kitab Hikam Ibn Ata'illah !!!.

NAFSU! Itu yang sering saya tekankan.... jihad yang paling besar dan afdhal!

Bagaimana nak tahu (kenal) diri kita syirik atau tidak, jika nafsu sebenar 
yang menyelubungi diri kita selama ini tidak DIKUASAI???

Ibarat kalau nafsu menguasai diri, istilahnya samalah juga kita 
ber-TUHAN-kan diri sendiri. Inilah syirik yang paling besar! Tapi kita tak 
nampak... tak perasan....

Yang kita nampak JIHAD... sikit-sikit sebut jihad... sikit-sikit sebut 
jihad... Inilah fahaman yang salah tafsirannya.

Bila kita kata jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu, ada pula 
mamat-mamat yang melenting kononya kata tidak qital. Ini tidak benar... 
Jangan sempitkan ilmu tafsiran!

Bukan bermakna saya menolak jihad, tetapi perbaiki dahulu 
kelemahan-kelemahan yang ada di dalam diri. Buat analisa terlebih dahulu, 
mantapkan ilmu rohani dan jasmani.

Berbalik kepada faktor sejarah Islam, cuba kita selidiki semula siapakah 
yang berada di hadapan sekali di dalam setiap misi perperangan yang dipimpin 
oleh RASULULLAH SAW??? Siapa golongan elit tersebut???

Kalau nak diterangkan bab syirik saja, tidak mencukupi ruang untuk 
dibahaskan. Ini persoalan akidah, yang perlukan perincian yang teliti dan 
detail!


>AKHIR KATA SAYA MOHON MAAF BANYAK-BANYAK DARI KHUSUSNYA S.ABD.JAMIL DAN 
>SEMUA NETTERS YANG MANA KATA-KATA SAYA (TULISAN SAYA) MUNGKIN TIDAK BENAR 
>ATAU KASAR ATAU APA-APALAH...YANG MELUKAI HATI RAKAN SEMUA, SAYA RASA DAH 
>SAMPAI MASANYA SAYA UNDUR DIRI DARI HIZBI INI , SEMOGA HIZBI AKAN LEBIH 
>CERIA SELEPAS INI .... KEPADA YANG BARU BANGUN DARI TIDUR TU BELAJAR LAH 
>UGAMA KITA SEBELUM KE KUBOR (DENGAN BERGURU -JANGAN MELALUI INTERNET SAJA 
>-NANTI PENING!).... SAYA NAK KEMBALI KE KUBOR SAYA (BUKAN MATI NI)- MINTAK 
>PANJANG UMOR .. BANYAK BENDE TAK SELESAI LAGI NI.
>
>WALLAHUA'LAM.
>
>yang jahil
>Tua dah nak Mati.

Ada baiknya kita ingat mengingati antara satu dengan lain. Sudah dijanjikan 
Allah, bahawa MATI ITU ADALAH BENAR! Semua di antara kita akan merasai mati. 
Tetapi adakah kita sudah bersedia ke arah itu (mati)???

Bila kita di kubur, kita akan keseorangan. Hangpa jawablah sendiri!

Guru hangpa ka, ustaz hangpa ka, cikgu hangpa ka, kitab hangpa ka, itu semua 
kita tak bawa masuk dalam kubur.

Yang kita ada hanyalah ILMU yang menafaat! Itulah bekalan kita sebagai modal 
pada session soal-jawab di dalam kubur nanti!

Amacam??? Agak-agak boleh ka???

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke