KETUA PADERI KRISTIAN SELURUH SABAH MEMELUK ISLAM 



Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad terus bergolak 
agak elok perwakilan UMNO merenung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. 
Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi 
Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. 
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup 
ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam 
lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. 
Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA 
ISLAM. 
Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan 
akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang 
Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. 
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup 
yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas 
paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan 
menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang 
selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan 
untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, 
contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan. 
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak 
mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya 
Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau 
kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. 
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR 
ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di 
Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini. 
SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah 
dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan 
di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan 
di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada 
tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon 
untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah. 
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas 
di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang 
berpusat di Kota Kinabalu. 
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa 
menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang 
dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya 
perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. 
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, 
Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan 
Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya 
dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat 
dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. 
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, 
saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik 
Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang 
paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul 
di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia 
lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup 
mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius 
membuat kajian mengenai Islam. 
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, 
jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. 
Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di 
sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi 
seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan 
perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, 
"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, 
"Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini 
seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad 
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku 
buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun 
tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, �Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik 
menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang 
dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya 
menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. 
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik 
oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak 
mempunyai dosa." 
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak 
Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu 
pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat 
tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan 
kenapa kamu kata agama Kristian pembohong". 
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan.� 
"Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa 
Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau 
mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ 
diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa 
dan agama.� Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika 
Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga 
sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani 
mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, 
bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan 
adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, 
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana 
saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang 
meminta ampun dari ibunya. 
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau 
tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. 
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:- 
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti 
dibaptiskan air suci. 
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi 
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus) 
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci 
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma 
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi 
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi 
ini) 
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai 
sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan 
iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi 
paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak 
disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor 
perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, 
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain 
kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang 
turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat 
melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk 
Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya 
Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan 
air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang 
pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau 
akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan 
mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya 
mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin 
pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya 
ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian 
beliau kembali mengucap dan terus menangis. 
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. 
Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika 
tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan 
berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh 
menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini 
sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara 
Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai 
air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan. 
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya 
pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun 
yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak 
Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi 
memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu 
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi 
rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah 
Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti 
yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. 
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang 
membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi 
yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka 
yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan 
bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama 
Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian 
ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian 
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. 
Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi 
Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. 
Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi 
dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi 
Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab 
tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak 
dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga 
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. 
Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab 
di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada 
saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari 
tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang 
maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar 
untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya 
mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. 
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini 
dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi 
rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. 
Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin 
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani 
melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan 
kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. 
Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa 
upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi 
akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang 
diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi 
kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya 
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah 
saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab 
tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin 
mengkaji kitab tersebut. 
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan 
saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil 
tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan 
sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. 
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini 
kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas 
kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah 
bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan 
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. 
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di 
hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus 
Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh 
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai 
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah 
hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku 
baringkan dan letak sesuka hatiku? 
Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya 
tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah 
mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara 
tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana 
mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain 
macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. 
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh 
dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. 
Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke 
tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di 
hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada 
seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di 
antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. 
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak 
layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta 
keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar 
saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti 
sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak 
mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung 
mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat 
kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah 
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).� Alangkah 
terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke 
dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang 
benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid 
berhampiran. 
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia 
membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke 
satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke 
sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah menunaikan 
fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, 
saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya 
ingin memeluk Islam hari itu juga. 
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua 
Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh 
Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal 
dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." 
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak 
perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk 
Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk 
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus 
dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, 
jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan 
mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya 
imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu 
saya telah sah sebagai seorang Islam. Denagn Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, 
saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah 
penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. 
Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri 
saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan 
kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." 
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan 
perjalanan menuju ke rumah. 
Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah 
saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah 
mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti 
Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak 
mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada 
mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu 
sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak 
menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya 
anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam." 
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, 
tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam 
di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi 
orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" 
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. 
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang 
saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. 
Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan 
umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari 
ini. 
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, 
apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Selepas 
itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang 
pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya 
saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan 
pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. 
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya 
menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam 
Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke 
majlis Agama Islam Kelantan. 
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu 
banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya 
memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak 
khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap 
datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah 
mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 
tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam 
tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi 
setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan 
rezeki dari Allah (SWT). 
Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka 
akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah 
agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa 
ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. 
Itulah yang susahnya. 
Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya 
mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan 
mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, 
jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini 
ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai 
pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan. 
Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima 
gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan 
rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya 
sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu 
mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan 
apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa 
terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi 
ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. 
Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya 
menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya 
dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. 
Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam 
mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian 
tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad 
kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan 
paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh 
sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka 
akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke 
Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka 
tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka 
memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. 
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing 
mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan 
orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat 
menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di 
kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada 
orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk 
mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya 
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. 
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka 
berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya 
sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam. 
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam 
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad 
sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh 
murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang 
boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah 
sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan 
kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan 
Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama 
Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah 
ayatnya yang bermaksud; �Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama 
Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, 
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak 
lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul 
apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. 
Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir 
separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir 
separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga 
tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak 
sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu 
tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang 
Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, 
sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman 
Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi 
tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya 
katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus 
sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat 
demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya 
katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan 
mengampunkan dosa kamu?" 
Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang 
saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham 
dan rendah pengetahuan agamanya? 
Siapakah Sasaran Kristian? 
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di 
kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, 
jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di 
gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari 
segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang 
Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang 
menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan 
nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang 
negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan 
yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. 
Apa ikhtiar kita? 
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. 
Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal 
berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu 
saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, 
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". 
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau 
mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa 
mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang 
lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di 
pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit 
ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah 
dipengaruhi. 
Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling 
mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan 
memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan 
isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang 
berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka 
malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah 
dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.' 
Kenapa ini semua berlaku !!! Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? . Salahkah BN sekiranya 
memenangkan Islam ? Bodohkah kita semua ini . Layakkah lagi BN menanggung segala 
musibah ini. Memang benar .... Islam itu hanya boleh didirikan dengan darah dan air 
mata 


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


---------------------------------
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
--0-1365180540-960515384=:28728
Content-Type: text/html; charset=us-ascii

<TABLE border=0>
<TBODY>
<TR>
<TD>
<H2><B><FONT color=red face=TIMES>KETUA PADERI KRISTIAN SELURUH SABAH MEMELUK ISLAM 
</FONT></B></H2>
<P></P></TD></TR>
<TR>
<TD>
<P><FONT face="Arial, Verdana, Helvetica" size=-1>
<DIV class=al><!--start-->
<CENTER><!--- img src="http://tranung1.tripod.com/gambar/madey2.jpg" width=250  
---></CENTER>
<P>Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad terus 
bergolak agak elok perwakilan UMNO merenung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah 
Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), 
bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. 
<P>BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang 
cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup 
mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 
tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI 
AGAMA ISLAM. 
<P>Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan 
akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang 
Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. 
<P>Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman 
hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang 
bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan 
menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang 
selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan 
untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, 
contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan. 
<P>Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak 
mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya 
Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau 
kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. 
<P>Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI 
ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan 
beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini. 
<P>SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah 
dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan 
di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan 
di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada 
tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon 
untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah. 
<P>Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya 
bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah 
yang berpusat di Kota Kinabalu. 
<P>Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa 
menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang 
dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya 
perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. 
<P>Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, 
Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan 
Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya 
dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat 
dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. 
<P>Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, 
saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik 
Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang 
paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul 
di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia 
lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup 
mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius 
membuat kajian mengenai Islam. 
<P>Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh 
Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh 
manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus 
Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi 
tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan 
bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya 
berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia 
terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan 
sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri 
setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang 
datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan 
para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, �Wahai Paderi Thomas, kamu 
ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak 
mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. 
Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam 
sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna 
kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita 
sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa." 
<P>Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan 
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak 
Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga 
ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu 
jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong". 
<P>Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan.� 
"Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa 
Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau 
mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ 
diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa 
dan agama.� Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika 
Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga 
sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani 
mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, 
bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan 
adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, 
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana 
saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang 
meminta ampun dari ibunya. 
<P>Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi 
beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. 
<P>Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:- <BR>i). Ekaristi Pembaptisan - 
seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci. 
<P>ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi 
<P>iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus) 
<P>iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci 
<P>v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma 
<P>vi) Kristi Imaman - menjadi paderi 
<P>vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima 
ekaristi ini) 
<P>Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling 
bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi 
Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani 
sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah 
boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas 
seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak 
boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi 
dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat 
Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air 
tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya 
beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak 
benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila 
saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau 
menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke 
gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau 
akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di 
samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan 
keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan 
ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak 
lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. 
<P>Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. 
Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika 
tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan 
berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh 
menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini 
sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara 
Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai 
air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan. 
<P>Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya 
pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun 
yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak 
Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi 
memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu 
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi 
rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah 
Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti 
yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. 
<P>Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang 
membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi 
yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka 
yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan 
bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama 
Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian 
ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian 
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. 
Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi 
Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. 
<P>Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah 
terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan 
Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab 
tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 
<P>Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak 
dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga 
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. 
Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab 
di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada 
saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari 
tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang 
maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar 
untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya 
mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. 
<P>Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari 
ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi 
rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. 
Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin 
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani 
melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan 
kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. 
<P>Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui 
semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap 
paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang 
diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi 
kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya 
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah 
saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab 
tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin 
mengkaji kitab tersebut. 
<P>Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai 
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, 
disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang 
dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. 
<P>Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal 
ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas 
kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah 
bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan 
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. 
<P>Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di 
hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus 
Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh 
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai 
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah 
hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku 
baringkan dan letak sesuka hatiku? 
<P>Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan 
saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku 
telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di 
antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan 
bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang 
lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. 
<P>Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh 
dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. 
Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke 
tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di 
hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada 
seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di 
antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. 
<P>Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak 
layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta 
keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar 
saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti 
sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak 
mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung 
mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat 
kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah 
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).� Alangkah 
terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke 
dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang 
benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid 
berhampiran. 
<P>Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah 
bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin 
pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta 
menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah 
menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. 
Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan 
kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. 
<P>Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua 
Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh 
Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal 
dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." 
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak 
perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk 
Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk 
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus 
dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, 
jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan 
mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya 
imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu 
saya telah sah sebagai seorang Islam. Denagn Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, 
saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah 
penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. 
Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri 
saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan 
kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." 
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan 
perjalanan menuju ke rumah. 
<P>Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. 
Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya 
apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali 
Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak 
mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada 
mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu 
sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak 
menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya 
anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam." 
<P>Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, 
tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam 
di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi 
orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" 
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. 
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang 
saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. 
Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan 
umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari 
ini. 
<P>Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada 
agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. 
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah 
seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. 
Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah 
Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga 
tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat 
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di 
Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan 
dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan. 
<P>Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi 
terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun 
saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya 
tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu 
tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah 
mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 
tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam 
tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi 
setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan 
rezeki dari Allah (SWT). 
<P>Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, 
mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan 
maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad 
kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama 
Islam. Itulah yang susahnya. 
<P>Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar 
saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam 
dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang 
murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad 
ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai 
pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan. 
<P>Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya 
menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, 
pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, 
kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor 
sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup 
marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya 
katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat 
Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang 
agak longgar. 
<P>Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa 
saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah 
saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. 
Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam 
mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian 
tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad 
kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan 
paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh 
sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka 
akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke 
Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka 
tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka 
memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. 
<P>Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing 
mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan 
orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat 
menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di 
kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada 
orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk 
mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya 
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. 
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka 
berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya 
sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam. 
<P><B>Masalah Kelemahan Pendakwah Islam </B>
<P>Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak 
murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu 
boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam 
kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan 
saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah 
menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian 
al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya 
dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah 
sebuah ayatnya yang bermaksud; �Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang 
beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca 
al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan 
Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan 
kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang 
awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir 
separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir 
separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga 
tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak 
sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu 
tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang 
Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, 
sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman 
Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi 
tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya 
katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus 
sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat 
demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya 
katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan 
mengampunkan dosa kamu?" 
<P>Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang 
saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham 
dan rendah pengetahuan agamanya? 
<P><B>Siapakah Sasaran Kristian? </B>
<P>Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di 
kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, 
jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di 
gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari 
segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang 
Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang 
menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan 
nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang 
negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan 
yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. 
<P><B>Apa ikhtiar kita? </B>
<P>Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai 
tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka 
tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya 
memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, 
<P>"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu 
itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau 
mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa 
mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang 
lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di 
pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit 
ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah 
dipengaruhi. 
<P>Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah 
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) 
akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan 
isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang 
berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka 
malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah 
dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.' 
<P>Kenapa ini semua berlaku !!! Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? . Salahkah BN sekiranya 
memenangkan Islam ? Bodohkah kita semua ini . Layakkah lagi BN menanggung segala 
musibah ini. Memang benar .... Islam itu hanya boleh didirikan dengan darah dan air 
mata 
</P></DIV></FONT></TD></TR></TBODY></TABLE><BR><BR>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM<p><br><hr
 size=1><b>Do You Yahoo!?</b><br>
<a href="http://photos.yahoo.com/">Yahoo! Photos</a> -- now, 100 FREE prints!
--0-1365180540-960515384=:28728--

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: krqxz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke