*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


---------- Forwarded message ----------
Date: Thu, 08 Jun 2000 20:00:27 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: Pedas-Pedas Cili Api 108:Banyaknya Fitnah BN!

Pedas-Pedas Cili Api 108
(9hb Jun 2000)

Banyaknya Fitnah BN!

Sepanjang pilihanraya kecil Teluk Kemang ini bukan main banyak lagi
tohmah 
pemimpin-pemimpin besar BN terhadap keADILan. Sebabnya ialah calon BA
yang 
bertanding di situ adalah dari parti keADILan. Sama jugalah macam 
pilihanraya di  Sanggang dulu. Masa itu PAS paling banyak dihentam dan 
dikecam, sebab calon BA di Sanggang  dari PAS. Cili Api lihat ini cuma 
ulangan taktik lama UMNO.

Ada dua jenis fitnah yang dibesar-besarkan. Pertama, kononnya ramai
pemimpin 
keADILan telah keluar parti serta masuk semula UMNO, dan banyak
bahagiannya 
sudah bubar. Semalam seorang yang mendakwa ketua keADILan Kubang Kerian,
Wan 
Leeh, mengisytiharkan keluar parti. Cili Api perhatikan meleleh-leleh
Wan 
Leeh ini masuk UMNO. Sebelum pilihanraya umum dulu dia sudah umum keluar 
keADILan. Sekarang umum sekali lagi pula. Hai, berapa kali hendak dapat 
habuan?

Sebelum itu ada pula seorang yang mengakui diri dia sebagai Setiausaha 
Pemuda keADILan Selangor mengumumkan keluar parti. Pada hal, Cili Api
dengar 
khabar,  dia tidak pernah memegang jawatan itu. Khabarnya dia cuma 
setiausaha kepada seorang pemimpin keADILan di Selangor. Siapa bohong
siapa 
ini. UMNO bohong rakyat ataupun orang yang keluar parti itu bohongi
pemimpin 
UMNO? Adakah dengan membohongi pemimpin UMNO boleh dapat ganjaran lebih 
besar? Adakah dengan membohongi rakyat UMNO berharap akan menang?

Berita hari ini pula melaporkan Dollah Badawi sendiri menerima 
anggota-anggota keADILan yang kononnya keluar parti dan seterusnya
membubar 
bahagian Tanjung Karang. Itu dia. Dollah Badawi pun sudah �desperate� 
nampaknya. Sampai dia sendiri mesti umumkan. Dan ada pula akhbar yang 
siarkan gambar berwarna-warni pula. Cili Api dengar bahagian itu masih 
segar-bugar lagi. Mana boleh satu dua orang saja mengumumkan pembubaran 
bahagian. Dollah Badawi Menteri Dalam Negeri. Dia patut tahu
peraturannya. 
Kita tengoklah lepas pilihanraya nanti.

Kebanyakan pengumuman keluar parti ini nampaknya memang diatur lepas
satu 
satu (kata orang putih �orchestrated�). Pemimpin besar UMNO mula-mula 
mengumumkan bahawa ramai orang keADILan akan keluar. Lepas itu keluarlah 
pengumuman satu demi satu. Dan media pengampu BN pun berpestalah. Yang 
menarik juga ialah mereka yang keluar parti ini kebanyakan pemuda. Ada
yang 
menghentam dan memfitnah Ketua Pemuda keADILan, Ezam Mohd Nor.

Jadi fitnah kedua berkaitan dengan peribadi Ezam. Mengapa agaknya hendak 
hentam Ezam sangat? Adakah kerana dia jadi pengarah pilihanraya kecil
Teluk 
Kemang? Adakah kerana dia dianggap sekarang ini mempunyai pengaruh besar
dan 
berkesan menentang UMNO? Atau adakah kerana mereka lihat Ezam tidak
boleh 
dipatahkan dengan menangkap, membawa beliau ke mahkamah dan melokap
beliau? 
Cili Api rasa mungkin semua sebab ini bercampur-aduk.

MB Negeri Sembilan, Cili Api tak ingat siapa namanya, berpuluh kali
menuduh 
melalui akhbar dan TV bahawa keADILan buat fitnah. Pada hal pembuat
fitnah 
paling besar sekali ialah beliau sendiri. Di bawah arahan beliau, 
beribu-ribu risalah di taburkan untuk memburukkan Ruslan Kassim, calon
BA 
dan juga Ezam. Salah satu perkara yang difitnahkan dalam risalah itu
ialah 
tentang hubungan sulit Ezam, kononnya dengan anak Anwar Ibrahim. Hai,
tak 
cukup dengan pemimpin besarnya Cek Det memfitnahkan Anwar saja, ke?

Memang fitnah kotor seperti ini tidak perlu dilayan. Cili Api rasa, bila 
sampai masanya, selepas sibuk-sibuk pilihanraya ini tamat, Ezam boleh 
membuat laporan kepada polis. Kemudian, boleh ambil tindakan mahkamah. 
Cubalah  kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Dalam pada itu Izzah
boleh 
juga minta bantuan daripada pertubuhan wanita, kerana beliau sudah
didera 
dan dizalimi dengan cara yang hina ini.

Cili Api



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke