*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FWD: Moga ada manafaatnya
=========================
From: Ardani, Jamzuri [[EMAIL PROTECTED]]
To: Abdul Hamid; 'Shahruddin.Abu.Bakar
Kejadian ini bukan perkara baru. Saya ada pengalaman sendiri. Tujuh tahun
lepas saya bekerja di sebuah kilang di Shah Alam yang MDnya adalah berbangsa
New Zealand. Pekerja hanya dibenarkan sembahyang Jumaat dua minggu sekali
secara bergilir, tapi saya tetap keluar setiap hari Jumaat. Mungkin sebab
tak ramai yang berani ikut saya keluar sembahyang Jumaat setiap minggu, maka
pihak pengurusan buat tutup mata sebelah. Saya tetap tak puas hati sebab
kengkawan lain takut nak keluar menunaikan Solat Jumaat setiap minggu.
HR manager orang Melayu. Saya pun pegi jumpa dia buat komplen. Dia kata ini
keputusan MD. Kalau saya tak puas hati kena hantar surat komplen ke Jabatan
Agama. Saya pun hantar surat ke JAIS, dan hantar salinan ke HR. Lepas tu
kena panggil dengan MD dan kena sumpah seranah dengan MD sebab hantar surat
ke JAIS. Saya kata saya dah buat komplen secara dalaman pada HR Manager dan
HR manager yang suruh saya hantar surat pada JAIS. Tetapi HR manager pulak
pusing kut lain. Dia bagitau MD yang dia sudah nasihatkan saya supaya jangan
bising-bising tapi saya degil dan dia menafikan dia suruh saya tulis surat
pada JAIS. Selamba aje muka dia menipu depan mata saya.
Tak lama lepas tu pegawai JAIS datang ke kilang jumpa saya. Dia kata tak ada
undang-undang untuk menghalang polisi syarikat yang menghalang pekerja
menunaikan Solat. Dia hanya boleh nasihat pihak pengurusan sahaja. Lepas tu
pegawai tu jumpa HR Manager. HR manager pun bawa dia keluar dan belanja
makan. Tak tahulah saya apa HR Manager tu kelentong, tiba-tiba pegawai JAIS
tu jumpa saya balik dan marah saya kerana memfitnah pihak pengurusan
syarikat yang memberi saya gaji setiap bulan. Terkedu mulut saya. Lepas
pegawai JAIS tu balik, HR Manager tu jumpa saya dan perli saya. Saya masih
ingat kata-kata HR manager tersebut: " Engkau ingat ini Mekah ke nak
sembahyang jumaat tiap-tiap minggu?". Hatiku ibarat ditusuk duri mendengar
kalimah celaka seorang pengurus berbangsa Melayu itu.
Dua bulan selepas kejadian tersebut, HR manager tersebut kena pecat dengan
MD kerana ada kes lain. Sebelum dia pergi, dia jumpa saya kat pejabat dan
minta maaf kat saya. Allah Maha Besar...Rezeki di tangan Allah. Jadi
penjilat pada orang kafir pun belum tentu rezeki selamat. Tak lama lepas HR
Manager tu kena pecat, saya pun letak jawatan. Walaupun pihak pengurusan
counter-offer saya dengan tawaran yang menarik supaya saya tidak letak
jawatan, saya telah bulatkan hati untuk meninggalkan syarikat tersebut.
Sampai hari ini, mengikut kengkawan lama yang masih bekerja di situ, pekerja
hanya dibenarkan solat jumaat secara bergilir. Walluhu a'lam.
-----Original Message-----
From: Abdul Hamid
kilang mana? habaq la nama kilang tu. sebab saya dok kerja kat perai jugak.
-----Original Message-----
From: Shahruddin.Abu.Bakar
assalamualaikum,
semua tolong check..kalau betul..jom pakat lanyak HR kilang tu..
wassalam.
______________________________ Forward Header
__________________________________
Subject: (jihad) Umat Islam di tindas oleh orang kafir di Malaysia
Author: "m_ahmad"
Berjihad demi menegakkan agama Allah s.w.t.
Sertailah Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Assalamu'alaikum w.b.t.
Umat Islam di tindas oleh orang kafir di Malaysia
Umat Islam tertindas kerana di beri arahan oleh orang kafir supaya
bergilir-gilir menunai fardhu Jumaat. Kejadian ini bukanlah kali pertama
berlaku
di sebuah kilang di kawasan perindustrian Prai. Para pekerja di paksa
mengikut
arahan pengurus jabatan yang bukan beragama Islam membuat jadual bagi
pekerja-pekerjanya untuk keluar menunaikan sembahyang Jumaat. Alangkah
sedihnya
kilang tersebut mempunyai Jabatan Sumber Manusia dan pihak pengurusannya
adalah
orang Melayu yang beragama Islam yang memegang amanah kebajikan pekerja
tidak
berbuat apa-apa. Jabatan Agama Islam telah dimaklumkan sebelum ini tapi
tiada
tindakan yang diambil. Harapan para pekerja mengharapkan pertolongan dari
mana-mana individu amatlah dihargai. Tahap kesabaran para pekerja ada
batasnya.
Sekian
_____
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>