*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami
lebih muda dari isteri dan  pelbagai cerita serta tauladan yang dapat
diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW
bersama isterinya. 


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan
sistem Poligami. Baginda romntik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda
lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang
paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan
beritahu kamu kemudia."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang
daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya
tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW
lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin
kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya
diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka
tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila
pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam
rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan
mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian)
untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami
yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap
masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. 



p/s: Tak sabar rasanya nak jumpa suami nak pegang tangan suami.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.




Sekian Wassalam. 
Rose


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke