*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WEEKEND EDITION June 10-11, 2000

                         Laman web janji atasi segera pencerobohan
                         Fathi Aris Omar

                         12:30am, SAB: Laman web proreformasi yang
diceroboh awal
                         pagi semalam mengeluarkan kenyataan hari ini
bahawa
                         masalah teknikal tersebut akan diatasi segera.
Pengelola
                         Laman Reformasi percaya dengan sokongan
kepakaran
                         rakan-rakannya, masalah pencerobohan itu dapat
diatasi.

                         "Saya berterima kasih kepada rakan-rakan
proreformasi yang
                         sudi menyumbangkan kepakaran mereka bagi
menyelesaikan
                         masalah ini. Insya Allah ia akan dapat
diatasi," kata satu
                         kenyataan yang dikirim ke malaysiakini malam
ini.

                         Pengendali itu juga mengecam tindakan
penceroboh yang
                         mempamerkan gambar lucah pada webnya. Beliau
                         menyifatkan pencerobohan itu sebagai
"kegemparan budaya"
                         daripada pihak yang "sempit dan korup
mindanya."

                         Bagaimanapun, pengendali Laman Reformasi berasa

                         ‘terganggu' melihat cara pencerbohan yang
mempamerkan
                         gambar sedemikian.

                         "Pelbagai persoalan bermain di dalam minda saya
dan
                         persoalan-persoalan ini turut mengganggu jiwa
dan
                         ketenteraman minda saya," katanya lagi.

                         Sementara laman Mahafiraun 2020 melahirkan rasa
kesal dan
                         sedih terhadap tindakan "biadab dan tidak
senonoh"
                         penceroboh Laman Reformasi yang dianggap
'penghulu'
                         pengendali web.

                         "Satu Mahazalim jatuh, seribu yang bangkit,"
kata
                         pengendalinya.

                         'Mahazalim' merupakan nama popular bagi laman
web yang
                         diceroboh itu. Ia diasaskan sejak beberapa hari
selepas
                         Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dipecat
                         daripada kerajaan dan Umno pada September 1998.

                         Sebuah lagi tapak web proreformasi, Komentar,
juga
                         mengecam tindakan pencerobohan itu.

                         "Komentar mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan
ke atas
                         laman web refomasi dan (tindakan) ini
menyimpang daripada
                         laungan mereka tentang kebebasan dalam
internet," kata
                         satu kenyataan di laman itu.

                         "Mereka (penceroboh web) boleh mencabuli
mana-mana
                         laman yang mereka suka, termasuk laman
(Komentar) ini
                         tetapi jangan jadikan budaya lucah sebagai
pegangan
                         mereka," katanya lagi.

                         Pengendali-pengendali itu sedar kegiatan mereka
sentiasa
                         berdepan dengan risiko seumpama itu.

                         Malaysiakini awal pagi semalam mendedahkan
pencerobohan
                         itu berlaku dengan memaparkan foto lucah
perhubungan jenis
                         luar tabie antara dua lelaki.

                         Tinjauan petang ini menunjukkan imej foto
tersebut tidak
                         boleh dicapai pada laman yang diceroboh itu.
Bagaimanapun,
                         mesej yang ditinggalkan masih sama.

                         Penceroboh yang memperkenalkan dirinya sebagai
‘Hackers
                         Junior' itu menyerang Laman Reformasi sekitar
jam 12:55
                         tengah malam dan menamakan laman itu sebagai
"laman
                         hehehe reformasi."


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke