*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekarang tidak senang duduk. Badan
Pencegah Rasuah (BPR)
sedang siasat hampir semua jabatan dan agensi kerajaan di
negeri itu. Puncanya kerana pengurusan
akaun kewangan di jabatan dan agensi kerajaan Melaka banyak
kelemahan. Laporan Ketua Audit
Negara telah mendedahkan kelemahan dan kegagalan dalam urusan
kewangan di negeri itu.
Ali Rustam sendiri mengaku banyak baucer perbelanjaan yang
tidak dapat dikesan. Penyata
kewangan di dalam bank tidak dapat disahkan kerana tiada
dokumen sokongan. Antara agensi
kerajaan yang bermasalah itu ialah Kolej Islam Melaka,
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka,
Perbadanan Air Melaka dan Jabatan Ketua Menteri sendiri.
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 1998 menyebut wang
sebanyak RM58 juta telah hilang.
Sekarang BPR sedang menyiasat. Tetapi masyarakat selalu
bersikap sinis dan tidak yakin pada
siasatan BPR. BPR hanya pandai siasat sahaja, selepas itu tak
jadi apa-apa. Tidak ada tindakan.
Bekas Ketua Menteri Melaka sebelum ini, Rahim Thamby Chik.
Dia dituduh berlaku rasuah.
Selepas tuduhan dibawa ke mahkamah, BPR teruskan siasatan.
Hasil siasatan terbaru mendapati
tiada bukti Rahim berbuat rasuah. Lalu kes mahkamahnya
ditarik balik oleh Peguam Negara. Itu
terjadi beberapa tahun yang lalu. Aneh. Semakin disiasat
semakin bersih si Rahim itu!
Demikianlah kecekapan BPR di lapangan penyiasatan. Itu belum
termasuk kehebatannya sehingga
sekarang kes rasuah Perwaja tidak selesai lagi. Kes sogokan
Mitsui kepada Telekom pun tak siap
lagi. BPR sekarang lebih berminat untuk siasat kes pegawai
penguatkuasa Jabatan Agama yang
pergi mengendap pasangan berkhalwat dan kemudian meminta
rasuah seks dari wanita yang
diberkasnya itu. Di situ keutamaan BPR sekarang.
Jadi Ali Rustam jangan kepanasan dan bimbang. Siasatan BPR
tak ke mana. Kalau didapati
memang duit berpuluh juta ringgit wang Kerajaan Melaka itu
hilang dan BPR mahu bertindak
kepada Ali Rustam, jangan risau. Ali Rustam boleh jumpa
Mahathir macam Rahim Thamby Chik
dulu jumpa Mahathir. Mr Prime Minster boleh tolong. Ramai
yang dia sudah tolong. Selain Rahim,
Rafidah, Daim, Eric Chia, Samy Vellu dan ramai lagi. Semuanya
lepas. Bersih putih macam kain
kapan selepas BPR siasat berjam-jam.
Segala-galanya bisa diatur. Katakanlah, kalau Peguam Negara
heret Ali Rustam ke mahkamah.
Jangan takut. Tuduhan itu boleh ditarik balik. Macam Rahim
juga dulu. Syaratnya satu. Teruskan
sokongan Ali Rustam yang bulat dan padu tidak berbelah bagi
kepada orang nombor satu.
Berbalik cerita wang negeri Melaka itu, nampak sangat tidak
ada ketelusan dalam urusan
kewangan dalam pentadbiran Kerajaan negeri Hang Tuah dan Hang
Jebat itu. Melaka bukan
sebuah negeri yang besar. Namun begitu, pentadbiran
kewangannya tidak cekap. Jaga akaun
kerajaan pun tidak betul. Bagaimana dengan negeri-negeri yang
lain?
Pada bulan Mac yang lalu dilaporkan bahawa 18 orang pegawai
kerajaan negeri Selangor telah
gagal memberi jawapan ke atas siasatan Jabatan Audit Negara.
Perkara-perkara yang disoal itu
ada yang telah berlaku sepuluh tahun yang lalu. Kita hendak
dengar ada atau tidak laporan Ketua
Audit Negara yang tidak menyenangkan tentang kewangan
kerajaan Kelantan. Kalau ada tentu
heboh media BN.
Malang sekali sebab Laporan Ketua Audit Negara selalunya
lewat. Yang didedahkan tentang
kewangan Melaka itu sekarang ialah laporan bagi tahun 1998.
Tahun 1999 telah berlalu lebih
setengah tahun. Bila pula laporan itu akan diumumkan?
Jabatan Audit Negara kerja lembam macam keretapi zaman dulu.
Sekarang zaman IT. Pakai
"calculator manual" lagikah? Apabila kelemahahn ditemui, itu
sudah terlambat. Wang yang hilang
tak dapat dikesan. Pegawai yang bertanggungjawb sudah pencen
atau berhenti. Misalnya Ketua
Menteri Melaka pada tahun 1998 bukan Ali Rustam tetapi orang
lain. Namanya Abu Zahar.
Sekarang sudah jadi Setiausaha Parlimen.
Ali Rustam menafikan wang RM58 juta itu telah hilang. Wang
kerajaan tidak diselweng, katanya
(Utusan Malaysia 8 Jun). Pandai-pandai Ali Rustam buat
pengumuman sendiri. Sedangkan BPR
masih tengah siasat. Ini orang Melayu kata, "lebih lajak dari
perahu". Apa yang berlaku kata Ali
Rustam lagi ialah, "kelemahan dalam menguruskan rekord
kewangan jabatan dan agensi-agensi
kerajaan". Beliau lalu menjelaskan faktor-faktor kelemahan
itu antaranya disebabkan sikap
pegawai-pegawai yang bertugas di bahagian kewangan tidak
berminat dengan kerja. Mengapa
boleh jadi sedemikian? Ada pegawai yang tidak mengikut arahan
dalam menguruskan kewangan
jabatan, tambah Ali Rustam.
Sekarang apabila timbul masalah yang disalahkan ialah
kakitangan kerajaan dan pegawai-pegawai.
Kita fikir Ketua Audit Negara perlu panggil Ketua Menteri
Melaka yang lalu. Siasat dia mengapa
kelecehan boleh berlaku semasa Melaka di bawah jagaannya.
Adakah kerana kelemahannya itu
maka dari seorang Ketua Menteri, Mahathir hanya lantik dia
menjadi Setiausaha Parlimen sahaja
selepas pilihanraya umum lalu? Mahathir memang terkenal
melantik orang bermasalah berkhidmat
di kelilingnya. Supaya orang itu setia padanya. Bekas Ketua
Menteri Melaka itu kini jadi
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri.
Kembali kepada Datuk Wira seorang ini. Ali Rustam penyokong
Mahathir yang agak lantang. Dia
telah bertindak ke atas bank-bank di Melaka yang ramai
penyokong parti pembangkang bekerja di
situ. Tindakan si Datuk Wira ini ialah dengan mengeluarkan
wang kerajaan negeri dari bank-bank
itu. Tindakannya itu menjadikan dia popular dalam Umno dan
menang jawatan Majlis Tertinggi
parti itu dengan mendapat undi paling tinggi. Kerana
tindakannya yang tegas dan berani ramai
orang berfikir urusan dalam negeri Melaka di bawah Ali
Rustam, kemas dan rapi. Tetapi Laporan
Ketua Audit Negara memberi tamparan kepadanya. Ali Rustam
buat seketika waktu ini kena
banyak buat kerja pemulihan di Melaka. Dia kena kemaskan
kewangan kerajaan Melaka.
Sementara itu Menteri Besar Trengganu, negeri yang kaya
royalti minyak kena jaga-jaga. Jangan
buat kesilapan yang sama. Jangan benarkan isteri exco pandu
kereta rasmi kerajaan untuk pergi
beli nasi lemak!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>