*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kenyataan Isa dan Mahathir bercanggah. Isa kata pengundi di Teluk Kemang tak ramai yg keluar. Itu sebab undi BN merosot. Yang Mahathir pulak buat ulasan dari Jepun yg BA gunakan isu perkauman. Betul ke? Apa pengundi Cina di Lukut tu perkauman ke bila mereka memenangkan Ruslan , seorang Melayu di kesemua peti undi di bawah DUN Lukut? Walau apa pun celoteh Isa dan Mahathir, mari kita tengok sebentar beberapa angka yg bakal menggerunkan Isa Samad. Ini berdasarkan andaian awal beliau sendiri, iaitu bilangan pengundi yg tak ramai keluar mengundi.. Keputusan pilihanraya 1999, BN memperolehi undi sebanyak 27112 manakala BA meraih undi sebanyak 17528. BN menang dengan majoriti 9942 undi. Pilihanraya kecil 2000, BN meraih undi sebanyak 24500 manakala BA meraih 18528. BN menang dengan majoriti 5972 undi. Kita perhatikan keputusan ini berdasarkan andaian dari Isa Samad bahawa ramai pengundi tidak keluar. Senario 1 Jika ramai pengundi tidak keluar, dan sokongan rakyat di Teluk Kemang masih sama, maka undi BN yang merosot dari 27112 ke 24500 pasti menimpa BA. Oleh itu , BA sepatutnya hanya meraih undi sebanyak 15516. Senario 2 Jika pengundi yang keluar memilih BA, dan jumlah sama masih memilih BN, maka pertambahan sebanyak 1358 undi kepada BA pasti diperolehi sama oleh BN bagi mengekalkan jumlah majoriti sebanyak 9942. Oleh itu BN sepatutnya memperolehi undi sebanyak 28470. Senario 3 Jika pengundi menolak BA, masakan undi BA boleh bertambah sebanyak 1358. Senario 4 Jika pengundi memilih BN, masakan undi BN merosot sebanyak 3978. Senario 5 Jika pengundi, ada yang menolak BN, dan ada yang memilih BA, maka jumlah keseluruhan undi yang memihak kepada BA sepatutnya ialah : 1. Jumlah bertambah BA dicampur dengan jumlah berkurang BN. atau 2. Jumlah berkurang BA dicampur jumlah bertambah BN. Jumlah bagi 1 dan 2 dicampur kepada undi semasa BA dan BN. Jumlah 1 ialah 1358+3978 = 5328. Jumlah 2 ialah 0 -3978 = -3978 (negatif) Jumlah sebenar undi ialah : undi semasa BA campur jumlah 1, manakala bagi BN jumlah semasa BN campur jumlah 2 (negatif). Oleh itu, jumlah sebenar undi BA ialah 18528+5328=23856.Jumlah sebenar undi BN ialah 24500-3978=20522 BA sebenarnya menang moral sebanyak 23856-20522 = 3064 undi. Cuba congak sekali lagi. Pasti kemenangan memihak kepada BA.Hantarkan kiraan anda kepada Isa Samad dan rakan-rakan. Pasti dia terkejut beruk bila anda kemukakan perkiraan ini. Kesemuanya berdasarkan andaian awal oleh beliau sendiri. Senario 6 Jumlah majoriti BN tahun 1999 =9942 Jumlah majoriti BN tahun 2000=5972 Undi merosot = 3970 Undi BA bertambah = 1358 Undi moral BA bertambah sebanyak 1358+3970=5328 Ini bermakna, 3970 orang menolak BN berbanding pilihanraya 1999, dan 1358 bertambah menyokong BA. Ini belum mengambil kira jumlah undi pos dan undi rosak. Sekali lagi depa tak berani nak gebang............ Wassalam __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints! http://photos.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>