*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
June 14, 2000


                         Fadzil Mohd Noor

                                 14 Jun: Sepanjang sejarahnya, PAS
sebagai wadah
                                 perjuangan politik sekali gus gerakan
Islam telah
                                 melalui pelbagai evolusi perkembangan.
Gelombang
                                 kepimpinan ulama dalam pertengahan
dekad 80-an
                                 sehingga akhir 90-an terus membawa satu
lonjakan
                                 Gelombang Ketiga Gerakan Islam yang
meletakkan
                         PAS dalam kedudukan arus perdana (centre-stage)

                         kepimpinan gerakan massa.

                         Sekali gus ia mempelopori kebangkitan umat dan
negara yang
                         memang pernah disaksikan dalam sejarah politik
tanah air.
                         PAS bukan lagi sekadar sebuah gerakan Islam
yang memimpin
                         sebahagian umat yang mencintai Islam. Bahkan
kepimpinan
                         PAS kini merentasi seluruh lapisan masyarakat,
melampaui
                         perbezaan agama, ras dan budaya.

                         Kini PAS sedang memerintah dua negeri, Kelantan
dan
                         Terengganu. PAS hari ini sangat berhajatkan
suatu uslub
                         taghyir (metodologi perubahan) yang sekali gus
dapat
                         meyakinkan umat dan negara akan keperluan
perundangan
                         Islam sebagai satu-satunya cara hidup
menyelamatkan
                         masyarakat manusia.

                         Kesinambungan survival perjuangan PAS secara
khususnya
                         akan ditentukan antara lainnya oleh beberapa
faktor kritikal
                         sama ada dimensi dalaman mahupun luaran.
Keupayaan PAS
                         menggarap seluruh cabaran dalaman dan
persaingan luar ini -
                         realiti baru atau the new realities, akan
bergantung kepada
                         kesediaannya, sementara kesediaannya pula amat
                         dipengaruhi oleh keupayaan keilmuan, hikmah dan

                         kebijaksanaan menyongsong senario politik masa
depan
                         secara proaktif, antisipatif dan berani.

                         Dalam suasana inilah, maka PAS lebih memerlukan
bimbingan
                         dan penekunan ilmu dan kebijaksanaan untuk
terus
                         menerokai liku-liku perjuangan yang
terkehadapan.

                         Saya sedar akan tuntutan supaya PAS teguh dari
segi prinsip,
                         tetapi kontemporari dari sudut pelaksanaan dan
futuristic dari
                         sudut tuntutan fiqhul syara'. Maka kita akan
dapat
                         membezakan antara perkara yang tetap
(at-thawabit)
                         daripada perkara yang boleh saja berubah-ubah
                         (al-mutaghayyirat).

                         Sekali gus prinsip akan dapat diberikan
penetapan konteksnya
                         yang sebenar. Ini memberi kita ruang yang agak
luas dan
                         selesa untuk menstrategikan perancangan masa
depan yang
                         semakin penuh dengan realiti dan tuntutan baru.

                         Malah sehubungan itu, kepimpinan tidak akan
teragak-agak
                         untuk menegaskan kepercayaan dan keyakinan
terhadap
                         sesuatu kepentingan jamaah dan parti akan
metodologi dan
                         uslub yang diperlukan oleh parti dalam sesuatu
tahap
                         perjuangan.

                         Saya ingin meletakkan beberapa faktor sebagai
asas penting
                         bagi kemenangan PAS-Barisan Alternatif dan saya
kira inilah
                         rahsia kejayaan kita bersama rakan-rakan BA.
Tegasnya
                         pembinaan dan pemantapan perkara-perkara
berikut dalam
                         mengharungi masa depan PAS-BA adalah kritikal
untuk
                         kelangsungan survival-nya.

                         Pemantapan dan proses memperkasakan
faktor-faktor berikut
                         mestilah diberikan fokus dan pelaksanaan yang
terancang
                         oleh seluruh kepimpinan jamaah. Saya juga
sarankan supaya
                         rakan-rakan dalam BA memerhatikan faktor-faktor
ini.

                         Antara faktor kritikal kejayaan (critical
success factors) kita
                         (al-‘awamil an najah) ialah:

                         Pertama, kewibawaan kepimpinan dan gaya
kepemimpinan
                         PAS-BA yang terbuka, telus dan berprinsip;

                         Kedua, falsafah politik berprinsip dan
manifesto yang unik
                         dan responsif kepada realiti baru;

                         Ketiga, konsep gandingan BA sebagai alternatif
yang segara
                         dan ‘superior' daripada Barisan Nasional.

                         Keempat, kemantapan program penerangan dan
kuasa
                         maklumat BA;

                         Kelima, peningkatan sokongan badan bukan
kerajaan (NGO)
                         dan profesional;

                         Keenam, paduan jentera dan rangkaian kerja BA

                         Ketujuh, dukungan massa yang semakin celik
realiti,
                         maklumat dan ilmu.

                         Kalau ditanya kepada saya apakah kita akan
dapat
                         mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS-BA
dalam pilihan
                         raya akan datang atau memperbaiki lagi prestasi
BA, maka
                         jawaban saya adalah mudah dan jelas. Sokongan
yang kita
                         terima (baru-baru ini) bukanlah sekadar ‘undi
bantahan'
                         (protest vote).

                         Namun sama ada kita akan terus mengecapi
sokongan ini
                         pada telahan politik saya akan banyak
bergantung kepada
                         sejauh mana kita membudaya dan memperkasakan
parti dan
                         BA akan ketujuh-tujuh faktor kejayaan kita
tempoh hari.

                         Senario politik Malaysia bersama dengan
demografinya yang
                         unik memerlukan PAS memunggah segala khazanah
ilmu
                         syarak (agama) untuk diberi jalan yang
seluas-luasnya bagi
                         menerokai suatu model pelaksanaan Islam yang
sentiasa
                         berpegang kepada prinsip, di samping cukup peka
terhadap
                         peredaran zaman.

                         Berpandukan kedudukan kaum Melayu-Islam dan
juga
                         demografi yang lebih terperinci dari segi
pecahan kaum di
                         setiap negeri di Semenanjung dan Malaysia
Timur, maka
                         adalah tidak wajar untuk mengharapkan PAS
dengan cara
                         bersendirian untuk memenangi pilihan raya di
peringkat
                         kerajaan persekutuan, bahkan di beberapa negeri
di Pantai
                         Barat.

                         Seperti yang telah ditegaskan di atas, maka di
sinilah akan
                         teruji kematangan dan kebijaksanaan
kepemimpinan jamaah.

                         Kepimpinan perlu memecahkan isu ini dengan
sifat yang
                         telus, terbuka dan berani mengambil risiko yang

                         diperhitungkan dengan berbekalkan ulum syara'
dan bacaan
                         politik semasa.

                         Dalam suasana cabaran inilah akan teruji
dakwaan
                         pembudayaan "politik berasaskan
ilmu/pengetahuan/
                         maklumat" atau dengan kata lainnya k-politics.
PAS cukup
                         insaf dengan menjadikan k-politik sebagai cara
gaya kita
                         bergerak sesuai dengan tuntutan hadith.

                         Inilah hikmah nubuwwah (rahsia kebijaksanaan
kenabian)
                         yang perlu kita tajdidkan dan dihayati dalam
kita
                         menggerakkan usaha dan perancangan kita. Ia
juga adalah
                         selari dengan tuntutan waqi' pengundi yang
semakin celik
                         maklumat dan pengetahuan atau dengan kata lain
kita
                         sedang mendepani dan mengurus pengundi
berpengetahuan
                         dan bermaklumat atau k-voters.

                         Penegasan kepada kepentingan BA sebaga uslub
yang terbaik
                         bahkan tuntutan perhitungan siyasatul dakwah
dan siyasah
                         syar'iah pergerakan perlu diperjelas dan
dikomunikasikan
                         kepada seluruh keahlian serta para pendukung
perjuangan.
                         Hujah nas dan syarak mesti mendahului hujah
mantiq dan
                         logika politik. Begitulah cara kita berdalil
dalam
                         mengutarakan hujah.

                         Di samping penjelasan dan pemikiran, saya
percaya
                         kepimpinan juga perlu menjelaskan kedudukan
perkara
                         tersebut sehingga menjadi suatu keyakinan ahli
dengan cara
                         jami' dan mani'. Sekali gus ia perlu memasukkan
aspek
                         pelaksanaan dan kaedah mengoperasikan konsep BA
dengan
                         cara yang tidak menimbulkan keraguan dan
kekhuatiran di
                         kalangan seluruh lapisan ahli.

                         Sesungguhnya, PAS mempunyai potensi cukup besar
untuk
                         membuktikan kepada dunia bahawa Islam mampu
                         memerintah dengan pendekatan yang disenangi
rakyat,
                         bahkan termasuklah orang bukan Islam.


                         Sedutan teks ucapan dasar Presiden PAS, Datuk
FADZIL
                         MOHD NOOR di muktamar yang diadakan pada 2 Jun,
2000 di
                         Kuala Terengganu. Ia diterbitkan di sini
sebagai sebahagian
                                siri ucapan-ucapan penting politik
nasional.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke