*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



---------- Forwarded message ----------
Date: Sun, 18 Jun 2000 22:17:20 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: Cili Api 111: Dr M Memancing Sokongan

Pedas-Pedas Cili Api 111
(19hb Jun 2000)

Dr M Memancing Sokongan

Kenyataan Dr M @ Cek Det tentang kemungkinan orang Cina menjadi Perdana 
Menteri masih diperkatakan. Cek Det memilih untuk membuat kenyataan itu 
dalam ucapannya di majlis pembukaan Persidangan Agung MCA tiga hari
lalu. 
Mengapa beliau berbuat demikian? Cili Api rasa perkara ini mudah saja 
difahami. Secara ringkas, Cek Det cuba hendak memancing sokongan orang
Cina.

Cek Det tahu bahawa dalam pilihanraya umum lalu, BN telah menang kerana 
sokongan orang bukan Melayu, khususnya Cina dan India. Caranya ialah
dengan 
propaganda yang menimbulkan rasa takut serta terancam di kalangan
mereka. 
Tetapi sekarang ini lebih ramai rakyat bukan Melayu sudah mulai sedar
bahawa 
propaganda pilihanraya itu tidak lebih daripada propaganda kosong saja.

Dua pilihanraya kecil yang lalu membuktikan hal ini. Di Sanggang,
walaupun 
BN menang dengan majoriti lebih besar, persen pengundi Cina yang
menyokong 
BA sebenarnya telah bertambah. Sedikit saja, tetapi bermakna. Di Teluk 
Kemang pula, nyata sekali bahawa sokongan pengundi Cina kepada calon
dari 
keADILan yang mewakili BA telah bertambah dengan banyak.

Di kawasan DUN Lukut, salah satu daripada kawasan negeri dalam kawasan 
Parlimen Teluk Kemang,   Ruslan Kasim telah menang. Majoriti di kawasan
itu 
ialah Cina. Dalam pilihanraya umum lalu, calon MCA/BN telah mendapat 
majoriti kira-kira 2000 undi. Tetapi kali ini calon keADILan/BA telah 
memenangi kawasan itu dengan lebih kurang 200 undi. Bahkan di kawasan
DUN Si 
Rusa, pun di mana undi bukan Melayu adalah majoriti, prestasi calon 
keADILan/BA adalah lebih baik.

Cili Api tidak tahulah sama ada kenyataan Cek Det ini boleh menarik
orang 
Cina atau tidak. Tetapi yang jelas ialah ada beberapa orang pemimpin
UMNO, 
di antaranya Muhammad Taib,  yang bimbang bahawa kenyataan Cek Det itu
akan 
menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Pilihanraya Kecil di
Teluk 
Kemang telah menunjukkan juga bahawa undi untuk parti alternatif di 
kawasan-kawasan  majoriti Melayu, seperti Linggi dan Pasir panjang, pun 
telah meningkat juga.

Jadi cepat-cepatlah Muhammad (Tyson) dan lain-lain mentafsirkan bahawa 
kononnya kenyataan Mahathir itu bertujuan untuk mengingatkan orang
Melayu. 
Mereka mendakwa kononnya tersirat di sebalik kenyataan Cek Det ialah
ingatan 
bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika mereka tidak mahu berubah dan 
tidak bersatu padu. Siapakah sekarang yang tidak mahu berubah? Siapakah
yang 
mengakibatkan orang Melayu berpecah-belah. Jikalau tidak Cek Det serta 
kunco-kunconya, siapa lagi?

Apa yang dinyatakan oleh Cek Det itu memang pernah disebutkannya sebelum 
ini. Bukan perkara baru. Dia hanya mengemukakan kedudukan sebenar dalam 
Perlembagaan Persekutuan. Tetapi beliau mengulanginya lagi dan di
hadapan 
anggota-anggota MCA pula, dengan tujuan yang tertentu, iaitu untuk 
mendapatkan sokongan. Dalam ucapannya, Cek Det telah juga memuji orang
Cina 
dari segi perniagaan. Mengikut Cek Det orang Cina di Malaysia lebih
hebat 
daripada orang Cina di lain-lain tempat.

Hadirin memberi tepukan panjang  apabila Cek Det membuat kenyataan ini. 
Beliau tersengeh kepuasan  mendengar tepukan itu. Terus beliau
menyambung 
bahawa orang Cina patut berkongsi dengan orang Melayu kebolehan mereka
dalam 
perniagaan ini. Sekali lagi tepukan gemuruh. Wahai Muhammad (Tyson),
apakah 
gerangannya yang tersirat di sebalik kenyataan Mahathir tentang ini?
Beliau 
hanya menyebut kenyataan bukan? Adakah apa-pa yang tersirat di sebalik
satu 
beg wang sebanyak 2.4 juta yang dibawa oleh Muhammad semasa di Australia 
dulu?

Cek Det akan mengugut, memujuk dan memuji orang Cina. Tetapi mereka 
hendaklah jangan terus tertipu. Mereka harus bertanya, selama ini
mengapakah 
orang Cina tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh Cek Det dan
BN 
terhadap pendidikan orang Cina di Malaysia? Setiap kali Cek Det membuka 
mulut beliau hanya membuktikan dirinya sebagai pembohong  besar.

Cili Api



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke