Title: RE: H-Net*: Depa kempunan nak makan telur ikan tembakul.....

Assalamu'alaikum Pak Engku & netters sekelian........

Syukurlah pada Allah, sebab "cikgu" kita tak jadi letak jawatan.   Seronok saya dengar, Pak Engku.  Sebab hari tu bila terbaca kata cikgu nak letak jawatan......runsing saya.   Mengapa saya runsing, saya rasa salah satu sebabnya ialah.... dari apa yg saya lihat, pilihanraya kecil atau "by-election" ni puak-puak berkenaan (the "other side" lah) lebh mudah "concentrate" untuk buat berbagai-bagai taktik untuk menang.    Tengok sajalah Sanggang & Teluk Kemang....  these two by-elections pun dah cukup menggambarkan bahawa walaupun dengan majoriti yg dah berkurangan, namun mereka masih mampu untuk retain the seat.  Rasanya, elok benarlah cikgu buat keputusan tu rather than kita lihat Parlimen tersebut "dirampas" oleh mereka yg sekarang ni terpaksa telan air liur basi aje!

One thing saya tengok muka cikgu.... saya dapat lihat akan kemanisan wajahnya yg "cool" tu.  Tak nampak pun tanda-tanda bahawa beliau tu sakit teruk sangat.  Tapi, laporan dari akhbar yg saya baca tu macamlah cikgu sakit benar!  InsyaAllah, dengan doa-doa dari kita semua, semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yg baik pada cikgu kita.  Marilah kita pakat-pakat berdoa agar semua wakil rakyat dari parti sebelah sini sihat-sihat & mampu menjalankan tugas dengan sempurna.

Pak Engku.... errrrr...... since depa dah "kempunan", apa kata kita suruh "depa-depa" yg Pak Engku maksudkan tu pergi aje ke "BATU BELAH BATU BERTANGKUP"?   Kat Klang ada apa... "Batu Belah"......  ahak!





-----Original Message-----
From: Pak EnGkU [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 20 June, 2000 2:46 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fwd: Depa kempunan nak makan telur ikan tembakul.....

Shahnon kekal wakil rakyat Sik
Aman Rais

1pm, ISN: Sasterawan Negara yang juga anggota parlimen
kawasan Sik yang diberitakan berhasrat untuk
meninggalkan politik minggu lalu memutuskan hari ini
tidak akan meletakkan jawatannya setelah didesak oleh
PAS dan pengundi kawasan tersebut.

"Saya membuat keputusan muktamad tidak akan melepaskan
jawatan ini. Memang benar kesihatan saya agak
terganggu, namun tanggungjawab terhadap parti dan
pengundi lebih besar. Setelah mempertmbangkan desakan
dan permintaan pucuk pimpinan parti dan para penyokong
di Sik, saya tidak jadi berhenti," kata Datuk Shahnon
Ahmad kepada malaysiakini ketika dihubungi di rumahnya
pagi ini.

"Ramai penyokong datang ke rumah. Mereka minta Cikgu
jangan berhenti. Mereka semua sayang pada Cikgu,"
tambahnya.

Shahnon membahasakan dirinya "Cikgu" dalam
perbualannya dengan teman-teman rapat, rakan penulis
sastera, sanak saudara dan penyokongnya.

Ahli seumur hidup parti Islam itu kedengaran sihat dan
segar berkata, isu perletakan jawatannya sudah selesai
dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Menurutnya, isu itu sengaja dibesar-besarkan oleh
pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

Agensi berita rasmi Bernama pada minggu lalu
melaporkan Shahnon berhasrat untuk meletakkan jawatan
ahli parlimennya atas faktor kesihatan.

"Saya bukan ahli politik, saya sasterawan. Saya lebih
penting kesihatan daripada parti," Shahnon dipetik
sebagai berkata.

Bagaimanapun PAS enggan menerima hasrat Shahnon itu
dan telah mendesak beliau supaya menimbangkan semula
keputusannya itu.

Semalam Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menegaskan,
isu peletakan jawatan Shahnon telah selesai dan tidak
perlu digembar-gemburkan lagi.

Shahnon memberitahu beliau akan pulang menemui
pengundi Sik pada 23 Jun ini untuk menghapuskan segala
keraguan tentang kesihatan dan komitmennya sebagai
wakil rakyat

"Saya akan berjumpa dengan jawatankuasa PAS kawasan
Sik, ahli-ahli parti dan para pengundi. Pada 26 Jun
bersama-sama dengan Datuk Fadzil Noor, Cikgu akan
mengadakan majlis kenduri besar-besaran di sana,"
jelasnya.

Menyentuh tentang perkhidmatannya kepada para
pengundi, Shahnon berkata, kalau kesihatannya tidak
mengizinkannya untuk berada kawasan itu, wakil
peribadinya dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri
PAS di Sik boleh menggantikannya.

PAS memenangi dua kawasan DUN, Belantek dan Jeneri,
dalam parlimen Sik pada pilihan raya umum November
lalu.

" Rakyat tidak perlu melihat muka ahli parlimennya
jika mahu membuat aduan atau mendapatkan bantuan.
Wakil-wakil saya ada di sana untuk membantu mereka.
Cikgu juga telah mengamanahkan kepada wakil-wakil
Cikgu untuk memastikan elaun ahli parlimen disalurkan
kepada pengundi yang memerlukan bantuan," tambahnya.

Berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Abdul Hamid Othman yang menuduh PAS
sebagai gila kuasa kerana enggan membenarkan beliau
meletakkan jawatannya, Shahnon berkata, sebenarnya
bekas ahli parlimen itu yang tamakkan kuasa.

" Dia (Hamid) sebenarnya yang tamak kuasa. Sudah kalah
dan ditolak oleh rakyat tapi masih sanggup terima
jawatan menteri. Sepatutnya beliau ada maruah dan
sedar diri," tempelak Shahnon.

Hamid tewas di tangan Shahnon dengan perbezaan 478
undi.

Menteri itu telah menyatakan kesediaannya untuk
bertanding sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional
sekiranya pilihan raya kecil diadakan di Sik.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/


Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

Kirim email ke