*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> Assalamualaikum!
> 
> Kepada rakan-rakan netters semua.
> saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan PANTANG
> LARANG SELEPAS BERSALIN mengikut kaedah ISLAM serta
> pemakanannya sekali.
> 
> Diharap kepada semua memberi sedikit pendapat serta
> cadangan.
> 
> sekian terima kasih
> 
> WASSALAM.


Assalamualaikum kepada semua ahli netter.

Ingin saya berkongsi pengalaman serta sedikit panduan mengenai pantang
larang selepas bersalin mengikut adat orang Melayu Tradisonal yang tidak
melanggar sama sekali hukum Islam yang murni.

HARI PANTANG SELAMA 44 HARI.

Seseorang ibu akan dijaga selama 44 selepas bersalin. Masa ini juga
dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang
larang. Pada masa ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Antaranya
adalah soal pemakanan semasa pantang.

Tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal
dan merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi. Dalam
masa pantang mengikut pengalaman saya makanan yang dihidangkan sewaktu
saya dlm pantang dlm minggu pertama ialah ikan haruan dimasak sup dicampur
dengan halia agar luka2 yang terdapat didalam badan atau diluar badan
dapat sembuh secepat mungkin. Makanan -makanan yang berangin seperti
nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya dilarang sama sekali diambil
ditakuti menyebabkan penyakit angin umpamanya kembung perut. Dlm hal ini
makanan perlu dijaga jika tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang
menyusukan anak.

Jangan makan makanan yang berminyak pula, ia boleh  menyebabkan 'batu
merian' berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin
keadaan tempat peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga
'batu merian' akan turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak
selesa.
 
Seeloknya dinasihatkan memakan halia muda yang ditumbuk halus dicampur
dengan air asam dimakan dengan nasi panas boleh membuatkan badan siibu
berada dlm keadaan panas senantiasa. Bagus untuk pelancaran air susu.

Bolehlah menempah tukang urut untuk mengurut serta membetulkan balik
sistem urat saraf dlm badan. Seeloknya dilakukan selepas luka2 yang ada
baik seperti sediakala. Ianya memakan masa lebih kurang 3 atau 4 hari jika
anda bersalin secara normal dan mengamalkan memakan ikan haruan dan pati
ikan haruan serta air gamat. InsyaAllah luka anda akan baik cepat. 

Selepas diurut sudah tentu siibu akan rasa bertenaga seperti sediakala
namun itu bukan bermakna siibu boleh melakukan kerja-kerja berat. Dilarang
mengangkat benda2 berat kerana ditakuti memudaratkan tempat peranakan ibu
itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini kerana urat
dari ibu jari kaku bersambung sampai kepeha dan seterusnya ke dalam rahim
ibu. Kalau terkena ibu jari, darah akan 'tumpah;. Darah yang berterusan
keluar akan membawa maut. Oleh itu pesan orang-orang lama ibu dlm pantang
ni jalan tu hendaklah perlahan2 dan berhati-hati supaya ibu jari kaki
tidak terhantuk dengan mana2 benda keras. 

Tentang penjagaan diri pula ibu hendaklah berada dlam keadaan yang bersih.
Bagi yang menyusukan badan puting susu hendaklah dibersihkan selalu. Perlu
diingatkan pada ibu dlm pantang selalulah menggunakan air suam bila
menggunakan air. Tidak kira semasa membasuh tangan, membasuh kaki,
membasuh mulut serta lebih elok jika mandi dengan air rebusan akar2 kayu.
Orang tua saya mengamalkan mandi serai wangi dan tujuh jenis daun yang
dipilih bagi mengelokkan sistem peredaran darah. disamping badan siibu
berbau harum. Jgn bertinggung seeloknya duduk bersimpuh sewaktu mandi. 

Pemakaian ubat-ubatan seperti jamu, kapur dicampur dengan air limau untuk
mengempiskan perut amatlah baik untuk diamalkan. Ianya dapat mengembalikan
kembali bentuk badan  kepada yang asal.

Perasaan ibu2 semasa dlm pantang hendaklah dijaga jgn sampai tertekan dan
terkejut. Ini boleh menyebabkan darah akan 'naik' ke kepala. Jika ini
terjadi, ibu akan meracau dan mengganggu fikirannya. Ini dipanggil sebagai
'gila merian'

Bagi yang ingin menziarah seelok-eloknya ziarahlah pada waktu siang hari. 

Inilah serba sedikit pantang larang yang saya ikuti sejak melahirkan anak
pertama dan kedua. Alhamdulillah ini adalah satu cara awet muda yang baik
jika dapat diamalkan secara baik. 



sekian wassalam
Rose



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke