*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
THEORI ILMU JIWA
(Psikologi)
Seperti juga kebanyakan orang-orang Sufi, saya berpendapat bahawa "hati"
itulah alat yang melaluinya ilmu kebatinan itu dipancarkan atau tempat di
mana ilmu itu diturunkan. Yang dimaksudkan dengan "hati" itu bukanlah
seketul daging yang terletak di dalam dada ini. "Hati" yang dimaksudkan ini
adalah bersifat keruhanian semata-mata meskipun ianya ada hubungan dengan
hati badan itu secara fizika dan secara keruhanian (suratan wa ma'nan).
Perkataan "hati" itu adalah hanya lambang aspek rasional manusia, iaitu Roh.
Hati itu juga disamakan dengan "al-nafsul mutma'innah" (Jiwa yang aman
tenteram) seperti yang tersebut dalam Al-Qur'an. "Hati" yang dimaksudkan ini
bukan intelek (akal) sebagaimana yang difahami oleh kaum falsafah. Akal itu,
dianggap sebagai fenomenal (bersangkutan dengan alam nyata) dan bergantung
dengan badan kasar ini. Tetapi "hati' yang dimaksudkan ini ialah
"sebahagian" yang tidak boleh dipisahkan dari Prinsip 'Aqlul-kulliyyah (Akal
Semesta), yang mana meskipun ianya bekerja melalui badan, namun ianya bukan
badan itu sendiri dan bukan bergantung wujudnya pada badan atau disempadani
oleh perbatasan kebendaan.
Kuasa yang ghaib ini mempunyai fakulti (kuasa semulajadi) yang ghaib yang
digelar "mata dalam" atau mata hati (ayn al-basirah). Seperti juga mata
kasar, mata dalam ini juga melihat tetapi objek yang dilihatnya ialah
Hakikat itu sendiri. Saya percaya bahawa hanya "mata hati" atau mata dalam
itu saja yang boleh melihat sesuatu yang melampaui akal fikiran.
Perkara-perkara yang mendinding mata dalam atau mata hati itu ialah
fikiran-fikiran jahat yang ditimbulkan oleh roh kebinatangan dan segala yang
bersangkut dengan alam benda ini. Apabila seseorang Sufi itu telah
membuangkan dinding atau hijab tersebut, hati si Sufi itu pun mulalah
mengenal yang hakiki dan dapat berhubung dengan Roh Semesta Raya itu.
Wallahu ta'ala a'lam.......
TO BE CONTINUED.......
Wassalamu.......
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>