*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Tadi saya ada menulis berkaitan tajuk ini, tapi entah macamana macam
terdelet dan tak disafekan. Hilang begitu sahaja. Sekarang cuba ingat dan
tulis balik.
Ada beberapa perkara yang ditimbul berkaitan zakat gaji.
1. Adakah sumbangan kepada ayah-bonda itu zakat?
Dalam tulisan terdahulu saya nyatakan sumbangan kepada ayah-bonda
dikecualikan dari bayaran zakat BUKAN sumbangan itu sebagai bayaran zakat.
Tidak ada nilai maksimum untuk ini. Saya berpendapat ayah-bonda tidak layak
menerima zakat anak (maaf kalau salah). Ada sahabat kita yang mengatakan
itu tanggungjawab anak. Mungkinkah anak yang berpendapatan tinggi (sehingga
wajib berzakat) mempunyai ayah-bonda miskin sehingga tergulung satu dari
lapan gulungan penerima zakat?. Kalau ini benar berlaku amatlah mengaibkan
bagi si anak dan pasti ada yang tidak kena.
Untuk bayaran terus kepada penerima tidak ada peruntukan yang membolehkan
ianya dianggap sebagai bayaran zakat bagi tujuan pelepas cukai pendapatan.
Ini kena benar-benar ikhlas dan bukan untuk tidak membayar cukai pendapatan.
Saya difahamkan di Kedah dan Kelantan bayaran zakat fitrah dilakukan
seperti ini (terus kepada penerima). Maaf kalau silap, saya bukan orang
utara/pantai timur. Derma pula boleh ditolak dari pendapatan yang kena
cukai jika peminta derma tersebut mendapatkan pengecualian dari LHDN.
Keadaan seperti ini biasa berlaku ketika hendak mendirikan masjid, sekolah
dll.
2. Mengapa bayaran rumah/kereta dll tidak ditolak dari pendapatan berzakat?
Setelah mengetahui tiada pengecualian kepada bayaran/sewa rumah dalam
tafsiran zakat saya mengesyorkan kepada teman yang menerajui pimpinan
tertinggi bahagian parti bulan mengambang supaya memasukkan idea ini dalam
manifesto pilihan raya lepas. Saya juga cadangkan pelepasan turut diberi
pada bayaran ansuran kereta dan adakan bayaran pencen/elaun kepada warga tua
(miskin) yang tidak menerima pencen atau KWSP. Untuk rumah (pertama) dan
kereta ini saya cadangkan satu nilai maksimum supaya tidak timbul nanti
masalah jenis rumah atau kereta. Sayangnya idea ini belum dianggap dapat
menarik warga pengundi (mungkin).
3. Apa yang dibuat dengan duit zakat?
Dari apa yang tersurat (diterbitkan) mereka memberi kepada yang berhak.
Adakah sesuatu/agenda lain yang tersirat? Hanya Allah yang mengetahui.
Tugas saya membayar, saya bayar. Tugas mereka mengagih. Jika ada
penyelewengan, jawablah di Allah nanti. Lagipun duit yang saya bayar itu
BUKAN duit saya tapi duit lapan golongan di atas. Saya tidak mahu syak
wasangka seperti itu menyebabkan saya terus memegang dan mungkin menggunakan
duit yang bukan hak saya.
4. LHDN juga mengutip zakat dan mungkinkah tugas amil sekarang diambil alih
oleh LHDN?
Saya difahamkan begitulah. Malah saya terdengar UiTM juga bertindak sebagai
amil kepada staf mereka yang hendak membayar zakat. Cuma saya harap tugas
amil sekarang tidak diambil alih sepenuhnya oleh LHDN. Mungkinkah ada
gulungan yang terasa bahawa kaum Mulimin/mat kini lebih redho membayar zakat
dari cukai sehingga pendapatan mereka berkurangan?
Sekian,
----Original Message Follows----
From: "rizal" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>
CC: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: H-Net* Zakat ke atas Pendapatan Gaji
Date: Thu, 22 Jun 2000 09:59:12 +0800
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini termasuk dalam kategori tanggungan, nak beri zakat pada mak dan ayah tak
boleh sebab mereka termasuk dalam tanggungan pasal mertua insyallah saya
check balik,
dulu saya ada tanya seorang ustaz tentang isu ini, cuma beliau kata dalam
ingatannya ibu dan bapa adalah tanggungan mertua pula dia tak pasti.
Nanti saya check balik ...
----- Original Message -----
From: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, June 22, 2000 3:35 PM
Subject: Re: H-Net* Zakat ke atas Pendapatan Gaji
> Saya tak faham adakah memberi wang kepada ibu bapa atau mertua itu
dianggap
> sebagai zakat? Bukankah sudah menjadi kewajipan kita memberi bantuan
kepada
> orang tua kita tak kira mereka miskin atau kaya....
>
> Macam mak saya kata, oleh kerana saya anak perempuan tak wajib saya beri
> wang kepada mak saya....oleh itu jika saya memberi wang, mak saya kata
itu
> sudah dikira sedekah atau zakat....JIka begitu jika mertua saya miskin
maka
> wang saya beri itu juga dikira zakat.... Kalau suami saya memberi wang
> tersebut kepada ibunya adakah ia juga dikira zakat sedangkan sudah
menjadi
> kewajipan dia membantu ibu dia sebagai anak lelaki???
>
> Harap boleh tolong saya selesaikan kekeliruaan ini
>
>
> >From: "rizal" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
> ><[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: Re: H-Net* Zakat ke atas Pendapatan Gaji
> >Date: Wed, 21 Jun 2000 17:22:13 +0800
> >
> >Daripada ulasan Tiang Jawi ni saya ingin beri dua komen :
> >
> >1. Tentang pengecualian untuk bayaran pinjaman/sewa rumah atau mungkin
> >termasuk juga kenderaan yang tidak diberi pengecualian, saya agak
> >musykil
> >mengapa mereka harus ikut kaedah cukai pendapatan ??? Sepatutnya agama
itu
> >mudah dan tidak membebankan.Adakah sebarabng nas yang menjadi sandaran
> >untuk
> >mereka menetapkan demikian.
> >
> >2. Satu lagi mengenai pemberian zakat secara langsung kepada orang
> >tertentu,
> >daripada datuk saya turun kepada ayah saya dan sampai kepada saya kami
> >lebih
> >rela menyerahkan zakat kami kepada kaum kerabat kami yang susah daripada
> >menyerahkan kepada Baitul Mal yang mana belum pasti bantuan itu sampai
> >kepada mereka. Mana tidaknya mertua saya
> >orang susah tinggal pula di Kelantan anak menantu tinggal di Pulau
Pinang.
> >Apabila saya beri zakat kepada mertua saya
> >di Kelantan kat mana nak claim resit ??
> >
> >Ada sesiapa boleh beri penjelasan ?
> >----- Original Message -----
> >From: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> >Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> >Sent: Wednesday, June 21, 2000 3:46 PM
> >Subject: Re: H-Net* Zakat ke atas Pendapatan Gaji
> >
> >
> > >
> > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum w.w.
> > >
> > > Saya berpendapat perbincangan topik seperti ini amat berfaedah kerana
ia
> > > membabitkan hampir kita semua. Bidang mengutip wang zakat yang
dulunya
> >di
> > > bawah Majlis Agama Islam Negeri, kini telah mula dikoperatkan,
seperti
> >di
> > > Selangor dan KL. Ia lebih canggih dan mudah.
> > >
> > > Isu zakat gaji telah lama diperkatakan. Yang merasa tidak wajib,
terus
> > > tidak bayar dan yang merasa wajib terus membayar. Satu soalan yang
> >patut
> > > kita tanya pada diri kita : Kalau pendapatan (gaji) kita melebihi
> >sesuatu
> > > nilai, kita dimestikan membayar cukai pendapatan dan kita akur
> >membayarnya,
> > > sebaliknya zakat kita cuba mengelak kerana tiada penguatkuasaan atau
> >kita
> > > merasa tidak wajib. Sedangkan kalau kita bayar zakat sejumlah cukai
> > > pendapatan yang kita perlu bayar, kita dikecualikan dari membayar
cukai
> > > tersebut. Jadi yang pasti, membayar cukai hanya melepasi
undang-undang
> > > negara. Sebaliknya dengan membayar zakat kita melepasi kedua-dua,
> > > undang-undang negara dan Agama (jika zakat gaji itu wajib). Bukankah
> > > seakan-akan kita menembak dua ekor burong dengan satu peluru.
Fikirkan
> > > lah............
> > >
> > > Adapun apa yang saudara Mohd Nazam Dzulkarnaini tulis mengenai kaedah
> > > pengiraan pendapatan adalah benar kecuali yang ketiga. Saya belum
> > > mengetahui mana-mana negeri yang memberi peruntukan ini. Saya juga
> >pernah
> > > bertanyakan mengapa tidak ada pengecualian untuk bayaran pijaman/sewa
> >rumah
> > > sebab itu adalah keperluan asas. Mereka menjawab pihak berkuasa
> >menerima
> > > pakai asas pengiraan cukai pendapatan yang tidak ada peruntukan
> >pengecualian
> > > bayaran/sewa rumah. Walau bagaimanapun jumlah wang yang kita
sumbangkan
> > > kepada ayah-bonda, mereka ambil kira dalam penolakan pendapatan kena
> >zakat.
> > > Nilainya bergantung kepada nilai sebenar yang kita beri kepada
> >ayah-bonda
> > > kita. Ini lebih baik dari cukai pendapatan yang tidak memasukkan
> >peruntukan
> > > ini.
> > >
> > > Cara pembayaran juga mudah. Boleh tunai sekali bayar atau potongan
> >bulanan.
> > > Sekirannya potongan bulanan zakat ini melebihi/sama dengan potongan
> >PCB -
> > > potongan cukai berjadual, potongan pcb ini tidak lagi dilakukan.
Jadi
> >kita
> > > membayar 100% zakat dan bukan cukai pendapatan. Tarikh pembayaran
> > > bergantung kepada saudara/ri. Walau bagaimanapun dengan kaedah
> >pencukaian
> > > semasa seperti sekarang, bagi mereka yang membayar zakat secara
sekali
> >bayar
> > > saya syorkan bayar pada awal tahun. Jika nilai zakat itu sama dengan
> >nilai
> > > cukai pendapatan dan kita telah menjelaskan bayaran zakat tersebut,
maka
> > > sepanjang tahun itu kita sudah tidak perlu lagi membayar cukai
> >pendapatan.
> > > Tiadalah PCB dalam slip gaji kita.
> > >
> > > Ada juga antara kita yang membayar zakat pendapatan terus kepada
> >penerima.
> > > Silakan....tapi tak dapatlah penolakan cukai pendapatan. Yang
penting
> >kan
> > > niat kita, semuga Allah memberkatinya.
> > >
> > > Sekian.
> > >
> > >
> > >
> > >
> > >
> > > ----Original Message Follows----
> > > From: "Mohd Nazam Dzulkarnaini" <[EMAIL PROTECTED]>
> > > To: roslina mamat <[EMAIL PROTECTED]>
> > > CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > > Subject: Re: H-Net* Zakat ke atas Pendapatan Gaji
> > > Date: Wed, 21 Jun 2000 13:00:26 +0800
> > >
> > >
> > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > ada pelbagai method yang boleh digunakan untuk mengira zakat gaji.
pucuk
> > > pangkalnya terpulang kepada kita untuk decide which is the best
method
> >to
> > > justify our salary and zakat becomes due.
> > > antara method tersebut ialah:-
> > >
> > > 1. 2.5% atas gross income.
> > > 2. 2.5% atas nett income (gross income tolak semua pelepasan mengikut
> >income
> > > tax
> > > punya)
> > > 3. 2.5% atas nett income (atas perkiraan kita sendiri, iaitu tolak
loan
> > > rumah,
> > > loan kereta, bersih baru dizakatkan).
> > >
> > > sekali lagi, apa cara sekalipun , yg penting niat kita ikhlas utk
> >berzakat.
> > >
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>