*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa Topik diatas adalah terlalu heavy untuk lay man seperti saya untuk 
memahami dan saya rasa perlu kepada Guru yang Ahli.
Contohnya:

1. Definasi Sufi.
2. Bila Ilmu Tasauf dan Sufi bermula.
3. Sebelum Islam (Zaman Greek) Cabang Ilmu Sufi adakah telah bermula.
4. Dalam agama lain Seperti (Hinduism, Buddhism, Taoism,Cristianism dll ism 
apakah approach Sufi mereka.
5. Adakah ianya satu asimilasi (spt. Bank Bumi ke Bank Islam)
6. Bagaimanakah masalah pembersihan penyakit Hati,jiwa dan roh penyakit spt. 
Hasad dengki, Takabur, Ujud, Raja dll.)
7. Bagaimanakah adap Buang air, makan ,minum, tidur dll.
8. Bagaimankah pengetahuan kita tentang Ilmu Tauhid,fekah,Al'Quran, Hadis 
dan Sejarah (ibrah) nabi-nabi dan rasul.

Jika perkara-perkara yang diatas still not settle yet macam mana kita nak 
membicarakan hal-hal yang heavy-heavy tentang Sufi, takut-takut menyimpang 
daripada landasan AL'Quran dan Hadis.

Wassalam


>From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2
>Date: Wed, 21 Jun 2000 21:14:41 PDT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
>
>
>
>
>        � Perhubungan Roh Terbatas Dengan Roh Tidak Terbatas
>
>
>Hati si Sufi itu adalah sama dengan "akal terbatas" menurut istilah ahli 
>falsafah, iaitu satu istilah untuk maksud "roh rasional' (roh berakal) dan 
>bukan intelek atau akal saja. Akal terbatas ini adalah satu ragam (mode) 
>atau satu pengkhususan Akal Tidak Terbatas (al-'aqlul kulli). Akal Tidak 
>Terbatas ini sama juga dengan Roh Sejagat atau Roh Semesta ataupun Hakikat 
>Muhammad, tetapi pada segi konsepnya berbeza.
>
>Perhubungan Akal terbatas dengan Akal Tidak Terbatas itu adalah sama 
>seperti perhubungan yang umum dengan yang khusus, yang sejagat atau semesta 
>dengan yang terbatas atau terhad, tetapi bukan dengan pengertian sebahagian 
>atau bahagian-bahagian dari yang sejagat itu. Roh atau Akal tidak boleh 
>dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan. Apa yang memperilang-bilangkan 
>(multiplies) satu roh itu adalah sama dengan apa yang memperbilang-bilang 
>Satu zat. Iaitu ianya adalah nisab (perhubungan subjektif). Roh juga 
>diibaratkan keadaan fikiran (mental states) itu sebagai "bahagian-bahagian" 
>fikiran (mind). Sebagai kiasan, dengan mengatakan bahawa akal atau ruh 
>khusus itu sebagai "kuasa-kuasa Roh Sejagat" itu.
>
>Roh sejagat atau Roh Semesta itu sentiasa sedar dirinya sebagai satu 
>keseluruhan dan ini juga bererti ia sedar tentang "bahagian-bahagian"nya, 
>(dikatakan "bahagian" kerana tidak ada istilah lain yang lebih sesuai). 
>Tetapi "bahagian-bahagian" itu tidak pernah sedar dengan keseluruhan itu. 
>Bahagian-bahagian itu hanya sedar dirinya sendiri saja.
>
>Dari sini dapatlah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata,
>
>"Kesatuan secara mistik dengan Tuhan."
>
>"Perjalanan secara mistik menuju Allah."
>
>"Menyingkap hijab."
>
>Dan lain-lain lagi.
>
>"Kesatuan" yang dimaksudkan ini mestilah difahamkan dari pengertian kiasan 
>atau ibarat saja. Bagaimana ada kesatuan hakiki dalam pengalaman keruhanian 
>apakala semua roh-roh khusus itu telah pun bersatu dalam Roh Semesta, yang 
>mana adalah Allah itu sendiri? (Allah = Prinsip Rasional Alam Semesta Raya 
>ini). Oleh itu apa yang dikatakan "Kesatuan" itu adalah hanya semata-mata 
>keadaan menimbulkan "kesedaran" ruh khusus itu tentang kesatuan yang telah 
>pun sememangnya ada antara dirinya dengan Roh semesta itu, dan bukannya 
>pergaulan atau percantuman dua roh yang berlainan. Pencapaian terakhir bagi 
>si Sufi dan tujuan akhir segala usahanya bukannya menjadi satu dengan 
>Tuhan, kerana ia telah pun "bersatu" tetapi adalah hanya menyedari maksud 
>kesatuan itu.
>
>Dua perkara penting diperolehi dari theori ini :
>
>1. Manusia tidak akan jadi Tuhan.
>
>2. Ilmu kebatinan si Sufi itu timbul langsung dari ruh itu sendiri. Ilmu 
>itu bukan diturunkan atau dibukakan kepada ruh itu dalam pengertian yang 
>hakiki. Semua istilah seperti pancaran atau penyampaian ilmu itu mestilah 
>difahami dari segi kiasan atau ibarat saja.
>
>
>Tetapi bahasa kiasan ini boleh menimbulkan bahaya kerana orang akan 
>menganggapnya sebagai benar dan bukan kiasan saja. Jika dianggap sebagai 
>bukan kiasan, maka timbullah keduaan bukan kesatuan iaitu pemberi ilmu dan 
>penerima ilmu.
>
>Dijelaskan perihal Roh Semesta itu sedemikian cara, dan menyifatkan 
>sedemikian watak, hinggakan kita menyangka ada perbezaan atau dua wujud 
>iatu Wujud Roh Sejagat dan roh khusus (roh terbatas). Sebenarnya Roh 
>Sejagat itu berbeza dari ruh terbatas hanya dalam pengertian sebagaimana 
>berbezanya "keseluruhan" dengan "bahagian-bahagiannya".
>
>Al-Ruh (roh) yang bermaksud Jibrail sama dengan Roh Sejagat (Roh Semesta) 
>sebagai pembuka ilmu kebatinan dan Ketuhanan (al-mulqi). Roh itu yang dalam 
>ragam atau kekhususannya yang tertentu adalah pembuka atau penurun ilmu itu 
>(ataupun ilham). Ilham itu adalah siaran atau pancaran dari roh (roh 
>terbatas) itu sendiri. Si Sufi itu dikatakan menerima ilmu dalam semua 
>hadrat (peringkat) tetapi pemberi ilmu (ilham) itu adalah "diri" si Sufi 
>itu sendiri terzahir kepadanya dalam bentuk yang tertentu.
>
>Apabila si mistik atau si Sufi itu melihat sesuatu bentuk seseorang yang 
>menyampaikan kepadanya ilmu atau ilham yang sebelum itu tidak ada padanya 
>maka orang (bentuk) yang kelihatan itu adalah 'ayn atau diri si mistik itu 
>sendiri yang terzahir dalam bentuk tersebut. Kalau diri ('ayn) itu ibarat 
>pokok, dan ilham  atau wahyu itu sebagai buahnya; maka buah itu dipetik 
>dari pokok tersebut, yakni ilham (wahyu) itu datang dari diri sendiri.
>
>Hati si Sufi itu (atau jiwa rasional) adalah "mata" yang melaluinya Allah 
>melihat Diri-Nya sendiri, dan alat yang dengannya Allah mengenal Diri-Nya 
>dalam bentuk penzahiran-Nya, bukan dalam Kemutlakan-Nya kerana ilmu 
>pengetahuan-Nya sebagai Yang Mutlak adalah kepunyaan-Nya sendiri saja. 
>Insan Kamil itu adalah tumpuan (focus) Kesedaran Tuhan. Boleh juga 
>dikatakan bahawa Allah (Tuhan) itu adalah tumpuan (focus) dan zat kesedaran 
>Insan. Sebenarnya itu adalah menyatakan dua aspek dari satu fakta yang sama 
>dan satu jua.
>
>Realiti atau Hakikat (Allah) itu sentiasa menzahirkan diri-Nya dalam setiap 
>bentuk dalam setiap peringkat (hadrat) wujud ini dan ini terbayang dalam 
>hati orang-orang Sufi, ibarat cermin, dan mereka sentiasa "melihat" Allah 
>dalam setiap sesuatu dan di mana saja. Setiap "keadaan" atau pertukaran 
>dalam setiap benda yang qadim (eternal substance) bersesuaian dengan satu 
>keadaan atau pertukaran dalam hati si Sufi itu. Inilah apa yang dimaksudkan 
>bahawa Allah itu "terkandung" dalam hati si Sufi itu. Hati itu mengandungi 
>dalam dua cara :
>
>(a) Hati itu membayangkan semua kesempurnaan Allah, dan ini terzahir secara 
>berasingan dalam Alam Besar (Insan Kabir) tetapi terzahir secara kolektif 
>(jumlah atau terkumpul) dalam Alam Kecil atau Insan Kamil.
>
>(b) Ia juga mengandungi Allah dalam pengertian bahawa hati itu mengandungi 
>aspek Ketuhanan (aspek kebatinan atau keruhanian) Insan itu.
>
>Wallahu ta'ala a'lam.......
>
>TO BE CONTINUED.......
>
>Wassalamu.......
>
>Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "RASEET SITRATA" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke