*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

MOTIVSI BANGSA
        
"Saya akan menemukan jalannya atau membuat jalan itu."
(ucapan ini saja sekadar membakar semangat kita�..dengan erti kata nak tak
nak kita teruskan juga, walaupan ada orang yang tak suka�janji Allah
suka(rehda'))

(satu realiti di Amerika.. )
kita membandingkan Amerika moden dengan zaman para perintis bangsa, kita
akan melihat pertumbuhan semakin melemah dalam fizikal dan mental
sebahagian besar rakyat.  Baik anda setuju atau tidak, ada yang berharga
dalam pernyataan ini.  Hanya ada sedikit saja rakyat Amerika yang mempunyai
ketetapan hati seperti ketua-ketua bangsa dalam menentukan 'saya boleh' dan
'saya bersedia'.

(samalah seperti di Malaysia�pelbagai dasar telah digubal untuk jadikan
bangsa Melayu maju�tapi  hasil tak seberapa�.salah siapa, maaf saya tak ada
jawapan)

Pada awal tahun tiga puluhan abad ini, di Amerika telah diketahui bahawa
kebanyakan penduduk ketika berusia 25 tahun memiliki wang lebih banyak
dibanding dengan yang mereka miliki empat puluh tahun kemudian, iaitu
ketika mereka berusia 65 tahun. juga telah diketahui bahawa sembilan belas
dari dua puluh orang, gagal untuk mencapai kebebasan kewangan.  Pada usia
65 tahun yang dianggap secara umum sebagai usia pencen, mereka masih harus
bekerja untuk memenuhi keperluan mereka, atau bergantung kepada orang lain.
 Dengan pertimbangan' bahawa para penduduk tidak boleh mengurus diri
sendiri, maka pada tahun 1935 didirikan Social Security Act, untuk
menyelenggarakan sistem tabungan hari tua.

Pada saat kita tidak mengikuti jalan untuk mencapai kejayaan, kita menjadi
orang yang gagal dan kalah.  Generasi yang dilahirkan di Amerika masa ini
adalah gencrasi yang lemah.  Inilah generasi yang 'mahu mendapatkan sesuatu
tanpa harus berbuat apa-apa'.
(tengok dalam diri sikit sudah berapa kilo maksiat telah kita buat�.kalau
kita tak buat orang sebelah kita buat, atau yang mendapat lesen dari
pemerintah)

Manusia perlu mengajar kepada generasi berikutnya bahawa mereka dilahirkan
untuk menjadi pemenang, 
bukannya untuk kalah.
(sedar sikit kita nih ummat terbaik,�.tapi tak ada pengisian untuk ke arah
itu)

  Mereka perlu diberitahu bahawa kita hanya boleh gagal, kalau kita
kekurangan kehendak untuk berprestasi dan kita hanya boleh kalah, jika kita
kekurangan kehendak untuk menang.
Anda boleh menang, tetapi bersediakan anda?  "Insya Allah.Saya bersedia,
saya boleh" seharusnya merupakan jawapan anda.  Kenalilah diri anda sendiri
adalah langkah pertama menuju kemenangan, prestasi. Kenali potensi iman dan
taqwa yang ada dalam diri. Kehendak untuk menang adalah kunci utamanya.
Meang di dunia dan menang di akhirat.  Kemenangan adalah hak asasi kita,
tetapi apakah kita akan menerapkan dan mencapainya, hal ni bergantung pada
diri kita sendiri!  





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke