*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya...hidup re-for-ma-siiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...


--- filter <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Saya dan JIM satu FITNAH nyata 
> Saya, Fathi Aris Omar, merujuk beberapa sambungan
> (links) tentang satu tulisan yang sama mengenai
> sebuah pertubuhan Islam, JIM (Pertubuhan Jamaah
> Islah Malaysia), yang dituduh "merosakkan reformasi"
> (diterbitkan dalam Laman Reformasi 1) dan
> "merosakkan KeADILan' (diterbitkan dalam laman
> Detikdaily).
> 
> Sebagai pejuang kebebasan media, saya mempertahankan
> hak media ini untuk menerbitkan tulisan itu seperti
> di URL di bawah:
> 
> http://members.tripod.com/mahazalim/230600jim.html
> 
> http://detik.daily.tripod.com/Jun/b23jun.htm
> 
> Bagaimanapun, oleh kerana nama saya tertera dalam
> tulisan itu (single-out) dan disifatkan sebagai
> seorang ahli JIM yang "super-kritikal," saya kira
> wajarlah saya menulis.
>  
> Ia tidak akan dihasilkan oleh mereka yang jujur dan
> ikhlas dalam perjuangan reformasi dan KeADILan. 
>  
> Penjelasan saya seperti di bawah:
>  
> Pertama, saya mengakui saya seorang ahli JIM mulai
> 1992
>  
> Kedua, saya juga editor majalah JIM -- Perspektif --
> mulai Jun 1992 hingga pertengahan 1993 
>  
> Ketiga, saya tidak aktif dan malah langsung tidak
> menghadiri apa2 program JIM mulai 1995 hingga
> sekarang.
>  
> Keempat, ketika saya mengetuai majalah JIM itu,
> semua ahli JIM dan pembaca Perspektif tahu saya
> seorang yang kritis (ada kalanya tidak disenangi
> oleh beberapa pihak dalam organisasi ini). Tidak
> pernah ada pengarang majalah sesebuah organisasi
> "menentang" organisasi itu sendiri kecuali sifat
> yang saya tunjukkan. Semuanya boleh dirujuk kerana
> tulisan merupakan rekod yang kekal.
>  
> Kelima, sepanjang bersama reformasi, saya tidak
> bersama JIM. Malah saya juga mengkritik pertubuhan
> ini termasuk dua Presidennya, Saari Sungib (mantan)
> dan Mohd Hatta Shaharom (sekarang).
>  
> Keenam, saya juga tidak berhubung dengan aktivis dan
> pemimpin JIM untuk tujuan-tujuan politik, agama atau
> sosial -- kecuali tidak sengaja terserempak --
> sepanjang tempoh reformasi.
>  
> Ketujuh, saya mula mengkritik JIM, ABIM, dan
> beberapa kelemahan pembangkang sejak Disember 1998
> lagi di samping memberikan sokongan idea, tulisan,
> tenaga dan segala yang termampu.
>  
> Kelapan, tulisan saya yang tersiar dalam
> malaysiakini.com (akhbar tempat saya bertugas
> sekarang) yang kritis terhadap KeADILan dan BA
> merupakan siri ke-4 bermula tulisan pada Disember
> 1998 itu. Dua lagi tulisan tersiar awal tahun 1999
> dalam Tamadun dan Detik.
>  
> Kesembilan, saya tidak memerlukan JIM untuk terlibat
> dengan reformasi atau penulisan atau gerakan
> politik. Bahkan, pada hemat saya, JIM tidaklah
> membantu saya untuk terus maju. Dan JIM tidaklah
> berasa perlu memanfaatkan tenaga saya.
>  
> Kesepuluh, walaupun kritikan saya lantang, tetapi
> rakan-rakan dalam reformasi, PAS, KeADILan, pelajar
> PAS, PKPIM, ABIM dan NGO bukan Melayu-Islam tahu
> bahawa saya turut menghulurkan sumbangan ikhlas di
> tempat-tempat yang wajar. Dan mereka mengenali
> aktivisme saya sejak 1985 lagi dan tulisan saya
> sejak 1988 di Harakah. Dan saya mengekalkan hubungan
> baik dengan hampir semua kenalan aktivis daripada
> pihak-pihak itu.
>  
> Kesebelas, tokoh-tokoh utama BA sedar saya bukanlah
> boleh dikategorikan begitu (seperti dalam tulisan
> tersebut).
>  
> Akhir sekali, hanya perbuatan yang akan menutup
> mulut mereka yang berniat serong. "Action speaks
> louder than words."
>  
> Oleh itu, saya merumuskan penulis surat itu terlalu
> gelojoh, tidak bersifat ilmiah, mempunyai niat yang
> tidak baik terhadap JIM, KeADILan dan pakatan
> pembangkang. 
>  
> Saya tidak yakin penulis itu mengenali saya. Sahabat
> saya tidak pernah berbuat "jahat" seperti itu.
>  
> Sekian, semoga penjelasan ini memuaskan dan saya
> sungguh-sungguh memohon kerjasama sepenuhnya agar
> pihak penerbit atau pengendali laman-laman web
> menerbitkannya. 
>  
> Terima kasih 
>  
> Teruskan re-for-ma-si!
>  
> Fathi Aris Omar ([EMAIL PROTECTED])
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Get Yahoo! Mail - Free email you can access from
anywhere!


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: sala ezza <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke