*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., Satu perkara yang paling mengecewakan dalam sejarah umat manusia adalah kenyataan tentang orang yang bermain-main dengan kesempatannya untuk mendapatkan kejayaan, (kita akan berjaya ....tapi asyik main-main…tolak rezekilah nih) bermain-main dengan kemampuannya dan ketika hidupnya hampir berakhir, ia baru tersedar tentang fakta bahawa sebahagiaan keupayaannya yang lebih besar belum tersentuh. (yang disentuh ialah perkara yang remeh temeh atau tak ada kaitan) Waktu tidak dapat diulangi.( ganti balik pun tak boleh…sebab bukan hak kita tapi pemberian Allah).Tidak peduli siapa pun diri anda dan di mana pun anda berada, di dunia ini tidak ada kekuatan yang dapat mencegah anda untuk membuat diri anda sendiri menjadi manusia utuh, makhluk yang mulia, tugas terbesar seperti yang dimaksudkan Tuhan dalam menciptakan manusia. (khalifah dimuka bumi ini) Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah.-khalifah di muka bumi.Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri.Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhan-nya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39) Tujuan kerja kita seharusnya tidak hanya sekadar untuk memberikan penghidupan. Penghidupan merupakan soal perencanaan Allah : Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS. 67:2) Selain tugas utama kita beribadah pada Allah, kita juga dikirim ke dunia untuk menuntut ilmu. Hidup adalah sebuah universiti raksasa untuk pembentangan akal, untuk pengembangan karakter(sifat diri). Gambaran diri, perluasan diri, pertumbuhan diri, menimbulkan kemanusiaan serta latihan semua daya manusia, baik akal, tubuh mahupun jiwa, semua inilah seharusnya menjadi sasaran utama pekerjaan atau profesion kita. Kita hidup di tengah dunia yang mempunyai masalah serius. Anak-anak kita tidak mempunyai pemahaman tentang apa sebenarnya hidup itu. Kebanyakan anak-anak telah dididik mempercayai bahawa hidup adalah mencari kesenangan sebanyak mungkin. Mereka memandang bidang kerja mereka sebagai suatu kewajipan memenuhi keperluan dan kesenangan tubuh yang tidak terhindar dan kurang menyenangkan. Ketika ini anak-anak kita jarang diajarkan bahawa karier seseorang merupakan pekerjaan untuk Beribadah pada Allah dan seterusnya menciptakan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. __________________________________. AYAT Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (QS. 67:13) RENUNGAN Jika anda ditimpa satu musibah hari ini…apa-apa lah jangan mudah bersedih hati atau merana, kerana itulah satu cara Allah mengapus dosa kita. Hari ini kalau dihutung dosa banyak sangat dah,..hadapi lah musibah itu dengan sabar,…bagaimana cara lagi kita ingin mendekatkan diri dengan Allah kalau tidak cara begitu (nak harapkan solat tahajud …lambat lagi lah…) LINK Sesiapa yang berminat mendapatkan kamus Indonesia-English (Free) Sila ke sini : http://www.freedict.com/dictionary/index.html KATA ORANG TUA Tajamkan penglihatan dengan kerap memandang benda hijau (PASti lah) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>