*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Isu pencen yang hangat diperkatakan ini mungkin juga berkaitan dengan
langkah KWSP yang baru-baru ini mengujudkan skim pendapatan tetap bulanan.
Saya difahamkan skim ini juga berkaitan dengan insuran.
Insuran memang tidak banyak difahami oleh kebanyakan orang Melayu termasuk
saya. Walaupun saya kurang faham selok belok insuran, saya telah mengambil
polisi untuk diri dan beberapa orang anak saya sejak satu ketika dulu.
Perlu saya nyatakan disini, selain dari masalah hukum (insuran konvesional)
insuran juga gagal menjelaskan masalah keuntungan. Bagi saya matlamat utama
insuran adalah ketika dalam musibah - kematian, kemalangan, sakit dll dan
BUKAN untuk meraih keuntungan yang banyak. Andainya tiada musibah dan
polisi matang (endowmen) dapatlah kita jumlah polisi plus keuntungan. Tapi
keuntungan ini AMAT kecil dan mungkin tiada kenaikan nilai sebenar jika
diambil kira faktor inflasi. Jauh lebih untung kalau sejumlah duit itu kita
labur ditempat lain, saham amanah terutamanya. Walau bagaimanapun adanya
skim baru (invesment-linked insurance yang baru-baru ini ada dinyatakan oleh
saudara kita di ruangan ini mungkin lebih menarik untuk diperkatakan).
Kalau saudara bercadang hendak ambil insuran biasa (konvesional/takaful)
untuk tujuan pelaburan, IKHLAS saya katakan carilah alternatif lain tapi
jika matlamat utama untuk perlindungan, ya OK. Maaf para ejen insuran, ini
pemahaman dan pengalaman saya. Tolong betulkan jika salah.
Jika untuk pelaburan cadangan saya senang, buat simpanan wajib melalui
potongan gaji. Tempat mana nak labur?, ini yang perlu dibincangkan. Buat
ketika ini Tabung Haji memberi pulangan yang menarik (8.5% bersih). Adakah
LUTH berupaya memberikan pulangan seperti ini berterusan?. Tak taulah
terutama bila telalu banyak perkara diperkatakan mengenainya. Saham ASNITA
juga memberi pulangan yang amat baik. Dari segi saham amanah saya rasakan
skim ini yang terbaik. ASB juga baik sebab kerajaan pasti menjaga skim ini.
Saya yakin dividen dan bonus saham-saham amanah PNB yang lain pasti tidak
melebihi ASB. Ada dua masalah besar ASB ini, satu keIslamikannya sentiasa
dipersoal. Dua nilai nav saham ini tidak diketahui kerana tidak disyaratkan
dinyata dalam lapuran tahunan. Tapi selagi kerajaan menjamin harga ASB
tetap RM 1.00, masalah ini tidak timbul. Jika tidak nasib ASN akan
berulang. Saham amanah Islamik yang lain tengah merudum. Saham amanah Bank
Islam, nilainya kini sekitar 40% nilai asal. Dua tahun lepas saham ini
tidak memberikan dividen kepada pencarumnya. Tapi kepada yang ada duit
lebih, elok dilabur pada saham ini kerana harganya yang rendah. Satu lagi
saham Islamik ialah tajaan ABRAR. Harganya juga rendah tapi saham ini
pernah digantung urus niaganya 1-2 tahun lepas. Saham amanah negeri-negeri
lain juga berharga rendah, tapi pulangannya tak sebaik ASB/ASNITA/LUTH.
Ini pendapat ikhlas saya. Maaf kalau ada yang tidak setuju.
Sekian.
----Original Message Follows----
From: "Rezuan Edi Rohzali" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* bersedia untuk pencen-insurance masa depan
Date: Sat, 24 Jun 2000 13:23:43 MYT
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum..
saya mewakili Takaful Nasional Sdn Bhd amat mengalu-alukan penyertaan dan
bersedia membincang berkenaan skim skim simpanan yang ditawarkan dan
penyertaan sebagai wakil Takaful sepenuh/separuh masa juga dialu-alukan.
Saya Edi Rohzali Rezuan boleh di hubungi melalui 017-3844152(r) atau 017
3844152.
>From: chow sin <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Jebat Derhaka <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* bersedia untuk pencen-insurance masa depan
>Date: Fri, 23 Jun 2000 17:59:39 -0700 (PDT)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>