*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--------
http://www.drdanial.faithweb.com/

Alkohol dan Gelatin 

Dari CURIOUS. 

Dr. Danial yang hormati. Saya merupakan seorang
pelajar Sains Farmasi tahun 3. Persoalan saya ialah
apakah hukumnya penggunaan alkohol di dalam
ubat-ubatan pada hari ini dan penggunaan gelatin dari
sumber yang haram, terutamanya dalam kapsul-kapsul ? 
  

*******************************************************

Jawapan 

  "Matinya seorang yang berilmu yang mengetahui halal
dan haram adalah lebih tragis berbanding kematian
seribu ahli ibadah (yang jahil) yang malamnya dipenuhi
 solat dan siangnya dengan puasa." 
(Omar Al -Khattab)
 


CURIOUS yang dihormati. 

Penglibatan di bidang Farmasi adalah dituntut oleh
agama. Tahniah kepada CURIOUS kerana berada di bidang
fardu kifayah ini. Satu di antara ilmu yang perlu
dikuasai ialah tentang kaedah-kaedah yang berkaitan
dengan halal dan haram. 

Memang benar di bidang perubatan moden, alkohol
digunakan dalam sesetengah ubat. Sebagai contohnya,
ubat batuk yang popular, Benadryl Expectorant,
mempunyai 1.0% alkohol. 

Secara dasarnya, Islam mengharamkan arak. Arak di
dalam Al-Quran disebutkan sebagai ‘khamr’. ‘Khamr’
adalah apa-apa saja yang memabukkan. 

"Setiap yang memabukkan adalah arak. Setiap 
yang memabukkan adalah haram." 
(Hadis - Muslim)
Arak tidak boleh dijadikan sebagai ubat dan penawar. 
"Sesungguhnya (arak) bukanlah ubat, akan 
tetapi ia adalah penyakit." 
(Tarmuzi – Hasan Sahih)
Inilah hukum tentang penggunaan arak 100% tanpa
campuran dengan bahan-bahan lain. 
Ulama berbeza pendapat tentang hukum penggunaan bahan
yang boleh memabukkan setelah dicampurkan dengan
bahan-bahan lain, sebagai contohnya, alkohol yang
dicampurkan dengan bahan-bahan lain di dalam ubat.
Alkohol itu dimasukkan dengan kadar yang sedikit dan
digunakan bukan sebagai bahan aktif. Yang aktif ialah
bahan-bahan ubatan yang lain. 

Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan telah merumuskan pendapat
ulama Islam dengan berkata: 

"Adapun sesetengah ubat yang terpaksa dicampurkan
dengan alkohol kerana keperluan, adalah diharuskan,
sekiranya diketahui bahawa sesuatu itu 
hanya boleh baik dengan menggunakannya." 
(Tarbiyatul Awlad)
Dr. Abdul Karim Zaidan telah menyebutkan: 

"Terdapat ubat-ubatan yang dicampuri dengan bahan
alkohol dan bahan-bahan yang memabukkan. Adakah harus
kita mengambilnya ataupun tidak? Jawapannya: Pada
ketika ditimpa kesakitan yang di tahap darurat,
diharuskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Adapun jika tidak sampai ke tahap darurat, tetapi
wujud keperluan untuk menggunakan ubat itu, adakah
ianya diharuskan juga? Yang zahir bagi saya ialah
ianya diharuskan. Ini dikiaskan daripada apa yang
telah 

difatwakan, sebagai contohnya oleh Al-Kasani di dalam
‘Al-Badai’ " 
(Majmu’ah Buhuth Fiqhiyah)

Rumusannya, diharuskan mengambil ubatan (sebagai
contohnya ubat batuk) yang dicampuri sedikit alkohol,
dengan dos yang telah ditetapkan untuk
penyakit-penyakit tertentu. 
Walau bagaimanapun, saintis Islam perlu terus berusaha
untuk mencari alternatif yang lebih baik dan lebih
selamat. 

Berhubung dengan gelatin, ia adalah sejenis protin
dari haiwan. Ia banyak digunakan di dalam perubatan
moden (allopathy), contohnya dalam kapsul ubat-ubatan,
dalam sebahagian vaksin dan lain-lain lagi. Gelatin
dibahagikan kepada dua: gelatin jenis A yang
dikeluarkan terutamanya dari khinzir (porcine) dan
gelatin jenis B yang dikeluarkan terutamanya dari
lembu (bovine). Lebih kurang 85% produk perubatan yang
menggunakan gelatin, mengambilnya dari haiwan jenis
lembu (Sumber Maklumat: FibroGen.) Bakinya adalah dari
sumber haiwan yang lain, terutamanya, khinzir
(porcine). Gelatin dari sumber bukan haiwan tidak
begitu stabil untuk digunakan. 

Isu bagi umat Islam tentang gelatin ialah: 

Kesemua sumber gelatin hari ini adalah dari sumber
haiwan. 
Ada gelatin yang diambil dari sumber khinzir. Daging
khinzir secara dasarnya adalah haram dimakan. 
Yang dari sumber binatang yang halal dimakan, tidak
dipastikan samaada sembelihannya dilakukan dengan cara
yang mengikut syariat. Bangkai, (termasuk binatang
halal yang disembelih dengan cara yang tidak mengikut
syariat), adalah haram dimakan. 
Jika dapat dipastikan bahawa bahan–bahan gelatin itu
diambil dengan cara yang diizinkan syariat, atau dari
keluaran negara-negara orang Islam dengan pengesahan
yang rasmi, atau oleh syarikat-syarikat yang dikuasai
oleh orang-orang Islam yang dipercayai, atau dari
haiwan halal sembelihan ahli kitab, maka
penggunaannya, secara dasarnya, adalah halal. 
Landasan yang menaungi pandangan ini ialah ayat Quran:


"Sesungguhnya diharamkan kepadamu bangkai, darah yang
mengalir, daging babi dan apa yang disembelih untuk
yang lain daripada Allah. Barangsiapa yang terpaksa
(kerana keadaan darurat) tanpa sengaja, maka tidak ada
dosa keatasnya." 
(Al-Baqarah: 173)
Jika timbul keraguan tentang kehalalan sesuatu
barangan, termasuk ubatan yang menggunakan gelatin,
yang terbaik ialah menghindarinya serta menjauhi
syubhat. 
Seperkara yang perlu disebutkan ialah tentang
keperluan kita melahirkan ramai lagi pakar-pakar sains
Islam yang bertakwa, agar mereka dapat membuat kajian
tentang aspek-aspek yang seperti ini, di samping mampu
mengujudkan alternatif-alternatif yang selaras dengan
kacamata syariat. 

Satu usaha yang baik yang telah dilakukan pada hari
ini ialah mengeluarkan kapsul dari bahan BUKAN
gelatin. Kapsul ini adalah dari bahan herba
(vegetable), yang dipanggil ‘vegacap.’ Ia tidak
mempunyai gelatin, kanji, dan bahan pengawet (Sumber
Maklumat: Herbal Nutrition Centre.) Usaha-usaha yang
seperti ini perlu dicontohi. 

Muga-muga CURIOUS termasuk dalam golongan saintis yang
seperti ini. Wassalam. 



-------------------------------------------------------Copyright
@ Dr. Danial (June 2000) 

-------------------------------------------------------


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mona mz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke