Assalamualaikum,

Semalam cucu telah membahaskan secara ringkas apa yang boleh kita fahami tentang PAS jika dibandingkan dengan UMNO, MCA dan MIC. Hari ini, cucu akan cuba pula membahaskan topik yang serupa tetapi berlainan pelakunnya.

Kita lihat dahulu Parti Keadilan Nasional iaitu parti yang tiba-tiba sahaja menjadi under-dog dalam pilihanraya 1999 yang lalu. Tahun ini, genaplah setahun usia parti tersebut. Kalau dilihat dari namanya sahaja berbanding dengan parti-parti yang lebih dominan seperti PAS, UMNO dan sekutunya, tiada apa yang menarik. Bagaimanapun, nama dan perkataan keADILan itu cukup relevan dan sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Malaysia kebelakangan ini. Kemana sahaja cucu pergi, ramai yang memperkatakan tentang isu keADILan. Samada di tempat kerja, rumahtangga, masjid, warung kopi, malah di pasar-pasar pun isu keADILan ini hebat diperkatakan. Kesimpulannya, jelas keADILan ini merupakan salah satu fitrah semulajadi yang dianugerahkan Allah kepada manusia sejagat. Bukan sahaja di tanah air kita malah diseluruh dunia, isu keADILan hebat diperjuangkan.

Cucu lebih suka melihat keADILan dari sudut pandangan Islam. Apa yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Nasional adalah apa yang dituntut oleh agama Islam. Tanpa mengira suku kaum dan anutan agama, Islam menggariskan keADILan sebagai syarat penting dalam semua sektor samada ekonomi, politik dan sosial. Tertegaknya keADILan, akan menjamin kesejahteraan buat semua bangsa dan negara. Jelas di sini, keADILan bukannya dipunyai oleh bangsa-bangsa tertentu sahaja. KeADILan itu ada dalam semua ajaran agama didunia ini. Akan tetapi, hanya Islam yang menggariskan konsep keADILan yang saksama buat manusia sejagat.

Oleh sebab itu, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan tanpa mengira kaum. Kepelbagaian kaum yang ada itu sudah cukup untuk membuktikan yang keADILan itu bukannya dipunyai oleh orang Melayu.Cina.India@BN. Ini boleh dibuktikan sewaktu kes pemecatan DSAI yang lalu. Cucu cukup terharu melihat bagaiman seorang insan berbangsa Cina sanggup duduk dan dilanggar di atas jalan untuk menyekat perjalanan lori pemancut asid dari menyembur orang ramai yang tidak berdosa semata-mata menuntut keADILan terhadap seorang insan berbangsa Melayu yang difitnah. Begitu juga dengan kes rogolan seorang manusia di Melaka. Lihat bagaimana isu keADILan turut diperjuangkan oleh seorang insan berbangsa Cina terhadap seorang insan berbangsa Melayu yang akhirnya beliau sendiri dianiayai dan dipenjarakan. Sesungguhnya, keADILan itu menuntut perjuangan yang syumul, keberanian dan keperkasaan. Itulah dia keADILan...

Tidak ketinggalan juga dengan DAP. Parti yang dahulu diwar-warkan oleh juak-juak UMNO dan sekutunya sebagai sebuah parti yang racist. Pepatah Melayu ada berkata " Tak kenal maka tak cinta". Begitulah halnya dengan DAP. Sama seperti keADILan, DAP juga mengamalkan dasar kepelbagaian kaum. KeADILan turut menjadi salah satu dari agenda perjuangan utama DAP. Sejak dari penubuhannya, DAP merupakan parti pembangkang yang cukup digeruni oleh UMNO dan juak-juaknya. Hatta dalam pilihanraya yang lalu, jika tidak oleh perancangan licik BN, para pemimpin utama DAP bakal menggegarkan Dewan Parlimen dengan isu-isu hangat.

Sejak dahulu lagi, orang Melayu cukup jijik dengan perjuangan DAP. Hatta mereka di kalangan PAS juga turut mempunyai pandangan yang serupa. Kelicikan BN mendondang sayangkan yang DAP merupakan parti perkauman kepada orang Melayu menjadikan DAP cukup terpencil dalam sanubari orang-orang Melayu malah tiada tempat langsung. Akan tetapi, dalam pilihanraya 1999 yang lalu kenapa tiba-tiba orang-orang Melayu berubah sikap dan mendokong perjuangan DAP? Jawapannya ialah keADILan. Orang Melayu baru tahu bahawa DAP juga turut memperjuangkan keADILan. Malah, DAP telah lama berjuang menuntut keADILan buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Jelaslah, DAP bukanlah sebuah parti yang racist.

Begitu jugalah dengan PRM. Sebuah parti yang didokongi oleh pelbagai kaum. Berjuangan sejak dari penubuhannya menuntut keADILan bagi golongan-golongan miskin dan tertindas. Sebuah parti yang cukup masak dengan isu-isu yang membabitkan keADILan. 

Perjuangan PRM cukup meyakinkan. Pemimpinnya cukup teruji dengan isu-isu keADILan ini. Soal keluar masuk penjara, menjadi tahanan ISA, disaman dan lain-lain lagi sudah sebati dengan diri pemimpin-pemimpin PRM. Selagi soal keADILan sejagat tidak dicernakan dengan betul, selagi itulah perjuangan untuk menegakkan keADILan itu akan tetap diteruskan. Itulah dia PRM.

Oleh itu, sekali lagi cucu menyeru suku kaum cucu yang duduk dalam UMNO agar merenung akan matlamat dan wadah perjuangan sebenar UMNO itu. Adakah UMNO itu berjuang untuk Islam atau berjuang untuk Melayu Islam ataupun berjuang untuk Melayu ampu Mahathir. 

Wassalam,
Cucu Reformasi
http://members.tripod.com/keadilanbt16

Kirim email ke