*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni pabiyen nak tanya sikit tentang hukum berzanji dan marhaban.
Maklumlah pabiyen ni orang kelantan, pahang. masa kecik-kecik tak ada
pulak dengar perkumpulan wanita yang giat dok berzanji dan marhaban.
kita ada dengarlah orang johor aktif dengan dua perkara ni. tapi kita
sendiri tak ambik pusing, hinggalah anak-anak buah pabiyen kat cawangan
ni cadangkan Muslimat PAS tubuhkan kumpulan Berzanji dan Marhaban.
Pabiyenpun pening, apa hukumnya? Dapat pahala ke? Yang muslimat nak
berlagu-lagu dengan suara nyaring dan lenggok suara yang merdu tu boleh
ke? kalau OK, kat majlis apa biasanya dilagukan marhaban dan berzanji
ni. pernah baca hadis yang Saidatina Aishah menyanyi semasa dalam satu
majlis perkahwinan dan Rasulullah diam je. Kalau tak silap berzanji ni
ada kitabnya. kat mana nak beli kitab tu? ada jual kat lembah kelang
ni tak?
pabiyen ni bukan apa, nak kena jaga hati anak-anak buah kat cawangan
tu, maklumlah semuanya orang baru dalam perjuangan PAS. Masa usrahpun
cukuple hati-hati kalau nak menegurpun. bak kata orang tarik rambut
dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. ni kalau
hukumnya haram, nak kena ada dalil yang kukuh sikit macamana benda tu
boleh jadi haram. kalau harus, InsyaAllah pabiyen akan teruskan demi
menjaga anak-anak buah dalam cawangan yang nampak semakin seronok ikut
jemaah.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>