*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum.....

dari maklumat terdekat penguatkuasa jais selangor tindakan pak lah membela 
orang yang ditangkap 25 orang tu adalah suatu tindakan membela suku sakat 
kenamaan dan memulihkan kembali hubungan dengan pihak istana,
penangkapan 25 orang minum kat the ship tu salah satu orang itu adalah
seorang kenamaan kawan baik teman golf kepada tengku idris pemangku raja 
selangor.Dengan menggunakan kedudukan tersebut arahan pihak istana untuk
Kiv kan ataupun mungkin buang kes....pihak penguatkuasa telah dipanggil 
memberi penjelasan,walau bagaimana pun kebenaran berpihak kepada jais..jadi 
demi memulihkan kemmbali hubungan dengan pihak istana pak lah sanggup 
memmberi kenyataan yang mengelirukan itu....untuk pengetahuan pak lah the 
ship yang kat damansara tu bukan nya gerai tomyam yang tumbuh banyak tepi 
jalan tuuuuu......tu tempat mabuk pak lahhhh  oooooiii
pak lah tak ingat ke.....DSAI dulu pun macam tu jugak lah bela ratu 
cantik...last sekali terpelanting juga....awas pak lah...musuh dalam selimut 
banyak sangat hati2 buat kenyataan lepas kat dunia kantoooiii juga 
nanti......cukuplah pak lah oooiii......kesian........


thanks



>Sila rujuk Berita Minggu semalam,, dah mula dah tunjuk jaguh membela 
>kemungkaran,,.........................
>
>Oleh WAN HAZMIR BAKAR dan AZRINA AHZAN
>KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 
>menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap orang 
>Islam yang berada di premis yang ada menjual minuman keras, sebagai tidak 
>tepat.
>�Kehadiran mereka di tempat seperti itu tidak seharusnya dijadikan alasan 
>untuk menahan mereka,� kata beliau.
>Di Kuala Lumpur, katanya ada banyak tempat seperti restoran dan sebagainya 
>yang menyajikan hidangan yang tidak boleh dimakan orang Islam. Jadi, 
>tindakan menahan orang Islam yang kebetulan berada di tempat itu adalah 
>tidak tepat.
>�Saya tidak tahu mengapa tindakan itu diambil. Jais lebih tahu kenapa 
>tangkapan itu dibuat dan adakah wajar dilakukan.
>�Kalau begitu susahlah kerana kita terpaksa menyediakan restoran untuk 
>orang Islam saja, barulah kita berasa selamat,� katanya selepas merasmikan 
>persidangan antarabangsa anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan 
>CIPTA di sini, semalam.
>Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais menahan 25 orang 
>Islam dalam satu operasi yang dijalankan di Restoran The Ship, Damansara 
>Utama, 11 Jun lalu.
>Mereka kemudian dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas 
>kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di 
>dalam premis yang menjual minuman keras.
>Keesokannya, mereka dibebaskan tetapi diminta hadir di pejabat agama daerah 
>Petaling di Jalan Othman dan dikehendaki mengikuti kelas kaunseling anjuran 
>Jais selama tiga hari.
>Bagaimanapun, 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah pada 
>13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di 
>dalam premis yang menyediakan minuman keras.
>Ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan oleh Jais terhadap kumpulan 
>terbabit yang dikatakan menghina agama Islam, beliau berkata: �Kita tidak 
>tahu apakah jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi jika 
>kehadiran seseorang itu di tempat yang menghidangkan makanan dan minuman 
>yang diharamkan, ia tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap.�
>Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Abdul Hamid 
>Othman, berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian 
>berkenaan.
>Abdul Hamid berkata, tindakan Jais itu dibuat mengikut undang-undang dan 
>enakmen yang tertakluk dibawah pentadbiran hukum syarak negeri Selangor.
>�Walaupun ada usaha untuk menyeragamkan undang-undang di setiap negeri, 
>bidang kuasa negeri masih kekal seperti biasa. Setiap negeri mempunyai 
>bidang kuasanya sendiri, jadi kita perlu
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "rumzi matsaad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke