Title: Kalau kita mati, kita perlukan kawan kebumikan kita.......DULY NOTED

Assalamu'alalikum para netters budiman

Saya terbaca "Malaysian Business"........ keluaran June 16th 2000 punya.... saya memang suka ruangan "Duly Noted", kalau saya baca Malaysian Business, mesti cari ruangan ini.

Apa yg "menggelikan" hati saya ialah, "quotes" dari "ayahanda" (ehh... pleeeaassse lah!) CJ Tun Eusoff Chin (TEC) yg berkata:  "When we die, we need our friends to bury us!"........   (in response to the comment by Datuk Dr RAis Yatim on photographs of Eusoff and Lawyer VKL on holiday in NZ in 1994 that such behaviour was "improper").

Sounds good, eh?    Bukan apa saya geli hati.....tak dapat saya bayangkan kalau VKL yg tolong bacakan Talqin untuk TEC nanti....!  Astaghfirullah!   Kalau nak buat statement tu biarlah menampakkan "brilliant" & "logik" sikit!   Hhhhhmm........  tak dapeklah den nak nolongnya hah!  (Saya ni sebagai orang tak berapa pandai, rasa macam tak kena pulak bila TEC mentioned macam tu..... sebab saya pun ada "somebody" di Mahkamah Tinggi tu, tapi taklah cakap macam tu kalau ya pun nak berdamping dengan masyarakat.)  Saya faham yg TEC tu "berkias", tapi..........

On the other hand; Dr Rais Yatim pulak cakap macam ni (in the same column):  "I had not targeted him but the system.  May be he had gotten it wrong."   (Rais, saying TEC had over-reacted to his comments).

Pulak dahhh......  pening kepala makcik!

Saya tak tahulah orang lain; tapi dari pengalaman dan pengamatan saya, seseorang Hakim ni memang tak boleh berdamping rapat dengan masyarakat sangat.   Apatah lagi nak kelihatan tetamu-tetamu datang rumah, it's very difficult - especially friends yg bukan ordinary friends...   Boleh bergaul dengan masyarakat, tapi tak boleh terlau "exposed".  Dan lagi satu, Hakim atau Majistrate memang kena pindah-randah atau transfer.  Tak boleh senang duduk setempat.   Tapi, itu bukanlah bermakna mereka langsung tak boleh "make friends" around, boleh.... cuma tak boleh "lebih-lebih" sangat.   Dan, tak semestinya jika seseorang Majistrate atau Hakim jika tak bercampur dengan masyarakat mereka pulak akan tersisih; rasanya taklah sampai begitu! 

Actually in the case of my "somebody", he is very open; cuma he limits his conversation, pergaulan macam biasa, cuma dia tak berapa nak galakkan kawan-kawan datang ke rumah sebab tak mahu masyarakat menganggap serong padanya.  So, dalam erti kata yg lain, kami ni langsung tak leh nak bawa "buah-buah tangan" bila pergi ke rumahnya.... NO WAY!  Sampai macam tu sekali nak jaga imej yg benar-benar BERSIH.   Kami semua faham akan keadaan ini; knowing that he must potray good image of the judiciary.    Apakah dengan keadaan begini, maka bila mati nanti tak ada orang nak kebumikan kita?  Yang sebenarnya, kalau tak ada kawan nak tolong kebumikan kita nanti, sedara-mara ada, kalau dah "desperate" sangat pun, bilal-bilal & tok-tok imam masjid pun boleh tolong kebumikan kita.  Susah-susah sangat, panggil aje ustaz Kamal.....  pokok pangkalnya, jika kita hidup di dunia ni betaqwa kepada Allah dan beriman pada Rasulnya, ....... InsyaAllah, akan Allah balas sebaik-baiknya; yakni... jika kita MATI kat tengah jalan pun, PASTI ada yg akan tolong kebumikan.  Tak semestinya kawan-kawan kita, betul tak??

Tapi, kalau kita hidup di dunia penuh dengan noda & dosa....... hhhmmmm entahlah, hanya Tuhan saja yg tahu.  Dah banyak kisah-kisah ngeri yg kita dengar......Namun, Allah itu maha penyayang... walaupun kita mati dah dua tiga hari berulat kat rumah pun; pasti akan ada yg terhidu bau mayat yg dah busuk............  dan akhirnya jasad yg busuk & berulat tu akan  disemadikan juga.  Mungkin pihak hospital, manalah tahu!

SO, FRIENDS OUT THERE, GET MY MESSAGE?   Kalau ada masa, selak-selak lah "Malaysian Business", you'll find these quotes there.

Ada banyak lagi "quotes" duly noted ni......  termasuklah statement dari "Transport Minister" kita yg tak jadik resign.... kita ni dapat free, baca ajelah..

Wassalam


Disclaimer Notes:
==============
IT IS HEREBY DECLARED THAT THIS IS SOLELY FOR THE DISCUSSION OF THIS MAILING LIST; THERE IS NO INTENTION OF CONTEMPT OF COURT.  ALL THE QUOTES WERE PUBLISHED IN "MALAYSIAN BUSINESS", 16 - 30 JUNE 2000 EDITION, Page 5.

Kirim email ke