*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,
SIRI 20b
PSIKOLOGI ISLAM MUTAKHIR
Huraian di atas tentang perkembangan psikologi di Barat semenjak abad
kelapan belas hingga sekarang membahagikan perkembangan psikologi kepada
dua pendekatan utama, iaitu pendekatan ujikaji dan pendekatan klinikal.
(seperti yang kita belajar dalam siri sebelum ini..banyak pendekatan..tapi
ini yamg utama iaitu ujikaji(experimen�buat kajian dalam makmal) dan
klinikal..membantu individu yang bermasalah)
Ada empat gerakan falsafah yang kemudiannya menyebabkan lahirnya empat
mazhab dalam psikologi, terutama yang bersangkut-paut dengan personaliti
manusia. Mazhab-mazhab itu adalah: psikoanalisis, behaviorisme,
aksistensialisme, dan kemanusiaan.
Gerakan psikologi Islam di Barat, terutama di Amerika Syarikat merupakan
satu bahagian daripada suatu gerakan menyeluruh yang berusaha menentang dan
mencari alternatif (lebih kurang�sama dengan Barisan Altenatif (BA) lah ya)
lain kepada konsepsi tentang manusia, atau lebih tegas lagi andaian-andaian
tentang sifat semulajadi manusia.
( setakat hari ini psikologi Islam lebih berbentuk kritikan terhadap
kepincangan Teori-teori Barat�teori baru yang dapat dibanggakan tak ada�dan
kekuatan ini masih tidak dapat menandingi kekuatan Psikologi Barat..mana
ada psikologi Islam di ajar di Universiti hatta..di Negara Islam
sendiri�.kalau adapun bersifat local saja,�..tak apa lah kalau tak dapat
buat semua ..sikit-skit pun boleh sebagai pemulaan�cuma tak kan lah
permualaan samapi sekarang ????..no komen)
Pada tahun 1978 barulah Universiti Riyadh, Arab Saudi menganjurkan seminar
antarabangsa mengenai berbagai-bagai aspek psikologi dan kaitannya dengan
Islam. Dalam seminar itu berbagai-bagai model teoretis dan praktis telah
dikemukakan.
Selepas itu muncullah berbagai-bagai buku dan karangan yang berusaha
mengungkap kembali sumbangan ahli-ahli fakir Islam dalam bidang psikologi,
dan yang mengeritik andaian-andaian yang menjadi dasar teori psikologi yang
kita pelajari dari Barat, terutama teori psikoanalisis, behaviorisme dan
psikologi manusia. Karangan Malik Badri (I 975, 1979), al-Syarqawi (I 976)
dan di Asia Tenggara Hasan Langgulung (I979, ) (lepas saya masukkan nama
anda pula..nak..nak...)tersebar luas di seluruh dunia dalam berbagai-bagai
bahasa. Segala usaha ini adalah langkah untuk memperkenalkan pendekatan
baru dalam psikologi. Empat persidangan dunia, iaitu World Conferences on
Muslim Education telah diadakan; pertama diadakan di Mekah pada tahun I977;
(manalah saya tahu sebab pada masa ini saya masih keci lagi...)kedua di
Islamabad pada tahun 1980; ketiga di Dacca pada tahun 1981, dan keempat di
Jakarta pada tahun 1982. Dalam keempat-empat persidangan psikologi dari
segi pandangan Islam selalu mendapat tempat yang istimewa dan sambutan yang
diberikan oleh para peserta dari seluruh dunia adalah menggalakkan.
(kalau nak jadi tukang kritik tak jadi masalah..saya biasa buat kerja
begini�..tapi bukan sekarang kita akan kritik bila kita bincang hal
tersebut..nanti tak nampak pula�memanglah banyak silap..yang tak seronok
bila kita kritik�. tapi tak kemukakan jalan keluar�saya nih bukan pandai
sangat..)
SIKAP KITA( anda dan saya)
Setelah meninjau berbagai-bagai teori psikologi yang kita terima darl
Barat, tibalah masanya kita menanyakan diri sendiri tentang apa yang patut
kita buat mengenal teori-teori itu. Sebelum menjawab soatan itu perlu kita
riwayatkan semula suatu cerita yang disebutkan oleh Badri (1979) tentang
Prof Muhd. Qutb, seorang pemikir Islam terkenal di Mesir. Suatu hari
setelah selesai prof. Muhd. Qutb menyampalkan syarahannya, beliau didesak
oleh seorang pendidik Saudi yang menyatakan bahawa orang Islam tidak
memerlukan psikologi moden sebab ilmu ini dengan segala cabangnya merupakan
kumpulan teori dan amalan tamadun asing yang kafir dari Barat. Dia
mendesak supaya mata pelajaran ini dibuang daripada sukatan pelajaran di
semua maktab perguruan di Arab Saudi sehingga tiba ke suatu masa para
sarjana Islam menulis buku-buku teks baru berdasarkan ideologi Islam.
Patutkah kita mengambil sikap seperti itu? Saya(Dr Langgulung) (saya
pun..cikgunik) menyokong pendapat Badri (I979) yang mengatakan bahawa kalau
kita mengambil sikap seperti itu bererti kita membuang banyak perkara yang
berfaedah bersama-sama perkara yang tidak berguna seperti membuang berlian
bersama-sama sampah sarap atau marahkan nyamuk kelambu dibakar.Perlu
diingatkan juga bahawa psikologi moden tidaklah semuanya Barat. Ia
merupakan pengalaman berpuluh abad lamanya. Psikologi moden telah
menyelidiki segala pengalaman itu dengan halus dari segi pemerhatian,
percubaan dan pengukuran.
( saya masih menyimpa buku Malik Badri tersebut...tengoklah kalau ada
peluang (jika Allah izinkan) saya akan tulis semula untuk tatapan
bersama....lepas kita habis belajar psikologi ..kot)
(lepas ni..kita sambung balik lah Pengantar Psikologi siri 28)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>