*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


"Dengan cara setengah-setengah, orang tidak akan sampai ke mana pun." (ia
hanya sekadar dapat membuat kita jadi
manusia�setengah-setengah..silap-silap jadi suku-suku)

Tindakan adalah bahagian amat penting agar berjaya dalam kehidupan, seperti
pentingnya tepung dalam pembuatan makanan.  Tanpa tindakan, tidak akan ada
kejayaan.  Apabila kita menentukan sasaran, rumuskan rancangan yang masuk
akal untuk mencapainya dan juga tentukan dengan ketetapan hati yang teguh
tujuan yang perlu kita lakukan suatu saat.  Kita harus berusaha selama
perjalanannya dan mengikuti rancangan tersebut.  Kita harus mengambil
langkah-langkah terbaik.  Tujuan mesti diikuti oleh tindakan.
(bertindaklah dari sekarang..apa tindakan anda�)

Tidak seorang pun boleh hanya dengan berfikir sahaja lalu membuat dirinya
kaya.  Semua pemikiran hendaklah diikuti dengan tindakan, supaya hal itu
menjadi efektif dan berguna.  Sangat ramai pemikir tetapi sedikit sahaja
yang bertindak.
Rancangan arkitek di atas kertas tidak akan menjadi bangunan yang paling
indah di dunia, kalau tidak ada tukang kayu dan tukang batu untuk
mewujudkan gambaran itu.  Karya Rembrandt yang paling artistik terkunci
dalam otaknya, kalau ia tidak melakarkan ciptaannya dan bertindak untuk
mewujudkan imaginasinya ke kanvas.
Tindakan adalah hukum bagi semua pertumbuhan. 

 Alam membenci kemalasan. (bukan setakan alam benci malas..semua orang tak
suka malas�) Kita tidak akan dapat mengambil lebih banyak dari yang kita
berikan kepada hidup ini.  Anda boleh memiliki kenderaan paling baik di
dunia ini, tetapi ia tidak akan membawa anda ke mana pun kalau anda tidak
terlebih dulu memberikan bahan bakar padanya.  Tujuan kita yang paling
mulia pun tidak akan mempunyai erti apa-apa kalau kita tidak memberikan
bahan bakar berupa tindakan yang diperlukan untuk mencapainya.





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke