*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Nampaknya isu insurance dan skim pencen melalui pembelian insurance yang
akan
diperkenalkan oleh EPF menjadi isu yang sangat hangat di masa kini.
Orang Melayu
yang selama ini terpinggir dlm hal insurance perlu bangun dan bersiap
sedia
daripada sekarang untuk zaman yang akan lebih mencabar. Golongan muda
adalah
dinasihatkan untuk mempersiapkan diri daripada sekarang. Kaum-kaum lain
telah
lama menyedari kebaikan adanya insurance dan sebab itulah mereka mampu
untuk
membiayai pelajaran anak mereka sehingga ke luar negeri tanpa meminta
bantuan
kerajaan. Ini semua possible jika kita merancang masa depan kita. Wadah
untuk
merancang itu sebenarnya ada, cuma kita sahaja yang tidak sedar ataupun
sengaja
tidak mahu ambil peduli.
Apa yang ditulis oleh Tiang Jawi berkenaan dengan pulangan atas
insurance itu
adalah betul. Konsep insurance tradisional (endowment, whole-life &
term) adalah
semata-mata untuk PROTECTION. memang benar pulangan atas pelaburan dlm
insurance
tersebut amatlah rendah jika dibandingkan dengan lain-lain jenis
pelaburan. on
average, return yang diberi biasanya 3%-5% per year. jika kadar inflasi
diambil
kira, boleh dikatakan pulangan pelaburan atas produk-produk insurance
tersebut
terlalu sedikit dan purchasing power of the money seperti ditelan zaman.
oleh
sebab itu, adakah RM20,000 pulangan selepas 20 tahun dari sekarang boleh
dikira
sebagai besar? adakah ianya cukup? sedangkan kita tahu, makin hari nilai
duit
semakin jatuh. 1980an sekeping kuih boleh dapat 10 sen satu, tapi
sekarang, 3
keping dah seringgit.
oleh sebab itu, adalah lebih baik kita melaburkan duit kita ke
saham-saham
amanah (unit trust). pulangannya lebih tinggi. ada disiplin untuk
menyimpan.
tapi satu hal pulak, tiada PROTECTION kalau ditimpa musibah. in case
something
happen, mana nak korek duit kalau cost utk cancer treatment dah
RM200,000 -
RM350,000? kalau dah lama melabur, insya-Allah jualan balik unit
pelaburan tu
boleh cover such cost, tapi kalau umur pelaburan baru setahun jagung,
manakan
cukup unless memang kita melabur dlm jumlah yang besar.
nak dapat protection RM200,000 - RM350,000 melalui insurance
tradisional?
persoalannya ialah mampukah kita membayar premium yang tinggi setiap
bulan
(RM300++ seperti umur saya ni)? itu baru seorang, kalau dgn isteri, 2-3
anak?
tentu kos premium tersebut membebankan, hutang kereta lagi, rumah, itu
sebabnya
ramai yang polisinya lapse, sebab tak mampu bayar. katakanlah mampu juga
membayar premium tinggi setiap bulan, but then nothing is happened,
dapatlah
return tapi return tersebut jauh lebih rendah jika seandainya duit
premium
tersebut dilaburkan ke tempat lain. Inilah opportunity cost yang kena
consider
kalau melabur ke insurance tradisional.
Sekarang, it is clear that we need both elements 1) competitive return
on
investment and 2) enough amount on protection.
Sebab itulah diwujudkan produk insurance yg baru dinamakan sebagai
Investment
Linked Insurance. Konsepnya ialah gabungan saham amanah (unit trust) dan
life
insurance protection. Generally, saya boleh katakan dengan premium yang
rendah
setiap bulan (min RM150), protection boleh dapat up to RM250,000 based
on umur.
tambah lagi, premium dilaburkan dlm bentuk unit-unit saham amanah yang
mana
return on the investment is competitive with other unit trust funds.
Banyak lagi ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh produk insurance jenis
ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang investment-linked insurance, sila email saya. Insya-Allah saya
akan cuba menerangkannya dengan panjang lebar lagi. Bagi saya, barang
yang baik buat apa disuruk ataupun disimpan.
Beberapa artikel turut dikesan dalam website The Edge yang menerangkan
tentang Investment-Linked Life Insurance.
http://www.theedge.com.my/
http://www.theedge.com.my/Personalmoney/01052000/cover1.html
Lain-lain artikel boleh didapatkan menerusi search at the website.
Sekian untuk dikongsi bersama dengan para netters semua. Any comment?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Nazam Dzulkarnaini" <[EMAIL PROTECTED]>