Title: MINTA TOLONG - ADA SESIAPA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH? - URGENT!

Assalamu'alaikum kepada para netters budiman,

Gini... saya ni nak minta jasa baik tuan-tuan & puan-puan yg berada di Negeri Kedah khasnya.  Saya sedang mencari seseorang, tapi untuk mengesannya saya terpaksa melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Saya sedang mencari seorang Guru di salah sebuah menengah di daerah Kulim, Kedah ataupun persekitarannya....  Saya dah cuba telefon Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Sekolah Menengah Serdang, tapi Guru tersebut tiada di situ....  Ada satu lagi sekolah yg saya check tadi, tapi masih tak ada guru yg saya cari ni!  So, jalan penyelesaiannya ialah minta pertolongan dari Jabatan Pendidikan Kedah (Bahagian Penempatan) untuk menolong saya "trace" si guru ni.

Saya sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sebab suatu hal yg saya tak boleh jelaskan di sini.   So, sebelum saya teruskan niat saya, saya nak cuba "settle" dengan dia cara baik (luar court), itupun kalau dia setuju.  Sebab kalau saya heret dia ke court, sudah pasti akan lebih menyusahkan dia, dia terpaksa turun ke KL untuk prosiding.   Kalau boleh, tak nak susahkan dia sampai macam tu sekali.

Jadi, saya mintalah sekiranya sesiapa dari netters yg baik hati boleh tolong saya dapatkan No. Telefon Jabatan pendidikan Kedah atau mana-mana individu yg boleh saya contact dari Jabatan ini yg sudi menolong saya "trace" guru ni.

Kalau boleh, saya nak No. Tel. Jabatan tu & person in charge untuk kerja "trace" men"trace" ni....  Itupun dah cukup baik.


Kepada yg sudi menolong tu, minta tolong reply kepada saya personally.  URGENT SANGAT NI!  Segala pertolongan didahului dengan ucapan TERIMA KASIH yg tak terhingga.



Wassalam

Kirim email ke