*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Diforwardkan cerita ini untuk tatapan bersama, moga ada manafaatnya:
 
===================================================================

         
[EMAIL PROTECTED] wrote:

Kita merasa hairan jugak kenapa JAIS kata tangkapan ke atas penyanyi 
kelab arak Azlina Abas dan 53 orang lagi kerana menghina agama Islam 
dibuat di bawah seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang tak 
pernah dikuatkuasakan itu.Semalam barulah kita tahu yang mereka bukan 
sahaja ditahan kerana menghina agama malah turu ditahan kerana minum 
arak dan berkelakuan pondan.
                   
Kawan-kawan office saya yang kaki kelab malam bagitahu (sebelum kes ni 
lagi) kelab-kelab yang kena serbu tu memang tempat mabuk paling dasyat 
sekitar PJ/Damansara ni. Si Azlina tu bukan aje menyanyi tapi dia dan 
budak2 band tu selalu suruh/menggalakkan orang yang datang ke kelab tu 
minum sekali. Dia sendiri masa menyanyi akan pergi ke meja-meja 
dan tonggang botol arak, "bottom up!!!!" katanya. Lain pada tu 
pertunjukan pondan jugak selalu dibuat kat tempat yang kena serbu.
                   
Sebab tu orang ramai komplen. Dah melampau sangat perbuatan si Azlina 
tu. Suasana kat kelab2 tu pun dah memang over.Sebab tu antara sebab 
tangkapan ialah menghina agama. Kalau dah ajak orang lain minum sama 
in public, tak menghina undang-undang ke namanya tu. Persoalannya 
sekarang kalau dakwaan pasal menghina agama dengan berada di premis 
arak tak boleh lekat, takkan kesalahan minum arak dan pondan pun lepas 
sama. Apa yang khilafnya minum arak tu?
                   
Lagi satu, saya rasa memang sengaja Suratkhabar tak bagi tahu sebelum 
ni yang Azlina menyanyi di Kelab Captain Cabin (the Ship)dan bukannya 
kat Restoran The Ship yang muncung kapal terkeluar kat depan tu. 
Memang Kelab Captain Cabin (the Ship) dan restoran The Ship tu bawah 
pengurusan yang sama tapi premisnya berlainan. Restoran The Ship tu 
lebih kurang macam coffee house dan restoran kat hotel-hotel aje, 
bukannya kelab malam. Jadi ramailah orang Islam yang baik-baik pernah 
pergi makan kat Restoran The Ship tu. Jadi bila mereka dengar orang 
kena tangkap kat The Ship mesti diaorang fikir "eeeiii, aku pun pernah makan 
kat situ. Apa yang teruknya tempat tu?". Dan mesti dia orang fikir yang 
Pegawai JAIS dah sewel tangkap orang kat situ. Yang sebenarnya yang JAIS 
tangkap ialah kat Kelab Captai Cabin (the Ship), tempat mabuk yang paling 
abnormal dan out of control sekali in town.
        
zali(LtL)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke