*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Senjata Dicuri Dari Kem Tentera
KUALA LUMPUR 2 Julai - Sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai anggota
tentera melarikan sejumlah besar senjata api dari sebuah kem tentera
berhampiran Gerik awal pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib
Tun Razak.
"Dalam satu kejadian pukul 4.15 pagi seramai 15 orang yang tidak dikenali
yang menyamar dengan berpakaian celoreng tentera Malaysia lengkap dengan
pangkat dan beret telah memasuki kem wataniah 304 di Pengkalan Hulu Perak,"
katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Menteri Pertahanan
Singapura Tony Tan di pangkalan udara Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM)
di Subang dekat sini.
Beliau berkata, kesemua 15 mereka datang dan melarikan diri dengan tiga
Pajero berwarna hijau dengan plet tentera.
Laporan awal daripada Polis Gerik mengatakan, lebih 90 senjata pelbagai
jenis, termasuk raifal M16 dan Steyr serta pelbagai peralatan persenjataan
lain dilarikan dalam kejadian nekad itu.
Najib berkata, lelaki beruniform itu, yang kebanyakannya menyamar dengan
berpangkat kapten hingga Lt-kolonel, telah mendakwa kepada pengawal kem
berkenaan kononnya mereka sedang membuat pemeriksaan mengejut.
Tetapi, katanya, apabila pengawal berkenaan meminta untuk mengesahkan
perkara itu daripada pihak atasan, kumpulan itu telah menggunakan tekanan
kuasa pangkat terhadap pengawal terbabit dan memaksa supaya mereka dibawa ke
setor senjata di mana mereka merampas sejumlah senjata dan peluru.
Satu gerakan besar-besaran sedang dilancarkan oleh polis dan tentera bagi
mengesan kumpulan itu, tambah Najib.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zahidi Zainuddin turut diterbangkan ke
kem itu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Najib berkata, kumpulan itu menggunakan elemen menipu dan menyamar sebagai
pegawai tentera dan dengan tipu helah, mereka telah berjaya memperdaya
pengawal berkenaan.
Beliau berkata, ada di antara lelaki yang menyamar itu juga berpakaian polis
tentera.
Menurut Najib, ketika kejadian, terdapat sembilan orang pengawal yang berada
di kem itu, dan jumlah ini adalah mencukupi mengikut prosedur dan beliau
menganggap kejadian itu sebagai satu perancangan secara profesional dan ia
tidak pernah berlaku di negara ini.
"Ini menyebabkan pengawal terbabit tidak menyangka tentang kemungkinan itu,"
jelas beliau.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada kejadian itu ada hubung
kaitnya dengan pergolakan yang berlaku di negara serantau.
Najib berkata, maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan diberikan setelah
mendapat maklumat yang lengkap.
"Tentera dan polis sedang memburu kumpulan itu termasuk kawasan berhampiran
dengan sempadan," katanya
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Pemburu Syahid" <[EMAIL PROTECTED]>