*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: "Syed Johari" <[EMAIL PROTECTED]> Save Address - Block Sender
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Save Address
Subject: [Dakwah] JIHAD SEORANG WANITA
Date: Mon, 03 Jul 2000 00:10:38 MYT
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
>Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam
fikiran
>kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan
>semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini
>memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta
>kehendak Allah SWT.
>
>Hakikat Jihad
>
>Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan
tenaganya
>untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah.
Dari
>sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan
>terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari
>qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan
>yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan
waktu,
>harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya
juga
>dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan
>mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga
>merupakan sebahagian daripada jihad.
>
>
>
>Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
>
>Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya
sumbangan
>kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu
menyingkap
>kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang
>persoalan jihad bagi kaum wanita.
>
>Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang
>wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang
pintar
>berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah
diutus
>oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke
atas
>kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan
jika
>mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat
rezeki.
>Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula
balasan
>kami untuk semua itu?"
>
>Bersabda Rasulullah SAW:
>
>"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,
>bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai
pahala
>orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit
sekali
>daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."
>
>Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai
Rasulullah,
>perempuan manakah yang baik?"
>
>Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila
sisuami
> memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi
>suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan
apa
>yang dibenci oleh suaminya."
>
>Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam
tanggungjawab
>agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali
tanggungjawab
>yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga
>dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak
>diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi
>bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh
Islam.
>Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.
>
>Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap
wanita
>ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar
>rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.
>
>Bagaimanakah pendirian kita?
>
>Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum
lelaki
>manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan
Allah
>SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu
>memahami firman Allah yang bermaksud:
>
>"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka
(adalah)
>penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
>ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)
>
>"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin,
>apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan
ada
>bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang
>mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat
dengan
>kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)
>
>Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan
>mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya
jihad
>sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
>
>Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat
>mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman.
>Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi
kenyataaan.
>
>Firman Allah:
>
>"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut
hawa
>nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)
>
>"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang
Allah
>belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu
dan
>tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya
dan
>orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
>(At-Taubah : 16)
>
>Sudut-sudut jihad wanita
>
> 1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga
berkumpul.
> 2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran
>anak-anak.
> 3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan
>penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
> 4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan
cara
>hidup yang Allah tetapkan.
> 5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang
>salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.
> 6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat
>manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi,
>sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.
>Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa
>jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam
batas
>kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang
Allah
>anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad
>yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.
wassalam
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Pemburu Syahid" <[EMAIL PROTECTED]>