*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,
PSN 03
( hari Isnin nih…saya akan berceloteh tentang Psikologi Personaliti..siri
yang lepas saya dah lupa dah..sebab lama dah tinggal…mungkin definisi…tapi
kali kita akan belajar tentang Persenoliti dari pandangan Islam…kalau saya
berpeluang saya akan bercerita kuliah khusus tentang Personaliti Muslim…. )

PANDANGAN ISLAM TERHADAP PERSONALITI M ANUSIA

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang terbaik.  Islam menganggap setiap manusia
ketika dilahirkan mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang baik yang
dinamakan fitrah.  Manusia dicipta daripada dua unsur: Jasmani yang
berpunca daripada tanah dan rohani yang berpunca daripada urusan ketuhanan
atau dari alam ketinggian dan kekudusan di sisi Allah.  Cantuman dua unsur
yang berbeza dan berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya maka
terciptalah insan atau manusia dengan kekuasaan dan iradah Allah (Haron Din
1988)…PM tak berapa suka dengan beliau…tapi saya hormat Prof. Haron Din..)

Allah menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian. 
Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan dalam kedua-dua unsumya: jasmani
dan rohani.Bentuk lahir atau jasmaninya memang telah indah dan sempuma.
(jadi walaupun kita rasa kita tak cantik..sebenarnya kita cantik…)

Tetapi keindahan dalam bentuk lahimya 'al-khalaq' belum menepati keindahan
dan kesempumaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya.
 Keindahan dan kesempumaan insan memerlukan juga kepada pembentukan
keindahan rohani yang diistilahkan oleh al-Quran dengan 'al- khuluq'. 
Tanpa keindahan al-khuluq dan keindahan rohani, maka manusia akan jatuh ke
taraf yang paling rendah daripada segala yang rendah.
(masa nih …haiwan lebih baik daripada manusia…)

Untak mendapatkan keindahan rohani, maka usaha itu diserahkan kepada
manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu
mengikut 'acuan' yang telah ditentukan oleh Alllah Maha Penciptanya.


Rasulullah s.a.w. telah memulakan pembentukan masyarakat Islam dengan
membina asasnya terlebih dahulu.  Asas yang paling utama dalam pembentukan
ini ialah budi pekerti yang mulia atau al-Akhlak al-Fadzilah.  Budi pekerti
yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan
manusia yang bersih hati, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta
kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. 

Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang paling ideal dalam akhlak keislaman. 
Segala tingkah lakunya menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti dan
dicontohi oleh umat Islam.  Akhlak mulia yang diasaskan oleh Rasulullah
s.a.w. bertujuan untuk melahirkan manusia yang salih atau manusia yang baik
menurut ajaran Islam.

Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang
terbentuk daripada latihan-latihan melalui ibadat.  Keikhlasan adalah satu
sifat yang amat dikehendaki dalam Islam.  Keikhlasan dalam menyembah Allah
akan melahirkan peribadi yang teguh dan lurus.  Dengan keteguhan peribadi
akan lahir manusia yang hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudali
mengalah kepada sebarang tipu daya di dunia ini.


Sebagai kesimpulan, agama Islam adalah sumber terpenting bagi akhlak Islam
dan faktor terpenting yang mempengaruhi pertumbuhannya.  Sekiranya tujuan
umum pendidikan dari kaca mata Islam ialah persiapan untuk kehidupan dunia
dan akhirat sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. maka pembentukan akhlak
mulia adalah menjadi tujuan utama pendidikan untuk mencapai ketaqwaan dan
amal salih.
Pendidikan moden yang bersifat liberal dan sekular yang tidak memberikan
perhatian yang sewajarnya kepada aspek akhlak dan rohani yang sihat boleh
melahirkan generasi yang pakar dalam bidang-bidang ilinu keduniaan tetapi
kurang menghargai akhlak dan agama dalam profesion dan kehidupan mereka. 

Personaliti mengikut pandangan Islam ada persamaan-persamaan yang tertentu
jika dibandingkan dengan pandangan ahli-ahli teori Barat. (…cuma kita tetap
berkeyakinan bahawa Islam lebih lengkap kerana ia bersumberkan wahyu Ilahi 
)


Bersambung…minggu depan

___________________________.

RENUNGAN

Di samping ucapan terima kasih..kita juga kena pandai menghargai..sumbangan
sesorang…jangan tunggu pemberian atau pertolongan yang besar baru nak ucap
terima kasih…walaupun tapi ia amat bernilai ..lupakah kita pada pesan Nabi
SAW. : Jangan lah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun kecil.
Walaupun hanya menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan
saudaramu.
(bagi sesetengah orang ..senyum adalah kecil…tapi dalam kaunseling
mempunyai erti yang sangan besar…maka benarlah Rasulullah SAW )



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke