*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Buat masa ini kita hanya dapat mengagak saja apa yang
mungkin berlaku:

1. Lari dengan boyfriend.
2. Diculik musuh2 Islam untuk dimurtadkan.
3. Diculik untuk ransom. 
4. Lari kerana masaalah keluarga. 

Meneliti fakta dalam lapuran dibawah, berat menyatakan
sebab (1) dan (2). Walaubagaimanapun kita sama2 berdoa
semoga bukan sebab ke (2).    

Wassalam

--------------------------------------

Budak pintar Malaysia di Oxford hilang

LONDON, Isnin - Sufiah Yusof (gambar atas), budak
pintar anak rakyat Malaysia, yang diterima belajar di 
Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun pada 1977, 
dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Sufiah, 15, pelajar tahun tiga jurusan Matematik dan
pemegang biasiswa Sime Darby, hilang selepas menduduki
peperiksaan Matematik di universiti itu pada 21 Jun 
lalu.

Ibunya, Halimahton Yusof, 44, ialah warga negara
Malaysia berasal dari Johor, manakala bapanya, Farooq 
Yusof, 43, berasal dari Pakistan. 

Kali terakhir Farooq menemui anaknya, antara pelajar
termuda dalam sejarah Universiti Oxford, ialah ketika 
Sufiah membersihkan rumah sewanya di Oxford, sebelum 
peperiksaan bermula.

Ibu bapa Sufiah, kini menetap di Northampton, mengambil
keputusan untuk merayu orang ramai yang mempunyai 
maklumat mengenai anaknya itu tampil membantu selepas
siasatan polis sejak dua minggu lalu gagal membuahkan 
sebarang hasil.

Awal pagi ini, hampir semua stesen televisyen di
Britain menyiarkan rayuan keluarga itu, begitu juga di
dalam akhbar-akhbar utama.

Ketika dihubungi, Farooq, pakar matematik dan
Halimahton, pakar kimia, kedengaran ‘amat terganggu dan
bimbang’ dengan kehilangan Sufiah. “Kehidupan kami kini
tunggang terbalik,” kata mereka.

Mereka bagaimanapun enggan ditemui wakil media kerana
mahu menumpukan sepenuh usaha mencari Sufiah.

Farooq berkata, apa yang membimbangkannya ialah Sufiah
seolah-olah lenyap begitu saja kerana barangannya masih
ada di sebuah lagi bilik penginapannya di Kolej St
Hilda, Universiti Oxford.

Sufiah mungkin hanya mempunyai 40 paun (RM240) kerana
dia tidak mempunyai akaun di bank. Turut ditinggalkan 
di bilik penginapannya ialah kad pengenalan, telefon
bimbit dan sejadahnya, yang biasanya sentiasa dibawa
bersama.

Pada 21 Julai lalu, Farooq menunggu Sufiah di stesen
keretapi dekat rumahnya kerana anaknya itu berjanji
akan pulang pada waktu yang sudah diberitahunya.

Apabila penantiannya tidak berhasil, dia cuba
menghubungi anaknya itu tetapi gagal dan membuat 
laporan polis. “Kami tidak tahu apa sebenarnya 
berlaku,” katanya.

Jurucakap polis Thames Valley yang ditugaskan menyiasat
kes itu hanya mempunyai sedikit maklumat berhubung
kehilangan Sufiah. Pada tarikh dia hilang, seorang 
wanita yang mengaku Sufiah menelefon kolej universiti 
berkenaan mendakwa dia bersama rakannya.

Polis kini meneliti satu imej yang dirakam sebuah
kamera litar tertutup di bandar Oxford yang mungkin 
menunjukkan Sufiah berjalan bersama seorang lelaki 
dewasa.

Gambar itu yang dirakamkan ketika hujan itu, tidak 
menampakkan lelaki berkenaan dengan jelas kerana 
wajahnya ditutupi payung. Lelaki itu kelihatan menarik
sebuah beg hitam, dikatakan sama dengan yang digunakan
Sufiah ketika mengemas barangnya.

Polis juga sudah memeriksa lebih 400 e-mel yang sudah
dipadamkan Sufiah daripada komputernya, tetapi masih 
boleh diperolehi daripada rekod pita ‘back-up’ 
universiti berkenaan.

Pada hari dia hilang, Sufiah dikatakan menghantar e-mel
kepada seorang rakannya memberitahu alamat ‘Hotmail’nya
yang baru.

Bagaimanapun, selepas itu, dia tidak membalas sebarang
e-mel termasuk daripada adiknya, Zuleika, 6.

Polis juga mengesahkan Sufiah membuat tiga panggilan
telefon ke sebuah pondok telefon awam berhampiran 
kolejnya, sejurus sebelum menghilangkan diri.

Sementara itu, kehilangan Sufiah membongkar satu epsiod
yagg sebelum ini tidak pernah diketahui ibu bapanya,
iaitu dia adalah seorang ahli Amnesty International 
yang cukup aktif.

Sufiah dikatakan melobi pelbagai kerajaan dan duta di
seluruh dunia berhubung isu hak asasi manusia menerusi
pelbagai e-mel dan surat yang dihantarnya kepada mereka 
sejak beberapa bulan lalu.

Gadis itu juga dikatakan sering menghadiri mesyuarat
Parti Sosialis tetapi maklum balas daripada rakannya 
mendapati beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

Yusof berkata, semua rakannya memberikan gambaran yang
sama mengenai Sufiah iaitu seorang gadis serius, 
pendiam dan hanya menumpukan kepada pelajarannya.

Farooq berkata, Sufiah pernah memberitahunya mengenai
hasrat memakai purdah. “Saya mulanya cuba menghalang
kerana tidak mahu dia tertekan dengan pelbagai salah 
tanggapan tetapi dia tetap memakainya,” katanya.

Difahamkan, ketika menghilangkan diri, Sufiah yang
dikatakan taat kepada ajaran Islam, membawa bersamanya
senaskhah al-Quran dan sehelai daripada purdahnya.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke