*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Teman tengok bukan main rancak mail pasal cepat kaya 
keluar di hizbi ni.  Pihak penyelenggara kasi chan tu
gamaknya.  Kalau semakin menjadi2,  mungkin kena
control sikit kot.  

Teman sebenarnya sokong orang yang berusaha nak jadi
kaya ni.  Infact, harta yang paling baik ialah harta
yang berada ditangan orang yang beriman.  Pokoknya,
produk halal, dan sistem tak meragukan.  Jangan menipu
udah.

Ini adalah cerita benar.  Didepan rumah teman ada
sorang agen Cosway. Pendapatannya sebulan lebih kurang
RM18,000.  Ada office sendiri.  Satu taman tu boleh
dikatakan duduk bawah dia.  Dia jual produk2 yang
dipakai hari2 macam sabun, lampin, choklat, alat2
kecantikan, dsbnya - produk2 yang kita dok beli kat
supermarket tu..  Pernah teman dipelawa masuk dan teman
masuk.  Tapi sebab tak aktif, membership mati - lagipun
malas nak pergi ke store dia, sebab dah biasa beli kat
supermarket.  Baru2 ni tercegak MPV honda depan 
rumahnya.  Sorang lagi anak buah dia dapat lebih kurang
RM5,000 sebulan dan sedang nak upgrade dari kancil ke
kembara.  Dia ada pelawa orang rumah teman. Tapi teman
kata, buat masa ni, antara duit dan masa, pilih masa.

Dan keluarga teman juga ada diperkenalkan dengan satu
lagi sistem yang kalau tak silap namanya 'Abrar'  yang
menumpukan pada produk2 keluaran orang kampung dan
Islam dan lebih pilihan seperti; bawang, ikan bilis,
jus, dll. Yang ini teman cukup sokong kerana boleh
jadi alternatif pada supermarket milik bukan Islam tu.
Tapi, macam tadi juga, masa tak banyak nak ceburkan
diri, mana nak jadi.

Dan banyak lagilah jenama2 produk, yang lebih kurang
sama dengan yang diatas yang teman yakin tak menyalahi
syarak.  Kuncinya, mengalakkan penjualan produk yang
selalunya dibeli disupermarket. Penguna tak rugi. Ahli
dapat share keuntungan. Pokoknya usaha, banyak kenalan,
tak malu berniaga.  

Sistem sebegini, boleh bikin orang kaya tanpa waswas,
tapi memakan masa sikit, sementara tunggu bertambah
ahli.

Wassalam




-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke