*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 33
(dalam siri yang lalu kita telah lihat pengenalan kepada deria….untung jiga
belajar tentang deria..sekurang-kurangnya ia sebagai latihan untuk
menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur….iaitu golongan
manusia yang sedikit :
Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami
adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu
bersyukur. (QS. 7:10)…semoga itulah golongan kita)


Kederiaan atau  sensasi merupakan satu peristiwa yang berbentuk
psikologikal yang agak kompleks.(bukan mudah..banyak perkara yang perlu
dilihat)  Chaplin mendefinisikan kederiaan sebagai "proses asas atau
pengalaman yang terjadi apabila sesuatu rangsangan yang merangsangkan
penerima rangsangan".  Dalam erti kata lain, sesuatu kederiaan itu ialah
sebuah pengalaman yang dihasilkan oleh interaksi di antara organ deria
(orga yang lima ) dengan persekitaran fizikal.

Seperti juga dengan rangsangan tadi, tidak semua rangsangan fizikal
menimbulkan sesuatu pengalaman.  Dalam bidang psikologi pengalaman ialah
yang panting tetapi konsepnya sukar didefiniskan kerana ia adalah sesuatu
yang amat relatif.
(pengalaman hidup anda tak sama dengan saya….pengalaman hidup anda mungkin
tawar ?? manakala pengalaman hidup saya masin ??? mana sama….)

la panting kerana memberi keupayaan kepada manusiua untuk mempelajari,
mengenali dan memperolehi -makna tentang kewujudan sesuatau entiti(unit
yang ada/ wujud) yang berada di sekelilingnya.  Perkara yang merumitkan
tentang pengalaman ialah, seringkali, pakar psikologi mengatakan yang ia
hanya boleh dikaji melalui proses kajidiri (introspection)(iaitu orang itu
sendiri beritahu pengalamannya dan buat kajian sendiri) seperti yang
dilakukan oleh pakar-pakar strukturalisme Jerman(sila rujuk siri-siri yang
terhahulu..).  Jikalau seseorang individu meyatakan yang beliau dapat
melihat sesuatu cahaya, ini tidak bererti yang beliau mengalami sensasi
cahaya itu.
(siapa nak buktikan…..tak ada fakta….hal ini lah yang menjadi perbalahan
ulama dahulu terutama ulama sufi dan ulama fiqah…ada ulama sufi mengatakan
dia melihat Allah atau mengatakan ana al-Haq…oleh kerana tak ada bukti dia
dihukum bunuh…..saya pun tak ingin bercakap bukan bidang saya…nanti tak
fasal-fasal dihukum bunuh….amalan kurang lagi)

 Sesuatu rangsangan itu pula tidak boleh dilihat atau dianalisis mengikut
pecahan-pecahan komponen-komponennya dengan cara berasingan.  Kaedah ini
tidak memadai untuk memberi makna sensasi terhadap sesuatu rangsangan.
(kalau kita lihat kaki saja maka…kita tak boleh kata manusia..mungkin orang
utan…atau patung saja…ia juga boleh menghasilkan satu perbalahan yang tak
cerdik)


Rangsangan lazimnya dibubungkaitkan dengan perasaan untuk menjadikan ia
suatu sensasi.  Contoh berikutnya akan memberi penerangan dengan jelas
tentang perbezaan yang dimaksudkan.  Bayangkan anda berada di tepi pantai
pada satu petang yang permai.  Anda ingin melihat matahari terbenam.  Masa
yang anda tunggu-tunggu telah tiba dan anda pun memuji keindahan alam serta
suasana vang amat menyenangkan jiwa. (dan..juga memuji kebesaran Allah yang
telah menciptakan suasana yang sedemikin rupa.) Keadaan ini tersimpan di
dalam ingatan anda buat beberapa ketika dan jikalau anda bersedih, mungkin
peristiwa tadi dapat memberi ketenangan kepada jiwa anda.  (itu gambaran
dulu baru…kalau akhirat bagaimana lah agaknya…) Cahaya yang anda lihat itu
adalah suatu rangsangan, satu pertukaran tenaga fizikal yang didaftarkan
oleh organ deria mata anda.  Perkaira yang relatif di sini ialah suasana
permai dan keadaan jiwa anda yang tenang.  Kesemua ini berinteraksi untuk
menghasilkan satu pengalaman yang amat indah.Jika anda berada di tempat
yang sama tetapi jiwa anda tidak tenang mungkin anda tidak akan mengalami
sesuatu Yang sama.
(kalau anda tidak ada rasa apa-apa mungkin tak adalah pengalaman
itu…mungkin rumah anda pinggir pantai..sudah biasa  dengan suasana
demikian….itu sebab ia jadi relatif)

Katakan anda sedang memikirkan sesuatu masalah yang menggangu jiwa anda. 
Dalam keadaan gusar, mungkin suasana ketika matahari sedang terbenam dengan
cahayanya yang berwarna-warni itu tidak dapat memberi apa-apa makna kepada
diri anda.  Keadaan yang mungkin memberi anda satu pengalaman indah berlalu
seperti hari-hari biasa.  Anda tidak menumpukan perhatian kepada rangsangan
tersebut dan dengan itu anda tidak memperolehi apa-apa pengalaman
daripadanya.

Waktu mengkaji sesuatu pengalaman, para psikologis ingin melihat akan makna
yang tersirat bersama-sama pengalaman tadi.  Seperti yang (likatakan
scbentar tadi, satu daripada kaedah yang digunakan ialah dengan kaedah
kajidiri.  Dengan cara ini sahajalah, sesuatu pengalaman itu boleh 'dilihat
kembali' untuk mengenal pasti apakah makna yang ada padanya.  Dalam hal
patologi mental, lazimnya sesuatu pengalaman yang terikat dengan makna yang
berbentuk negatif menjadi tumpuan para psikologis untuk memulihkan keadaan
pesakitnya.
(ahli psikologi cari pengalaman negatif(pahit) sahaja ..lalu cuba rawat
pengalaman itu…biasanya pengalaman boleh kekal lama…saya pun masih ada
pengalaman negatif yang menghalang peningkatan diri….tak apalah itu
ketentuan untuk saya…yang pasti kita kena tabah dan ingat Allah selalu..)

___________________________.

RENUNGAN

Andaikata anda pernah mengalami pengalaman negatif/pahit dalam hidup maka
ada satu cara untuk mengembalikan kekuatan diri.(..anda tak perlu makan
ubat/jamu/tonik untuk mengembalikan kekutan tersebut caranya
ialah….merendah diri kepada Allah…betapa rendah dan hinanya kita di hadapan
Allah…kita tak dapat berbuat apa-apa kalau itulah ketentuan Allah pada
kita..kepada Allah kita berserah diri...hasil dari tindakan ini seperti
yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW : Siapa yang merendahkan diri kepada
Allah nanti Allah akan mengankatnya kepada kedudukan yang tinggi dan mulia

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke