*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Kita pun naik heran juga, apasal mudah sungguh anak2
muda terutama anak2 gadis membuang mak-bapak mereka
semata2 kerana kehendak mereka ditentang.

Contoh terbaru ialah Sufiah yang tak nak balik lagi
kepada mak-bapa mereka dengan alasan dia didera mental
dan physical. Dan kita juga dengar tentang anak gadis
menghilang diri, tiba2 diketahui telah berkahwin lari.
Si Aisyah dulu buang mak-bapa kerana kawin lari dan
murtad.

Dan teman sendiri dok tengah menyelesaikan satu kes
dimana sorang gadis muda belia yang sudah berkenan
dengan sorang professor yang sudah berbini dua (sorang
dah bercerai). Apa tak gilanya, professor tu handsome
dan pakar motivasi pulak. Tak disangka2 dimotivasinya
anak dara orang sampai naik gila kat dia.  Diberinya
hadiah2 lumayan dan janji2 manis tak terkata. Bukan
teman tak sokong orang nak berpoligami, tapi khabarnya
isteri2 tu tak boleh dihamilkannya. Yang pertama,
selepas bercerai, dah pun beranak pinak.  Yang ada 
sekarang dah bertahun tak beranak2. Si professor ni
patut berubat dulu, bukan kawin lain dan menganiaya
anak dara orang.

Sekarang dok tengah pujuk pelan2 anak gadis ni. Budak
baru belajar dewasa.  Nak suruh dia fikir bulat2 dan
panjang2 akan masa depan dan kemungkinan dimadu lagi
atau hidup tanpa zuriat. Tapi bak kata orang2, kalau
hati dah gila, nasihat semua tak bermakna.  Aduhai...
harapkan professor, kau lecture anak dara orang sampai
naik gila dia kat engkau. 

Nak minta pendapat [EMAIL PROTECTED] atau yang lain2.
Patut direstuikah anak dara sunti ni kawin dengan
orang yang dah beristeri dua dan kemungkinan besar 
mandul pulak, atau nak dibawa aje gadis ni jumpa isteri
dah bekas isteri supaya dapat penjelasan dari "the
horse's mouth". 

Wassalam

  

-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke