*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 34
(dalam siri kali ini kita akan membincangkan  bagaimana kederian itu boleh
menerima rangsangan daripada persekitarannya..)
 
Kita telah melihat makna kederiaan dengan ringkas.  Jelas bahawa
penglihatan, pendengaran, kebolehan merasa, menghidu bau-bauan dan
menyentuh semuanya memberi pengalaman hidup yang amat berharga sekali. 
Akan tetapi, manusia yang sentiasa sibuk, ini jarang sekali berhenti
seketika dan menikmati keindahan yang ada.
(kadang-kadang kita harus berhenti sejenak untuk merasai keindahan alam
ini….kalau ikut sibuk sampai bila pun tak selesai..)

Kederiaan memberi pengetahuan kepada manusia, (sebagai alat…bukan sebagai
pemberi..yang memberi ilmu kepada kita ialah Allah melalui kederiaan )
memberi pengalaman-pengalaman yang baru untuk dipelajarinya.  Oleh itu
adalah penting untuk mengkaji apa itu kederiaan, jenis-jenis kederiaan dan
proses-proses yang berlaku di sebaliknya kerana ini semua dapat memenuhi
pengetahuan tentang satu-satu pengalaman hidup manusia.

 
PERHATIAN TERPILIH

(sebagai mana yang telah saya sebut sebelum ini bahawa….)
Tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat
perhatian.  Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa disedari langsung.  Ini
kerana pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan menerima, memahami,
atau menganalisis kesemua stimulasi yang diberi kepadanya.
(kalau tidak… manusia boleh jadi tertekan dan "tak berapa betul"..ini saya
istilahkan sebagai satu anugerah Allah juga..)

Satu daripada cara manusia menghadapinya ialah dengan memilih secara
selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat memberi makna kepada
hidup,
(satu daripada keistimewaan kita sebagai makhluk yang boleh
memilih….seperti  seperti UMNO atau PAS begitu juga memilih neraka atau
syurga..kalau ada wanita tercantik lalu dihadapan saya..saya boleh memilih
untuk melihat atau berpaling..semua bergantung pada keimanan…minta jauh
dengan ujian demikian)

yang membolehkan ia mempelajari sesuatu daripadanya, dan yang akan memberi
satu pengalaman yang berlainan daripada biasa.  Manusia akan hanya memberi
perhatian yang terpilih kepada setengah-setengah rangsangan sahaja.

Sebagai contoh, apabila seseorang membaca suratkhabar(koran), dia lazimnya
akan hanya inembaca serta memberi tumpuan kepada berita-berita yang menarik
perhatiannya. Secara automatik akan inemberi perhatian kepada keadaan bursa
saliam, keadaan politik negara dan pelbagai aspek lain yang berkaitan
sahaja.   Jarang sekali kita temui individu yang membaca setiap perkataan
yang ada dalam sesebuah suratkhabar. 


Ini menunjukkan yang manusia itu amat selektif dalam menerima
rangsangan-rangsangan dari luar dan lazimnya perkara yang dipilih itu
diminatinya.

Ada beberapa perkara yang mempengaruhi cara manusia menapis rangsangan
luaran.  
(Utama
ialah Keimanan..bagi mukmin yang bertaqwa ..rangsangan dipilih berdasarkan
keimanan..kalau mendengar muzik yang melalaikan itu hukumnya haram maka dia
tidak akan memilih rangsangan tersebut)

Pertama
 ialah makna sesuatu rangsangan.  Jika sesuatu rangsangan itu mempunyai
makna dalam kehidupan kita, ia tentu mendapat perhatian. Setengah-setengah
makanan, gambar-gambar keluarga adalah di antara beberapa perkara yang
berupaya menarik perhatian seseorang kerana ia relevan dengan kehidupan
mereka.

Kedua
 ialah intensiti sesuatu tenaga fizikal.  Rangsangan yang paling kuat sudah
tentu mendapat perhatian yang cepat.  Bunyi yang kuat, cahaya yang amat
terang, rasa gatal di tapak tangan, bau yang wangi dan lain-lain yang agak
luar biasa daripada keadaan lazim akan menarik perhatian kita.  Manusia
merupakan haiwan  yang bersifat ingin tahu.  Oleh itu, rangsangan-rangangan
yang berintensiti tinggi seperti inilah yang merangsangkan kehendak ingin
tahu dan seterusnya.

Ketiga
 ialah pertukaran.  Perkara-perkara yang bertukar rupa bentuknya adalah
rangsangan-rangsangan yang berada di bawah kategori ini.  Jikalau seorang
teman yang bermisai tebal tiba-tiba muncul tanpa misainya sudah tentu akan
menarik perhatian.
(apa yang belaku kalau tiba-tiba PM(atau Gus Dur) muncul dalam TV dalam
keadaan berjanggut dan bermisai….itu adalah rangsangan yang
menarik..(tapi..PM dah kata dia awet muda sebab tak ada misai dan janggut )

perubahan baru pada sesebuah bandar yang jarang kita lawati juga dapat
menarik perhatian.

Beberapa faktor lain juga berupaya menarik pcrhatian manusia.  Iklan
berwarna di suratkhabar sudah tentu berupaya menari perhatian pembaca. 

Satu pertanyaan mungkin timbul dalam fikiran anda pada masa ini.  Apa yang
berlaku kepada rangsangan-rangsangan yang tidak mendapat perhatian ?
(benda yang kita lihat tapi tak dipilih juga masuk dalam otak/sistem deria
kita…ke mana perginya…..entah lah saya pun tak tahu….lupa nak tanya
pensyarah saya masa belajar dulu...)

(Mengikut psikologi sebenarnya begini….)
Semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia direkodkan di
dalam ingatan.  Kadang-kala, apabila kita mengingati kembali sesuatu
peristiwa, pelbagai perkara timbul di dalam fikiran.  Sebagai contoh,
kelmarin apabila seseorang itu teringat akan pertemua dengan sahabat
lamanya, dia mungkin teringat kembali akan keadaan yang berlaku di
sekelilingnya yang sebelum ini tidak disedarinya.  Ini menunjukkan bahawa
ranngsangan yang 'melalui' sistem deria manusia tetap didaftarkan tetapi
apabila ia tidak diberi perhatian, ia akan berlalu begitu sahaja dan akan
disimpan di dalam ingatan untuk tujuan lain.

Bersambung…..

-------------------------------------.

RENUNGAN
Kadang-kadang kita buat sesuatu ikut mood..kalau rajin buat banyak ..kalau
malas tak buat langsung…kaedah ini tak efektif/berkesan/baik…apa kata kalau
tukar kepada kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW : Ketahuilah bahawa
amal (tingkah Laku yang berbentuk ibadat) yang disukai oleh Allah ialah
amal yang dikerjakan  secara terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.
(bonus yang kita dapat ialah membuat sesuatu yang disukai Allah…) 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke