*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wr wbt rakan muslimin muslimat yang dirahmati Allah..

Lately ni teman perasan kome2 ni asyik bertengkar tak sudah.. ekoran dr isu
SAUK ni mcm2 isu lain pulak dah naik.. kebal lah sesat lah.. jampi mcm2..
Citer pasal Maunah ni teman pun dah tak kuasa nak nengok liputan besar2an ..
samada di dada2 akhbar maupun di media tv.. nak muntah teman.. udah loye..
Hmm, yg teman tak sangka ade juga kalangan rakan hizbi yg guna bahasa yg
begitu hodoh utk menghentam sesama kome.. Penin teman membaca coleteh kome2
ni.. cakap mcm dia sorg aje yg pande.. Naik konpius teman dibuatnyer.. Ish2,
kalu mike2 masih rasa nak bergaduh, mike2 bergaduh le sesakannyer.. nak buat
camner dah fitrah manusai tu Allah cipta mcm2 jenis pe'el.. kome nak teghoyak
ke , kome nak ngata ke.. suka hati kome ler.. tapi jgn lupa kita org Islam,
nak ngata org pun ade bateh nyer.. sebaiknyer bersuara ler dgn fikrah
ISlamiyah, bukan ikut kata hati yg marah.. bersuara le dgn ilmu didada, supaya
sama2 kita dapat fekdahnyer dan maslahatnyer..  
yg teman tau, lepeh ni teman nak nengok sume org berbaik2 semula.. 

p/s: mike dok gaduh2 ni.. ade gak info2 baru yg teman dapat.. jzk.

~yg belajo silat gayung sekerat jalan :)) ~
Tok guru kita dulu cikgu Omar - yg pernah berlakon dlm filem "loceng maut"
tu..


*****************
http://www.drdanial.faithweb.com/
Tazkirah Jumaat (3)

Tanpa Ilmu Perjuangan Keliru

Telah berkata Omar Abdul Aziz:


�Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, dia akan melakukan
lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.�

(Jami� Bayan al-Ilmi wa Fadlih 

� Ibn Abdul al-Barr, juz.1)

 

Bayangkan seorang yang tidak pernah tahu tentang penyakit dan ubat, tiba-tiba
dek kerana kasihankan rakannya yang sedang menderita sakit, terus diberikannya
ubat tertentu untuk dimakan. Natijahnya, rakannya menjadi semakin tenat.
Begitulah kiasannya dengan mereka yang ingin beramal, ingin beribadah, hendak
memperbaiki masyarakat yang tenat, ingin melakukan islah, ingin mengajak
kepada makruf dan mencegah kemungkaran tetapi tanpa ilmu. Niatnya memanglah
baik tetapi tanpa ilmu, kemudaratan dan fitnah akan menimpa ke atas amal dan
perjuangan.

  
Ilmu (terutamanya ilmu agama) adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan. Ini
telah ditegaskan oleh Nabi di dalam sabda Baginda:


�Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka dianugerahkan
kefahaman yang mendalam tentang agama dan diilhamkan petunjuk (kepadanya).�

(Bukhari � Muslim)

  

Ilmu akan menampakkan kepada seseorang tentang yang hak dan batil dan ini akan
membantunya berjalan menuju syurga. Nabi bersabda:


�Barangsiapa yang memasuki suatu jalan untuk memperolehi ilmu, Allah akan
permudahkan baginya jalan ke syurga.�

(Riwayat Muslim)

  
Justeru itu, ketika ditanya kepada Abdullah ibn Mubarak, seorang tokoh hadis,
tentang siapakah manusia yang sebenarnya, 

beliau menjawab:

�Orang-orang yang berilmu!� 

(Ihya Ulumuddin Bab Kelebihan Ilmu)

Alangkah bahayanya jika seseorang pemimpin tidak memahami agamanya di samping
tidak beramanah dengan kepimpinannya. Justeru itu, Nabi Yusof menyebutkan
tentang dua ciri yang wajib ada pada seseorang yang menjadi pemimpin:


�Berkata Yusof: Jadikanlah aku Penjaga Khazanah negara kerana sesungguhnya aku
beramanah lagi berilmu pengetahuan.� 

(Yusof 12:55)


Pemimpin yang jahil tentang agama akan sesat dan menyesatkan. Nabi bersabda:


"Yang paling aku khuatiri ke atas umatku ialah pemimpin-pemimpin sesat.." (Abu
Daud -Tarmuzi)


Alangkah bahayanya jika seseorang itu berani mengeluarkan pendapat dan fatwa
tanpa berasaskan ilmu. Telah berkata Imam ibn Sirin:

�Seseorang yang mati dalam keadaan jahil adalah lebih baik berbanding seorang
yang jahil tetapi berani mengeluarkan pendapatnya tanpa berasaskan ilmu.�

(Fiqhul Awlawiyyat � Dr. Yusof Qardawi)


Alangkah bahayanya jika seseorang pendakwah berdakwah dan berjuang tanpa ilmu.
Telah berkata Imam Al-Ghazali:

�Hendaklah seseorang pendakwah itu mempunyai ilmu�.supaya dakwahnya diletakkan
di atas batas-batas agama.� (Ihya Ulumuddin Bab Adab-Adab Muhtasib)


Berdakwah berasaskan ilmu merupakan landasan perjuangan Rasulullah. Tanpanya
dakwah akan menjadi songsang.


"Katakanlah wahai Muhammad: Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah
dengan hujjah-hujjah yang jelas, itulah jalanku dan yang mengikutku.." (Yusuf
108)


Alangkah bahayanya bagi seseorang penulis, kolumnis dan pengkritik  jika dia
tidak menguasai ilmu agama dan tidak memahami kaedah-kaedah tentang halal dan
haram. Penyebaran fitnah akan menjadi ringan baginya. Justeru itu Luqman
Al-Hakim telah berkata:


�Menutup apa yang kau lihat adalah lebih baik berbanding menyiarkan apa yang
kau sangka.� (Ihya Ulumuddin Bab Rukun Amar Makruf Dan Syarat-syaratnya)


Dan, di dalam konteks keluarga, alangkah bahayanya jika kedua-dua ibu-bapa
sama-sama jahil tentang agama. Nabi bersabda:

  
"Setiap anak dilahirkan di dalam fitrah. Ibu-bapanyalah yang meyahudikannya,
menasranikannya dan memajusikannya.�

(Bukhari)

 
Telah berlaku suatu insiden di zaman Rasulullah di mana salah seorang sahabat
telah luka parah dan ketika itu beliau sedang berhadas besar. Dia telah
diarahkan agar melakukan mandi wajib untuk mengangkat hadasnya dan kesan dari
itu dia telah meninggal dunia. Nabi amat murka dengan arahan itu:
 

"Mereka telah membunuhnya...biarlah Allah membunuh mereka. Mengapa tidak
bertanya ketika tidak tahu kerana sesungguhnya penawar bagi kebodohan itu
adalah bertanya.."

(Abu Daud, Ahmad dan Al-Hakim)


Justeru itu, marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu agama kita agar ianya
menjadi suluhan kepada kita di mana saja kita berada di samping akan
mempermantapkan perjuangan kita.

Wassalam.

 

Dr. Danial

  


____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mona mz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke