*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>>  MUDAHKAN ULAMA BERFUNGSI, UNTUK ULAMA BANTU ATASI AJARAN SESAT
>>
>>SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- Persatuan Ulama Malaysia (PUM), yang
>>mengakui memang tugas ulama untuk membanteras ajaran sesat, mahu pihak
>>berkuasa membuka ruang dan peluang untuk mereka melaksanakan peranan itu
>>bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi juga kepada tentera dan polis.
>>
>>Yang Dipertuanya, Haji Abdul Ghani Samsudin berkata apabila ulama
>>memperkatakan kebenaran dan membuat teguran yang agak keras, jangan pula
>>mereka dipandang serong.
>>
>>"Memang menjadi peranan ulama untuk membimbing dan menampilkan kebenaran
>>ajaran-ajaran Allah.
>>
>>"Itu memang kerja kita, cuma kerja kita itu kerap dipandang serong oleh
>>sesetengah pihak sehingga teguran kita dilihat sebagai negatif," katanya
>>pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung ke-21 PUM dan seminar
>>Koperasi Islam 2000 di sini, Sabtu.
>>
>>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana
>>Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Khamis lepas bahawa ulama
>>harus berperanan utama menyelesaikan masalah ajaran sesat kerana mereka
>>lebih tahu mengenai hukum hakam agama.
>>
>>"Perlulah pihak berkenaan menghargai dan memberi ruang untuk ulama
>>menyatakan kebenaran tanpa dibayangi semangat fanatik kepartian," kata 
>>Abdul
>>Ghani.
>>
>>Beliau berkata kadang-kadang ulama membuat kenyataan yang menegur secara
>>lantang supaya pihak yang ditegur terasa dan cuba memperbaiki kesilapan
>>tetapi mereka sebaliknya bertindak balas secara negatif.
>>
>>"Memang kadang-kadang kita (PUM) terpaksa membuat teguran secara lantang
>>supaya mendapat maklumat balas dan respons...kita tidak berpihak kepada
>>parti politik, sebab itulah pandangan kita bebas," katanya.
>>
>>Mengenai dakwah di kalangan pasukan keselamatan, Abdul Ghani berkata jika
>>premis tentera dan polis mahupun kastam sukar ditembusi oleh ulama akibat
>>ada semacam polisi yang menjauhkan premis itu daripada mereka, tentulah
>>sukar bagi ulama hendak memberikan pendidikan yang betul kepada anggota
>>tentera, polis dan kastam.
>>
>>"Mereka memang memerlukan pengisian roh dan apabila mereka haus dan
>>mencari-cari tetapi tidak berjumpa dengan pembimbing yang betul, mereka
>>mungkin terpengaruh dengan mana-mana prebet sahaja, terutama jika prebet 
>>itu
>>ada janggut dan nampak warak," katanya.
>>
>>Beliau bagaimanapun tidak merujuk khusus kepada insiden sebilangan anggota
>>dan bekas anggota tentera yang terbabit dalam kejadian melarikan senjata
>>dari dua kem tentera di Gerik dan dalam kumpulan 27 orang anggota
>>Persaudaraan Al Ma'unah kemudian menimbulkan ketegangan di Sauk, Kuala
>>Kangsar.
>>
>>Sambil menambah bahawa media massa juga harus diberikan didikan 
>>berdasarkan
>>ajaran Islam supaya tidak berlaku kejahatan yang lebih buruk, beliau 
>>berkata
>>jika ulama tidak diberi ruang untuk mendidik sudah pasti akan berlaku
>>penyimpangan akidah.
>>
>>Mengenai pendirian PUM berkenaan ilmu persilatan, beliau berkata ulama 
>>tidak
>>anti-golongan berlatih silat untuk menepis musuh kerana Islam juga
>>membenarkan agar kemahiran itu dipelajari, tetapi yang timbulkan masalah
>>ialah jika latihan itu disertai ajaran-ajaran kebatinan yang menyimpang.
>>
>>"Kalau sampai mandi minyak atau masuk sendiri ke dalam kubur untuk
>>menunjukkan kekuatan...ini tak pernah dibuat oleh ulama-ulama terdahulu,"
>>katanya.
>>
>>Beliau berkata PUM sudah membeli sebidang tanah seluas dua hektar di 
>>Seksyen
>>4, Shah Alam untuk melaksanakan projek pendidikan bestari dari pra-sekolah
>>hingga pengajian tinggi seperti yang dilakukan oleh kolej swasta
>>antarabangsa.
>>
>>-- BERNAMA
>>
>>----------------------------------------------------------------------------
>>--
>>
>>  PERSATUAN ULAMA MAHU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DIROMBAK
>>
>>
>>SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- Persatuan Ulama Malaysia (PUM) 
>>berpendapat
>>dasar pendidikan negara perlu dirombak sesuai dengan kehendak ajaran Islam
>>yang sejati dan cabaran alaf baru yang mahukannya bebas daripada
>>diperdagangkan.
>>
>>Yang Dipertua PUM Haji Abdul Ghani Samsudin berkata pendidikan merupakan
>>satu daripada hak asasi manusia yang dipelihara oleh agama Islam an
>>perlembagaan negara.
>>
>>"Oleh itu kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memperuntukkan kemudahan
>>universiti awam yang mencukupi supaya pelajar-pelajar kita mempunyai
>>kesempatan yang setara untuk mencapai tahap pendidikan tinggi," katanya
>>dalam ucapan dasar sempena mesyuarat agung ke-21 PUM di sini hari ini.
>>
>>Beliau berkata PUM mencadangkan supaya rancangan Kementerian Pendidikan
>>untuk menambah bilangan universiti, mengutamakan pembentukan universiti 
>>awam
>>dengan pengagihan yang seimbang supaya setiap negeri mempunyai
>>sekurang-kurangnya satu universiti awam.
>>
>>Sambil menekankan pentingnya dipertahankan nisbah pensyarah dengan pelajar
>>yang menepati standard antarabangsa, PUM juga mahu pensyarah dan 
>>kakitangan
>>akademik diberi kebebasan membuat kajian dalam bidang yang mereka minati 
>>dan
>>dasar kenaikan pangkat perlu telus tanpa membezakan pendirian politik.
>>
>>Beliau berkata tradisi dan amalan Raja-raja dinasihati oleh para ulama 
>>dalam
>>hal-hal agama, perlu dipupuk serta diperkembang dan kepimpinan politik 
>>perlu
>>mengetahui batasan dan ruang lingkup tanggungjawab mereka.
>>
>>Abdul Ghani mendakwa walaupun ekonomi negara dikatakan sudah mula pulih
>>tetapi radang penyakitnya masih kekal dan punca sebenar kemelut ekonomi
>>belum benar-benar dikenal pasti dan dibasmi.
>>
>>Katanya PUM juga mahu kerajaan memastikan pembangunan yang lebih seimbang
>>dengan kemajuan yang lebih ketara dibuat di kawasan pedalaman Semenanjung,
>>Sabah dan Sarawak.
>>
>>PUM juga membidas media Barat yang menurutnya sengaja mengaitkan sebarang
>>salah laku dengan Islam sehingga melabelkannya sebagai pengganas Islam,
>>pencuri Islam dan pembunuh Islam tetapi tidak berbuat yang serupa kepada
>>agama lain.
>>
>>Menurut Abdul Ghani media massa di Malaysia juga perlu "dijernihkan" 
>>kerana
>>ia bimbang dan gusar melihat apa yang disebutnya sebagai budaya 
>>meminggirkan
>>kebenaran tanpa mempedulikan risikonya dan budaya "menyonsangkan nilai" 
>>yang
>>begitu hebat ditaja berleluasa dalam kebanyakan media massa.
>>
>>"Golongan korporat industri media massa perlu sedar bahawa masanya akan
>>segera tiba bagi khalayak pencinta kebenaran akan menghukum mereka jika
>>mereka terus membenarkan isu-isu kebenaran diputarbelit... dan Islam
>>dimomokkan," tambahnya.
>>
>>Pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Kit
>>Siang, Abdul Ghani juga merasmikan seminar sehari Koperasi Islam 2000. --
>>BERNAMA

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jebat Derhaka" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke